NUFFNANG

Friday 22 April 2016

Najib dan kuncu-kuncunya hidup di dalam dunia yang terpisah dari realiti


Najib dan kuncu-kuncunya hidup di dalam dunia yang terpisah dari realiti

Artikel ini diterjemah dari artikel Bahasa Inggeris yang lepas.


F



__________________
Ya, mereka hidup di dalam dunia yang terpisah dari realiti.
Sebab itulah mereka dengan secara tak malunya membuat kenyataan yang tidak masuk akal di masa cerita tentang keadaan sebenar yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Contohnya, berita terkini sekitar kemelut 1MDB.
Berita perihal IPIC menamatkan perjanjian jual-beli hutang dengan 1MDB dan berita mengenai  pengambilan berbillion-billion ringgit dari syarikat 1MDB oleh jutawan segera bernama Najib Razak seperti yang didedahkan oleh Wall Street Journal telah menyebabkan nama baik Malaysia terpalit begitu buruk sekali.
Sebelum ini, kita diberitahu bahawa semua tuduhan-tuduhan ini adalah tuduhan palsu. Pada mulanya mereka mengatakan bahawa wang bernilai berbillion-billion itu tidak wujud. Kemudian mereka menukar cerita dengan mengatakan Najib tidak pernah mengambil wang daripada 1MDB. Kemudian mereka menukar lagi cerita dengan mengatakan wang itu adalah derma. Najib juga dengan muka tak malu telah berkata bahawa dia tidak menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi!
Pada bulan Jun 2015, si penipu itu berkata:
“Biar saya terangkan dengan jelas: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat ini sendiri.”
Malangnya, seperti yang telah dibuktikan banyak kali (dan didedahkan sendiri oleh Peguam Negara), dia terbukti menerima wang dari SRC International dan dalam artikel yang diterbitkan oleh WSJ kelmarin, sekurang-kurangnya USD681 juta juga telah diambil daripada 1MDB.
Selain itu, beliau membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli-belah barangan mewah seperti  pakaian, beg tangan, barang kemas dan lain-lain. Ini semua telah digunakan untuk kepentingan peribadi!
Kata kata Ahmad Maslan dan Haron Din terbukti betul; iaitu Perdana Menteri kita ini adalah sangat bodoh kerana mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi.
image102Namun begitu, ramai juga kuncu-kuncu beliau yang hidup di dalam penafian. Mereka membuat kenyataan yang tidak masuk akal hanya untuk melepaskan Najib Razak dari sebarang salah laku. Bagi mereka, ahli parlimen yang menerima berjuta-juta wang daripada SRC International dan kemudian menghabiskannya untuk membeli barangan mewah di serata dunia itu tidak salah. Bagi pandangan mereka, ini bukanlah satu dosa.
Najib juga mempunyai masalah yang lagi besar iaitu menyalahgunakan wang berbillion-billion melalui syarikat 1MDB. Sebanyak USD7 billion dikatakan hilang tidak dapat dikesan oleh PAC.
Ada di antara kuncu-kuncu Najib yang memberi kenyataan kurang waras seperti mengatakan bahawa usahasama antara PetroSaudi dan 1MDB merupakan usahasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G). Semua orang dengan akal yang cukup dan kepandaian yang normal hanya perlu menggunakan Google untuk mengetahui bahawa PetroSaudi bukannya sebuah syarikat yang dipunyai oleh Kerajaan Arab Saudi.
Akan tetapi, mereka masih hendak menulis artikel-artikel yang panjang, walaupun kebanyakkannya sampah, hanya untuk mempertahankan si penipu itu.
Kini, umum mengetahui bahawa syarikat PetroSaudi telah menipu Malaysia berbilion-bilion ringgit, dan penipuan ini telah diselia oleh orang-orang kepercayaan Najib Razak. Ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Laporan PAC (mukasurat 18-19), di mana pemilik PetroSaudi ini adalah seorang penyangak bernama Tarek Obaid dan 1MDB (tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengarah), telah menghantar berbilion ringgit ke dalam syarikat yang tidak ada kena mengena dengan PetroSaudi.
Selain itu, sesiapa sahaja dengan sedikit pengetahuan dalam bidang audit akan tahu bahawa 1MDB telah memecat dua juruaudit mereka dalam jangka masa tidak sampai 4 tahun. Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua yang agak jahil ini sanggup berbohongdi dalam sebuah rancangan TV di dalam Jun tahun lepas apabila beliau mengatakan bahawa penukaran juruaudit 1MDB merupakan satu amalan biasa.
Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu fakta yang diketahui ramai orang di dalam industri  audit bahawa EY dan KPMG sememangnya dipecat masing-masing dalam tahun 2010 dan 2013.
