Tuesday, 11 February 2014

SEMAKIN PANASSS !! Gencatan Senjata Khalid-Azmin Belum Menjadi – Lambakan Fail Pembaziran PKNS Akan Berlaku???

Gencatan Senjata Khalid-Azmin Belum Menjadi – Lambakan Fail Pembaziran PKNS Akan Berlaku???


Nampaknya, gelombang perkelahian politik antara Khalid dan Azmin belum berakhir. Bukan setakat belum berakhir, malahan di kalangan orang Khalid sendiri sudah menyusun satu demi satu isu yang melibatkan Azmin secara peribadi.
Perlantikan 22 orang kakitangan kontrak yang dinamakan sebagai #TeamAzmin di dalam PKNS sudah terhenti. Kerugian tahunan berjumlah RM7 juta sudah dihentikan secara serta merta.
Azmin patut tahu bahawa tidak ada kewajipan moral untuk meneruskan khidmat mereka, sekiranya yang mereka tahu hanya menjaga politik Azmin.
Dalam pada Azmin beria mengutuk kaedah Biro TataNegara (BTN) sebagai penggerak kader politik, menggunakan duit/dana PKNS untuk menggerakkan biro politik Azmin memang resipi jahanam.
Terbaru, menurut cerita-cerita kecil di koridor HQ PKR, dana komisen Datum Jelatek pun akan disungkit oleh Khalid Ibrahim.
Sampai sekarang projek masih belum berjalan. Sebab apa? Katanya ada kekangan dana disebabkan bayaran komisen yang ditetapkan sudah mencapai tahap haram jadah punya tinggi. Siapa kata kalau Anwar jadi MB, rasuah dan isu gelap wang, sapu komisen tidak akan berlaku. Lagi teruk!!!
Azmin rasanya akan tersungkur kali ini. Banyak sangat isu. Fail Datum Jelatek sahaja kalau mahu dibuka, akan merosakkan imej Azmin. Azmin underestimate gerakan politik Khalid.
Kalau tak kena gaya, mahunya Azmin kembali jadi SUS Anwar bertaraf YB. Balik position lama zaman Azmin darling kepada Anwar (TPM) dahulu. Phuiii…kata Azmin. Kalau setakat SUS, tak berbaloi perjuangkan PKR.
source : gelagat anwar

No comments:

Post a Comment