NUFFNANG

Wednesday 28 May 2014

TERKINI ! @CHEGUBARD SAMM DIGANTUNG KEAHLIAN PKR !

TERKINI ! @CHEGUBARD SAMM DIGANTUNG KEAHLIAN PKR !

Lembaga Disiplin PKR kononnya telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota.


Sdr BADRUL HISHAM SHAHARIN (Cabang Rembau) 
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus. Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan ‘Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali’ pada 12 Mei 2014 dan disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today. Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk ‘Keputusan penuh penipuan: Chegubard’. 
Sdr BADRUL HISHAM SHAHRIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.seterusnya
Di antara laporan akhbar Berita Harian tentang kenyataan Chegubard :
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa keputusan pemilihan terkini dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu kelmarin penuh pembohongan.

Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard menerusi status Facebooknya, semalam mendakwa wujud unsur penipuan dalam proses pengiraan undi, terutama di Cabang Kota Bharu.

“Keputusan rasmi JPP penuh pembohongan. Contoh Cabang Kota Bharu, (Mohamed) Azmin (Ali) cuma dapat tiga undi tapi bila keputusan rasmi, dapat 59 undi,” katanya yang turut mempertikaikan keputusan pucuk pemilihan, termasuk Baru Bian bagi jawatan Naib Presiden.
 
“Inilah yang kau (merujuk kepada Azmin) buat sejak 2010, tapi kali ini silap sebab dalam keadaan tak sekaya kau berbelanja kami sedia merakam penipuan. 
“Itu nasib Kota Bharu, di pedalaman yang kami tak sekaya kamu untuk upah macai sampai ke sana, berapa banyak pula kau menipu,” katanya dipetik dari facebook beliau - 21/5/14
source : dr mim

No comments: