NUFFNANG

Friday 11 December 2015

[#najibiscrackingup...umno semakin dibenci, parah dan tenat]...Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis Akan Ambil Pendekatan Berbeza

[#najibiscrackingup...umno semakin dibenci, parah dan tenat]...Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis Akan Ambil Pendekatan Berbeza

Ramai yang blog ini temui tadi agak terperanjat dengan pendekatan “lawan sampai relai” yang diambil oleh YAB Presiden parti. Lawan. Perli. Sindir. Sarkastik. Balun. Semua lengkap. Yang jadi lagi kurang adab, apabila nama Mahathir hanya disebut hampir di penghujung ucapan, itupun dalam perspektif yang sedikit jahat.
Blog ini ok sahaja dengan pendekatan Presiden. Apapun, Presiden tetap Presiden. Ada hak untuk menentukan kaedah berdepan dengan masalah.
Cuma ada veteran parti yang mengeluh panjang.
‘Aku rasa, kalau arwah JJ masih ada, tak jadi benda macam ini. Koyak dah UMNO ni’.
‘Arwah JJ orangnya berhati-hati. Tak menasihatkan Najib dengan benda yang bukan-bukan. Bukan nak cari gaduh punya kaki’.
Seorang veteran dari Wilayah, kata begini:-
‘Aku tak rasa semangat silaturrahim dalam ucapan tadi. Yang ada, ko balun aku, aku balun ko. Sampai hancur lumat’.
Ramai yang berkata, TS JJ (Arwah) akan menentukan kes ini selesai dengan baik. TS JJ pun masuk ke dalam kabinet sejak zaman Mahathir. Dia tahu kelemahan dan kelembutan hati Tun.
Tapi itulah jalan yang Presiden sudah ambil.
Peduli dengan usaha nak rapatkan saf. Ini kali kena lawan gila-gila.
Tak tahu nasihat mana yang dipakai. Tapi ayat kita boleh kenal siapa belakangnya. Sentuhan tu kita boleh tahu. Ada sentuhan ABIM sikit-sikit. Bab agama, anak Dusuki mesti beri pandangan.
Yang pasti, kalau TS JJ, minggu lepas lagi sudah ada usaha bertemu Tun Mahathir dan Muhyiddin. TS JJ akan ambil sikap yang extra careful. Bukan main belasah macam ini.

No comments: