NUFFNANG

Tuesday, 4 February 2014

NAIB PRESIDEN AHMAD ZAHIDI ! BACA ARTIKEL INI !! SALAHKAH SAYA BERASA KECEWA DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO INI !

SALAHKAH SAYA BERASA KECEWA DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO INI !


Saya berusaha untuk menyembunyikan rasa kecewa terhadap Naib Presiden UMNO 
yang mendapat undi hampir sempurna pada pemilihan UMNO yang lalu. Saya percaya 
saya tidak bersendirian mempunyai perasaan ini. Ramai teman teman yang lain turut
kecewa. DS Ahmad Zahid Hamidi jelas berubah selepas pemilihan UMNO.

Tolonglah Zahid. Dengarlah suara umat Melayu yang melata di bawah ini. Dengar dan 
rasakan kekecewaan kami yang telah memenangkan UMNO pada PRU 13. Terlalu banyak 
penghinaan yang dilemparkan kepada kita.

Isu Kalimah Allah, pelanggaran titah Yang Di Pertuan Agung, penghinaan terhadap 
Perdana Menteri, video Theresa Kok dan terkini ada pemimpin DAP memperlekeh ayat 
Al Quran.

Saya dan teman teman menjadi keliru kenapa pendatang tanpa izin menjadi keutamaan 
sekarang, dalam keadaan kita umat Melayu Islam seakan akan berada pada lapis paling 
bawah.

Saya dan teman teman jadi keliru kenapa Datuk Seri begitu mudah teralun dengan salam 
konsesus Nasional yang dihulur oleh Anwar Ibrahim mendahului Majlis Tertinggi UMNO dan 
Presiden Parti.

Saya dan teman teman rasa kecewa bilamana Datuk Seri menggunakan ungkapan LAWAN 
TETAP LAWAN yang jadi slogan Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya sejak sekian lama.

Bangunlah Datuk Seri. Akar umbi mahukan pembelaan. Akar umbi mahukan ketegasan. 
Jangan nanti akar umbi berasa amat tidak berbaloi menjadi penyokong UMNO dan Barisan 
Nasional. Jangan nanti akar umbi mengambil sikap ' biarkan' kerana UMNO dan kerajaan 
ini hidup kerana kami di akar umbi !

No comments: