NUFFNANG

Thursday 12 June 2014

GEMPAQ!! Walaupun Kalah #PRKTelukIntan, Ceramah @dyanasmd Berjaya Menarik Puluhan Ribu Di Kota Bharu

GEMPAQ!! Walaupun Kalah #PRKTelukIntan, Ceramah @dyanasmd Berjaya Menarik Puluhan Ribu Di Kota Bharu

Kesian calon DAP PRK Teluk Intan. Walaupun beliau telah kalah di sana, pihak PR masih lagi cuba hendak menjadikan beliau sebagai ikon anak muda. Tindakan mereka membawa Dyana Sofya ke Kota Bharu, negeri Serambi Mekah untuk Ceramah Perdana nyata tidak mengundang kejayaan. Lihatlah berapa kerat sahaja penonton yang hadir untuk mendengar ceramah beliau di Stadium Kota Bharu, semalam.
Gambar ini diambil sewaktu Dyana Sofya sedang berceramah. Di belakangnya terdapat dua penceramah lain iaitu YM Mahfuz Omar dan YB Thomas Su daripada DAP. Tidak dapat dipastikan kegagalan kehadiran penonton disebabkan Ceramah Perdana dibuat pada hari bekerja atau Rakyat Kelantan sudah muak dengan ceramah kosong. Yang pasti Dyana Sofya gagal digunakan untuk menarik penonton dan tidak hairanlah mengapa beliau kalah di PRK Teluk Intan.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/06/walaupun-kalah-prktelukintan-ceramah.html#8RV7T2sKESKUQlEB.99

source : cucu tok selampit

No comments: