Wednesday, 5 February 2014

UMNO MASIH BACUL ? VIDEO TERESA KOK - LIM GUAN ENG DAP 'SERANG' UMNO HABIS-HABISAN ?!! @najibrazak @dzainalabidin

VIDEO TERESA KOK - LIM GUAN ENG DAP 'SERANG' UMNO HABIS-HABISAN ?!! @najibrazak @dzainalabidin

Nampaknya, Lim Guan Eng, 'Setiausaha Agung DAP' yang masih dipersoalkan kesahihan jawatan parti rasis DAP itu, mahu 'berperang' habis-habisan dengan parti UMNO?



Anak Lim Kit Siang yang tergolek jatuh ke-5 oleh perwakilan semasa pemilihan semula CEC yang mengaibkan dan menjatuhkan imej DAP itu 'menyerang' UMNO dalam isu video biadap rasis DAP yang turut melibatkan Teresa Kok. 
Lim Guan Eng hari ini menyifatkan Umno sengaja menggunakan video yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini seserangan politik. 
Kata beliau, fitnah Umno itu hanya bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman dan ketegangan agama demi mengelak daripada menjelaskan kenaikan harga barang yang menjejaskan kehidupan semua rakyat Malaysia. seterusnya
Kenyataan 'Setiausaha Agung DAP' kononnya UMNO 'mengelak daripada menjelaskan kenaikan harga barang' itu adalah satu tuduhan dangkal kerana sebelum ini Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang telah memuji dan menyokong langkah kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup dalam usaha mengurangkan beban rakyat di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Lam Wu Chong berkata, langkah itu adalah satu tindakan yang bijak untuk menangani isu peningkatan harga barang dan tepat pada waktunya. 
"Pada hujung tahun 2013, harga barang mula melambung tinggi akibat inflasi. Kerajaan yang memahami kesusahan rakyat telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih dan elaun lain untuk mengurangkan beban rakyat. 
"Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan 11 butiran perbelanjaan awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. 
Turut hadir dan mendengar pujian tersebut ialah Lim Guan Eng DAP sendiri !
Omongan anak Lm Kit Siang seterusnya :
"Beliau (Teresa) sudah menjelaskan bahawa beliau tidak menyebut insiden Lahad Datu mahupun menamakan sesiapa dalam video itu. Mereka yang tidak memahami bahasa Mandarin atau Cina tidak patut mereka-reka cerita. DAP akan mempertahankan Kok untuk berdepan dengan serangan Umno," kata Lim.
Apakah Lim Guan Eng tidak menonton video biadap itu kerana video itu mempunyai teks bahasa Melayu atau beliau hanya mahu balun UMNO sahaja atau plain stupid?



Guan Eng juga membuat tuduhan kelakar apabila mengatakan kecaman itu 'menunjukkan Umno melihat DAP sebagai parti yang senang dibuli.'
Malah beliau mendakwa Umno juga melihat kerajaan Pulau Pinang sebagai senang dibuli kerana ia mempunyai ketua menteri kaum Cina dan bukan Islam. 
Kata beliau, ini dapat dilihat daripada aduan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu penjualan daging babi secara terbuka dihentikan. 
"Kita tidak akan melayan permainan mereka ini," katanya. seterusnya
Dengan serangan demi serangan oleh Lim Guan Eng terhadap UMNO tanpa mengenal masa termasuk hari perayaan Gong Xi Fa Cai, apa ceritanya?

Malah, tuduhan Lim Guan Eng iaitu 'Umno juga melihat kerajaan Pulau Pinang sebagai senang dibuli kerana ia mempunyai ketua menteri kaum Cina dan bukan Islam.' merupakan satu tuduhan berbau rasis yang sangat berat dan melulu.

Lim Guan Eng juga 'menyerang' UMNO di dalam perutusan Tahun Baru. Di antaranya :
Demonstrasi ganas oleh penyokong UMNO, cubaan serangan bom api ke atas gereja Katolik di Pulau Pinang dan seruan suatu Bahagian UMNO untuk mengharamkan penjualan khinzir yang sudah berlangsung selama 200 tahun dalam kawasan 95% penduduknya bukan Islam membangkitkankeraguan serius tentang motif sebenar UMNO, dan sama ada UMNO benar-benar ingin memusnahkan asas sebuah negara bangsa yang dibina pengasas mereka; Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak seterusnya
Artikel di atas yang mengaitkan 'cubaan serangan bom api ke atas gereja Katolik' dengan 'keraguan serius tentang motif sebenar UMNO" adalah satu tindakan yang boleh disalah anggap oleh pembaca. 

Padahal, 'serangan bom api ke atas gereja' tidak melibatkan UMNO!

Seriously, berapa lama lagi Guan Eng dibiarkan bermaharajalela mengecam, menuduh dan membuli UMNO?

source : dr mim

No comments:

Post a Comment