DULU ANCAM BOIKOT SEKARANG , PAS U TURN BANTU KEMPEN ANWAR PRK KAJANG ..
Sudah terjawab ...akhirnya PAS membuktikan mereka seperti anjing menyalak bukit sahaja dalam PRK Kajang yang dirancang PKR apabila akan bantu Anwar dalam kempen pilihanraya berkenaan .
Ini kerana pada awalnya mereka membantah tindakan PKR yang mempermainkan pilihanraya dengan ancaman boikot kempen di Kajang tetapi akhir sekali terpaksa menurut juga perintah daripada Anwar turun bantu . KLIK DI SINI
Keputusan PAS pusat ini sudah tentu dipengaruhi oleh kumpulan Erdogan2 yang menjadi barua Anwar dalam parti itu .
Pas membuat keputusan akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil kawasan itu tidak lama lagi.
Bagaimanapun dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, bantuan yang diberikan oleh Pas adalah atas semangat kerjasama dalam pakatan pembangkang dan ia tidak kaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, perkara itu dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas di Pejabat Agung Pas, di sini semalam.
''Pas Pusat dan Pas Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya.
''Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas pusat Dr. Mohd. Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya Pas dalam pilihan raya kecil tersebut,'' katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
source : generasi pejuang bangsa

No comments:
Post a Comment