Tetapi sepanjang tahun lepas beberapa orang yang bodoh dan keliru telah mempertahankan 1MDB di dalam media sosial dengan mengatakan bahawa juruaudit-juruaudit tersebut tidak dipecat. Ia adalah amalan biasa untuk menukar juruaudit, kata mereka. Alhamdulillah tiada seseorang pun di antara mereka ini merupakan seorang akauntan bertauliah atau pun pakar kewangan. Jika tidak, orang ramai akan mula mempersoalkan kelayakan dan kecekapan kerja mereka.
Sebuah syarikat berbilion ringgit menukar juruaudit di pertengahan sesi audit atau menggunakan 3 firma audit yang berbeza dalam tempoh 5 tahun adalah satu petanda yang tidak baik.
Dan terbukti sudah di mana di dalam PAC Laporan (halaman 68 & 71), ianya telah dilaporkan bahawa kedua-dua firma audit telah dipecat oleh 1MDB.
Soalan yang penting sekarang adalah, mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai kata-kata karut yang dilaungkan oleh para individu berbayar dari JASA atau yang berada di dalam Facebook? Mereka bukannya pekerja 1MDB. Mereka pun tidak akan tahu apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya rakyat. Yang tahu hanya Najib dan rakan-rakan sepenyelewengannya di dalam 1MDB sahaja.
Tentu sahaja orang-orang seperti Azalina Othman, Husni Hanadzlah atau Salleh Keruak dan seluruh menteri kabinet tidak tahu apa-apa. Mereka cuma tahu mengangguk-angguk seperti bangau mencari makan.
Apa yang lebih teruk, kerajaan ini menggunakan wang rakyat untuk menyebarkan maklumat palsu dan menipu untuk mempertahankan Najib!
Mudah-mudahan, tidak akan ada lagi bunyi bunyi sumbang yang keluar dari mereka yang melantik diri sendiri untuk menjadi jurucakap 1MDB. Ini kerana 1MDB itu sudah menjadi busuk. Ianya terbukti menjadi legasi Najib Razak yang paling jijik di mata rakyat Malaysia.
Apabila anda tidak mempunyai akal, anda akan membuat kenyataan yang tidak masuk akal. Rakyat sukar untuk percaya kenyataan yang tidak masuk akal kerana rakyat umumnya mempunyai akal yang bijak. Akal yang bijak akan mengetahui bahawa PetroSaudi – 1MDB JV bukannya G2G. Akal yang bijak juga akan mengetahui bahawa juruaudit-juruaudit 1MDB telah dipecat.
Dan sudah tentu akal yang bijak akan mengetahui bahawa berbilion-bilion wang di dalam akaun peribadi Najib Razak bukannya derma sedekah. Pastinya ia bukan untuk melawan ISIS dan bukan untuk melawan Yahudi. Tetapi sepanjang tahun 2015 hingga ke hari ini, sesetengah pengampu Najib masih lagi percaya bahawa wang itu adalah derma untuk melawan Yahudi / ISIS / Ikhwan Muslimin lain-lain! Kelakar bukan?
Mungkin mereka suka dibohongi oleh Najib dan suka diejek oleh orang ramai. Tetapi ini tidaklah mengejutkan. Najib Razak hingga ke hari ini cuba menipu diri sendiri dan menipu para pengikutnya. Dia hidup di dalam bekas vakum yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan realiti semasa.
vghj
Tengok muka dia. Agaknya di mana dia telah sorokkan barangan kemas intan permata yang dibelinya? Para pengampunya sedar atau tidak berjuta-juta duit rakyat dah dibelanjakan untuk kesenangan peribadi?
Pada bulan Januari 2016, beliau mengisytiharkan bahawa semua RM40 bilion 1MDB telah diselesaikan. Beliau adalah Menteri Kewangan namun dia tidak mahu memberitahu kita bahawa paras hutang sebenar 1MDB adalah RM50 bilion. Perkataan ‘ketelusan’ sudah tentu tidak berada di dalam kamus beliau.
Tetapi yang lebih menarik ialah, dia tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa 1MDB akan hanya dapat menyelesaikan kesemua hutangnya dalam tahun 2039! Itupun jika 1MDB dapat memenuhi beberapa  faktor dan syarat perniagaan (PAC Laporan halaman 81).
Jadual di bawah menunjukkan cara bagaimana 1MDB merancang untuk menyelesaikan semua hutangnya yang telah dibuat secara semberono. Jelas sekali, hutang tidak akan diselesaikan serta-merta. Ingat, Najib pernah berkata bahawa satu sen pun wang rakyat tidak akan digunakan untuk menyelamatkan hutang 1MDB (mereka hanya terpaksa menjual tanah-tanah rakyat sebaliknya untuk mendapatkan wang bagi membayar balik hutang tersebut).
cgvhmc
1MDB merancang untuk membayar balik kesemua hutang-hutangnya sebaik sahaja cucu-cucu anda semua akan melahirkan anak di sekitar tahun 2039.
Dinding yang melindungi Najib Razak ini akan pecah bila-bila masa tidak lama lagi. Ini telah bermula sejak penubuhan 1MDB lagi. Model perniagaannya adalah tidak mampan tetapi oleh kerana Najib mempunyai sifat kurang cerdik, penyelewengan licik 1MDB diteruskan juga tanpa mengambil kira undang-undang atau urus tadbir yang baik.
Mereka kini tertonggeng-tonggeng di setiap langkah perjalanan. Kedudukan Najib makin lama makin tidak dapat dipertahankan. Dia masih menjadi perdana menteri hanya melalui kesetiaan tak bertempat beberapa kuncu-kuncu yang boleh diarahkan untuk membuat apa sahaja sesuka hati.
Source : jebatmustdie

No comments: