Pesuruhjaya PAS Selangor Tidak Sokong Anwar ?
AIDCNews – Pesuruhjaya PAS Selangor, Yang Berhormat, Iskandar Abdul Samad dilihat berhati-hati dalam menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iskandar dalam laman sosialnya walaupun menafikan menulis satu artikel berkaitan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tetapi mengesahkan beliau sendiri ‘mengambil’ tulisan itu dan disebarkan dalam laman sosial tertentu.
Kesimpulan artikel itu menunjukkan PAS Selangor menyokong Anwar bertanding di PRK Kajang, termasuk merebut jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Artikel penuh artikel itu yang dipetik dari laman sosial Iskandar :
Iskandar A Samad
ADA PIHAK YG SEBARKAN TULISAN INI KONONNYA INI PANDANGAN SAYA. SAYA HANYA AMBIL DALAM MEDIA SOSIAL DAN SHARE DALAM GROUP TERTENTU SEBAGAI PERINGATAN AGAR BERHATI-HATI KERANA ADA ORG YG CUBA PECAHBELAHKAN PAS. TAPI ADA YG NAKAL DAN LETAK NAMA SAYA.
Langkah Pkr mengosongkan kerusi Dun Kajang memang pada mulanya dilihat satu tindakan yang akan menjerut diri dan merugikan Pakatan Rakyat. Tetapi setelah mendengar hujah-hujah dari semua pihak saya berkeyakinan ia adalah keputusan bersejarah yang akan mengubah landscape politik bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.
Saya yakin Najib dan Umno sekarang berada di penghujung hayat politik mereka. Malah ramai penganalisis politik yang hairan bagaimana Najib dan Umno masih boleh bertahan. Najib menghadapi tekanan yang lebih kuat dari Pak Lah tetapi Najib boleh bertahan walhal Pak Lah dengan mudah telah berundur.
Tetapi kita bukan sekadar mahu melihat Najib meletakkan jawatan tetapi kita mahu melihat Umno terpelanting ke dalam bakul sampah. Oleh yang demikian satu tindakan yang drastik, tindakan hasil dari pemikiran diluar kotak, perlu dilakukan. Meletakkan Anuar Ibrahim di Selangor adalah tindakan itu.
Selangor adalah jantung kepada negara kita. Jika pertumbuhan ekonomi di Selangor lembab maka pertumbuhan ekonomi negara kita akan lembab. Selangor boleh digunakan untuk menjerut leher Umno. Tetapi Khalid Ibrahim tidak menggunakan peluang tersebut. Beliau hanya mementing politik bersih, politik adil walaupun bersih dan adil tidak ada dalam kamus politik Umno. Walau bagaimana pun saya ingin membawa kita berfikir lebih jauh dari pilihan raya kecil Kajang.
Landscape politik negara kita terutamanya landscape politik orang Melayu perlu diubah. Realitinya perubahan politik di negara kita tidak akan dapat berlaku tanpa kemahuan dan kehendak orang Melayu. Orang Cina telah bersatu dibawah Dap kerana Mca hanyalah sekadar bangkai bernyawa. Hanya orang Melayu yang berpecah. Ada di dalam Umno, ada didalam Pkr dan ada didalam Pas. Untuk berlaku perubahan besar, orang Melayu perlu disatukan.
Suka atau tidak kita kena akui di antara ketiga-tiga pemimpin utama parti-parti Melayu, Anwar lebih ke hadapan sama ada dari segi kepimpinan, keterampilan atau pemikiran. Maka tidak keterlaluan untuk saya katakan orang Melayu perlu bersatu dibawah kepimpinan Anwar. Bersatu untuk menumbangkan Umno dan bersatu agar tidak ketinggalan ketika berhadapan dengan tuntutan dari kaum-kaum lain yang semakin lantang. Maka tidak keterlaluan juga untuk saya mencadangkan agar Pas bergabung terus dengan Pkr.
Pimpinan dan ahli Pas pada hakikatnya telah dapat menerima kepimpinan Anwar di dalam Pakatan Rakyat. Dalam episod Kajang, walaupun ramai dari pemimpin Pas yang marah dengan tindakan mengosongkan kerusi itu tetapi akhirnya mereka, termasuk ramai dari pemimpin atasan Pas, dapat menerima hujah Anwar tentang Kajang. Akhirnya saya juga yakin pemimpin Pas akan dapat menerima Anwar sebagai menteri besar Selangor.
Adalah satu rahsia terbuka terdapat pemimpin Pas diperingkat tertinggi yang terlibat didalam perancangan untuk menukar Khalid. Oleh yang demikian persepakatan di kalangan pimpinan tertinggi telah berlaku dan perbincangan untuk penggabungan bukan satu perkara yang mustahil. Malah ianya adalah satu langkah semula jadi yang tidak dapat dielakkan.
Gabungan Pas dan Pkr ini akan mengukuhkan politik Melayu di luar Umno. Orang Pas sering kali memperlekehkan ahli-ahli Pkr sebagai tidak melalui proses tarbiah. Penggabungan ini akan memberi peluang kepada ulamak-ulamak Pas untuk mentarbiah ahli-ahli Pkr. Dengan adanya tarbiah ini dan pertambahan bilangan alim ulamak di dalam Pkr, saya yakin masalah yang membelenggu Pkr selama ini seperti berlumba-lumba mengejar jawatan, menikam dari belakang dan berebut-rebut projek kerajaan akan dapat diatasi.
Pemimpin dan ahli Pas mesti meletakkan kepentingan ramai lebih tinggi dari kepentingan sempit individu atau kelompok tertentu. Jika mereka takut akan kehilangan identiti mereka maka wujudkan satu sayap khas di dalam Pkr contohnya Angkatan Ulamak Keadilan. Rundingkan juga untuk kuota khusus bagi pimpinan Pas di dalam Pkr seperti untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi.
Saya tahu Pas telah wujud lebih 60 tahun tetapi perubahan memerlukan pengorbanan. Janganlah bernostalgia mengenang sejarah lampau tetapi pandanglah kehadapan dan sama-samalah mencipta sejarah untuk negara yang tercinta. Rakyat dahagakan perubahan jangan kita kecewakan mereka.
source : aidc
No comments:
Post a Comment