Anwar & Dr. Musdah diiktiraf Kerana Penyokong Gay & Lesbian
Oh! Rupanya ini kerja si Anwar. Baik betul dengan Dr. Musdah ini ye? Bagai merpati dua sejoli, mereka berdua sama- sama menghadiri Program Parlimen Agama Sedunia di Melbourne, Australia pada akhir tahun lepas! Perggghhh…!!! Program Parlimen Agama Sedunia! Bukan calang-calang program! Program “Agama” pulak tu…
Siapa Dr. Musdah ini? Kalau nak tahu, Dr. Musdah ini pernah didedahkan akhbar bahawa dia pernah mendapat anugerah dan pengiktirafan dari barat kerana “menghalalkan gay dan lesbian”!. Hebat bukan? Dr. Musdah ini walaupun bertudung, dia dikhabarkan menyokong kuat kegiatan dan aktiviti gay dan lesbian.
Secara logik akal, latar belakang sebeginikah individu yang dijemput oleh penganjur Program Parlimen “Agama” Sedunia di Australia itu? Anwar dan Dr. Musdah??? Tidak ada tokoh Parlimen lainkah yang lebih layak dari mereka? Yang sokong “gay dan lesbian” pula yang dipilih?
Sudahlah kreadibiliti individu yang dijemput itu pun diragui. Malah program itu pun Program Parlimen “Agama” Sedunia! “Agama” apakah yang mereka wakili??? Agama Islam? Jika mereka mewakili tokoh Parlimen dari Agama Islam seantero dunia, maka terus terang saya katakan, “SAYA TIDAK RELA DIWAKILI OLEH SEPASANG PENYOKONG GAY & LESBIAN” ini! Saya lebih rela diwakili Taib Azammuddin, Harun Taib ataupun Jamil Khir!
Pada saya, perkara ini sangat menyedihkan seluruh umat Islam di Malaysia. Perkara ini sangat memalukan kita umat Islam di Malaysia! Bukankah Islam melaknat kegiatan “gay dan lesbian”? Tidak ingatkah balasan Allah pada kaum Nabi Luth A.S? Lupakah tentang dosa dan pahala sehingga menyokong kegiatan songsang yang menyalahi hukum Islam? Kerana terlalu menyokong “hak asasi manusia, apakah “gay dan lesbian” yang diharamkan Islam itu disokong oleh Anwar dan Dr. Musdah ini?
Saya secara peribadi selain Karpal Singh, pernah meminta agar Anwar Ibrahim bertaubat nasuha. Ini adalah kerana saya malu dengan Anwar yang mengaku Islam (saudara seIslam saya), menyokong kegiatan songsang ini. Apatah lagi Anwar mempunyai pengaruh berbanding saya yang hanya insan yang kerdil. Ayuhlah rakyat Malaysia, celikkan mata kalian.
Lihatlah siapa Anwar sebenarnya dan jangan rosakkan masa depan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini dari tangannya…
source : mykmu


No comments:
Post a Comment