NUFFNANG

Monday, 10 February 2014

KES VIDEO TERESA KOK : KERAJAAN DAN PDRM SERTA KDN LEMBAB?

BUKAN TERESA KOK YANG BERDOSA KERAJAAN YANG BERSALAH

 MENTERI KABINET SENDIRI TUNJUK KELEMAHAN KERAJAAN.

KOMEN:Syabas Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda yang juga seorang menteri kabinet kerana keberanian saudara mengakui kelemahan kerajaan  dengan meminta polis dan Jabatan Peguam Negara supaya menyegerakan hasil siasatan terhadap Teresa Kok kerana videonya onederful Malaysia CNY yang menyakitkan hari rakayt Malaysia termasuk orang Cina sendiri.

Kenyataan ini  menampakan Khairy memahami perasaan rakyat ketika Najib berada dalam keadaan clueless.Dia sedang memikirkan bagaimana hendak mengajar AG membuat kenyataan bagi mengelakan tindakan.AMIR KL.

Kes klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang menyinggung perasaan umum dan dianggap sebagai seditious telah mengambil masa  siasatan yang bagitu panjang dan tidak dianggap  urgent yang perlu ditamatkan dengan segera sebaliknya dibiarkan menjadi permainan politik yang membahayakan keselamatan negara.

Kelewatan  ini  telah menyebabkan orang yang pada mulanya  dianggap bersalah  dan berada dalam keadaan bertahan sekarang di neutralise dan menyerang balas dengan tindakan  politik populis yang semakin menyulitkan  kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan.

Sementara Akhbar Utusan Malaysia mendedah dan menggambarkan Teresa Kok sebagai bersalah yang mendorongkan berbagai tindakan rakyat ,akhbarThe Star membesarkan pembelaan seorang dua terhadapnya disamping pembelaan dari beberapa kerat Melayu  sebagai berita utama muka satu" TAMPARAN" atau "SLAP" kapada NGO-NGO Melayu kerana tindakan melampau mereka.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini kalau bukan kerajaan yang tidak mempunyai sense of urgency dan tidak mempunyai political will untuk memadamkan isu ini dari awal dengan kuasa yang ada padanya sebaliknya membiarkannya  berpanjangan dan membuka ruang aksi dan reaksi yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Dalam hal ini kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi rakyat untuk  bertambah panas dan bertindak melampau  apabila melihat kelemahan  kerajaan . Rakyat mahu menunjukan mereka lebih berkuasa  dari kerajaan dan akhirnya mengambil kuasa di tangan sendiri. Salahkah mereka.?

Dari hari ke hari Utusan melaporkan cerita  laporan polis,tunjuk perasaan, poster upah menampar  Teresa Kok dan  potraitnya  disembah dengan darah ayam  dan Star membesarkan reaksi hanya  segelintir orang yang membantah.

Kepada siapakah hendak disalahkan kepada wujudnya ketegangan  yang semakin menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan?

Aksi dan reaksi dalam kes ini hanya  menambah kesedaran rakyat di pihak kerajaan dan juga pembangkang bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah: Kepada pembangkang buatlah apa pun kerajaan Najib  tidak akan berani bertindak dan di pihak penyokong kerajaan pula rasa kekecewaan semakin meluas bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang  lemah..

Seluruh NGO penyokong kerajaan seharusnya bertindak memberhentikan tindakan tindakan membuat laporan polis,berteriak,menjerit dan berdemonstrasi seperti tentera upahan yang lebih mendedahkan kelemahan kerajaan.

Polis  tidak dapat disalahkan dalam hal ini  tetapi pertimbangan politik tentunya telah mencampuri urusan untuk membolehkan  mereka bertindak   pantas untuk  membunuh kes ini dari awal,ketika  api masih dalam sekam.

Kita mempunyai sebuah kerajaan yang berjaya menangguhkan satu demi satu masalah tetapi tidak berjaya menamatkan masalah sehingga liwat pun bukanlah lagi menjadi suatu masalah moral di negara ini sebaliknya suatu penerimaan nilai sosial yang diistiharkan oleh Mahkamah dari masa kemasa.

Rakyat jangan terkejut  dan kecewa jika kerajaan BN tidak dapat bertindak dalam kes Teresa Kok. Tunggulah untuk mendengar rasionalnya dari AG.

No comments: