Monday, 10 February 2014

Najib Patut Pecat Siapa Yang Cadang Lantik Waytha!

Najib Patut Pecat Siapa Yang Cadang Lantik Waytha!

Waythamoorthy buat hal. Blog ini pernah menulis dulu, pelantikan
Waythamoorthy ini adalah satu kesilapan yang bakal membawa nanah
kepada BN. Sudah terbukti, Waytha sudah dengan selamba badak
melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri.
Waytha ini dicadangkan kononnya dengan alasan mempunyai blue ocean
strategy selepas daripada tempoh pilihanraya. Seorang Menteri Kanan
yang kononnya sudah membuat siasatan menyeluruh terhadap Waytha dan
HINDRAF pernah menjanjikan ini adalah strategi paling padu dalam
membawa masyarakat India kekal dengan BN.
Menteri yang kononnya memang Master bab blue ocean strategy ini
berjanji untuk melakukan pemantauan berkala kepada HINDRAF dan
sekaligus meletakkan HINDRAF setara dengan MIC (bagi tujuan back up
jika MIC gagal menawan kembali pemikiran masyarakat India di
Malaysia).

Sekarang apa sudah jadi?
Waytha senyap. HINDRAF sudah mula naik angin. Menteri terbabit hanya
buat muka tak bersalah dan tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan.
Imej yang jahanam adalah imej PM dan BN. Menteri terbabit boleh cuci
tangan. Konon segalanya tidak menjadi seperti dirancang.

Apa yang susah sangat nak jaga hati Waytha dan HINDRAF ini?
Bukan soal payah, masalahnya BLUEPRINT dengan HINDRAF ini pun tidak
perlu ditandatangani pun. Sayangnya, Setiausaha Agung UMNO/BN yang
beria-ia sangat suruh tandatangan.

Apa yang ditandatangan?
- Kerajaan janji nak jaga kepentingan semua masyarakat bekas pekerja
estet di seluruh negara.
- Anak-anak bekas pekerja estet mesti diberikan pendidikan dan peluang
pekerjaan.
- 7.5 % kakitangan awam WAJIB dianggotai masyarakat India
- Dana RM25juta setiap tahun untuk membantu masyarakat India perlu
diberikan kepada Hindraf
- Perumahan untuk bekas masyarakat estet mesti dibina di seluruh negara
Apakah salah kalau HINDRAF nak tuntut janji? Tak salah. Yang salah
adalah mereka yang beria-ia suruh PM tandatangani blueprint yang bukan
senang nak dilaksanakan. RM25 juta memang mudah. Tapi yang lain-lain?
Waytha adalah kesilapan yang tidak wajar dilakukan lagi. Ini strategi
makan Tuan. Orang yang cadang…senyum dan relaks sahaja. Kes naya.

source :  gelagat anwar

No comments:

Post a Comment