Wednesday, 5 February 2014

Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?

Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?  

Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan 
kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina 
baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan 
klip video yang bertajuk 'Onederful Malaysia' itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut 
hanyalah merupakan'satira politik' (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak 
merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan 
bersifat hasutan.

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil 
tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan "penindasan politik".

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain 
memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan 
menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu 
keganasan di Sabah.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun 
Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you 
can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping 
and scenes of open fire" (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh 
melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang menariknya isu yang hampir sama ini, pernah terjadi pada beberapa tahun 
yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 
terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan 
dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.

Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' itu 
dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk 
sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco 
kerajaan negeri Selangor.

Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel 
tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa 
telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa 
memberikan sebarang alasan.

Selain daripada itu, dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua 
Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana 
menulis sebuah cerpen bertajuk "Politik Baru YBJ" yang kemudiannya diterbitkan 
dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri 
Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah 
RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan 
bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar 
mahkamah.

Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi, 
sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika 
itu, tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.

Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman 
dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah.Semoga dengan tindakan itu, tidak 
ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh 
mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

source : taipingmali

No comments:

Post a Comment