NUFFNANG

Thursday, 6 February 2014

NENEK MOYANG MELAYU DAH LAMA TAHU KALKI AVATAR DALAM KITAB PURANA IALAH BAGINDA RASULLULLAH S.A.W.

NENEK MOYANG MELAYU DAH LAMA TAHU KALKI AVATAR DALAM KITAB PURANA IALAH BAGINDA RASULLULLAH S.A.W.



Selama ini, puak PAS , DAP dan puak HINDRAF mendakwa kononnya nenek 
moyang Melayu mengikuti agama Hindu-Buddha- wisynu. Itu tidak benar samasekali. 
Ajaran yang diikuti oleh nenek moyang Melayu ialah Hindu Pandavas yang disahkan 
adalah syariat Nabi Ibrahim a.s. Tiada patung yang disembah, tiada dewa 
yang dijadikan tuhan dan tiada sebarang imej yang dikaitkan dengan Keesaan 
Allah Ta'ala. Mereka juga mengetahui dari awal akan kedatangan baginda 
Rasullullah s.a.w. Alam nusantara merupakan Pusat Semesta Pengajian Agama 
Kebenaran (nama asal Hindu) . Sebarang arca dan patung yang dibina adalah 
simbol kepada penceritaan dan bukan untuk disembah dan dipuja. Ramai keturunan 
Melayu sekarang yang suka berguling atas jalanraya dan suka mendengar ceramah 
fitnah puak PAS, kononnya malu nak mengaku Melayu yang dulu beragama Hindu. 
Otak depa semuanya kosong dan penuh dengan cairan najis sebab depa tak 
mengkaji apa yang sebenarnya dianuti oleh nenek moyang Melayu. 

Kerana itulah Islam mudah diterima nenek moyang Melayu melalui Raja-raja mereka. 

Berikut, adalah penemuan kajiselidik daripada seorang penyelidik bertitel 
profesor dari Universiti Alahabad , India mengenai identiti Kalki Avatar 
(Pembimbing Agung). Penemuannya disahkan oleh lapan pandit sami kanan 
Hindu. Berikut adalah dipetik daripada sumber:-
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad,
dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki
Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran
mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang
sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan factor
benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau
bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku
ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan
dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada
dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk
diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan
muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang
menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran
sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.
Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya
sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu
Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular. 
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan
panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat
bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu
diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan
Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera
menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh
Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta
fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan
hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan
diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh
tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali
dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan
kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah
dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka
bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini.
Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi
yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia. 

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan
mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali
sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama
tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat,
VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah
dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan
menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI
beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi
Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas
Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang
amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat
disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi
Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai
oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan
dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat
dihormati oleh masyarakat ketika itu. 

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki
Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah
mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat
Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua
yang bernama Gua Al Hira. 

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat
Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit
hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi
Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke
masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang
seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan
pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah
memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan
Uhud dan yang lain lain. 

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan
pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah
dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan
seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini
bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang
berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir
bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan
senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya
Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400
tahun yang lalu. 

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda
mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang
dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah
memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu
adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan
kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan
kebenarannya.

source : semaremas 

No comments: