Tuesday, 11 February 2014

Cina Kajang Bagi PENGESAHAN Untuk Menangkan Anwar Ibrahim di Kajang

Cina Kajang Bagi PENGESAHAN Untuk Menangkan Anwar Ibrahim di Kajang


Pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Kajang berikrar untuk terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuklah bekas dua orang ADUN Kajang sebelum ini.

Lee Kim Sin yang merupakan ADUN Kajang antara 2008-2013 berkata, satu-satunya perkara yang membimbangkannya adalah jumlah yang akan keluar mengundi pada hari mengundi.

Kim Sin dan penggantinya, Lee Chin Cheh, kedua-duanya dari PKR, sedang melipatganda usaha untuk meyakinkan masyarakat Cina Kajang sekaligus mendapatkan sokongan bagi memastikan kemenangan Anwar Ibrahim dan PKR pada 23 Mac nanti.

Lee Chin Cheh telah meletak jawatan serta merta pada 27 Januari lalu sekaligus PRK DUN Kajang terpaksa diadakan. 

"Kami yakin, komuniti Cina akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata Kim Sin. "Yang kami bimbangkan cuma jumlah yang akan keluar mengundi memandangkan masyarakat Cina di sini tahu, sebarang keputusan, tidak akan memberi perubahan kepada kerajaan."

Disebabkan itu, katanya, dia akan terus bekerja pada peringkat akar umbi untuk mengatasi masalah tersebut. 





Lee Chin Cheh pula berkata, keputusannya untuk meletak jawatan tidak lama selepas PRU13 pada Mei tahun lepas, mungkin akan memberi kesan negatif kepada trend pengundian. Menurutnya, dia terpaksa memberikan penjelasan sebab-sebab sebenar dia membuat keputusan meletak jawatan. 

"Setakat ini respons daripada masyarakat Cina adalah baik," katanya. 

Chin Ceh merupakan salah seorang daripada penceramah dalam pertemuan komuniti di Taman Prima Saujana yang diadakan tiga malam sudah.  


Dalam ucapannya, dia mengakui yang dia mengetahui masalah ketidakpuasan hati masyarakat berhubung prestasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Bagaimanapun, dia memberitahu hadiri bahawa dia sangat yakin, Anwar Ibrahim yang akan menjadi calon PKR untuk DUN Kajang, dapat menyelesaikan dan membetulkan masalah berkenaan. 



"Saya tidak dapat menyelesaikan masalah dengan MPKj," akuinya. "Yang Dipertua Majlis dan Ahli-Ahli Majlis sudah berbulan-bulan tidak bermesyuarat. Bagaimanapun, penduduk Kajang akan lebih bertuah kerana Anwar akan menyelesaikan semua masalah ini." 

Seorang pemimpin persatuan Cina yang enggan mendedahkan namanya memberitahu, kemenangan Anwar Ibrahim adalah PASTI. Bagaimanapun, jumlah majoriti undi yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim mungkin akan berkurangan secara drastik.

Pengerusi Persatuan Tarian Singa Selangor, Chin Sin Pang turut bersetuju bahawa orang Cina Kajang akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. 

Frankie Chan yang mengetahui Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Cina Semenyih berkata, Barisan Nasional tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina terutama sekali dengan syarat-syarat dan peraturan yang dikenakan oleh Kementerian Pelajaran yang menambahkan lagi masalah kekurangan guru dalam sekolah-sekolah Cina.  

"Mereka telah membuat syarat bahawa guru-guru sekolah rendah mesti merupakan lulusan universiti. Adakah anda berasakan lulusan universiti akan mengajar di sekolah rendah?"

Menurutnya lag, sekolah di Semenyih telah kekurangan guru selama 18 tahun. 

Majlis ceramah tiga malam sudah itu telah dihadiri sekurang-kurangnya oleh 80 kumpulan, kebanyakannya pertubuhan-pertubuhannya perniagaan dan pelajaran. 

Don Zong sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh komuniti pendidik vernakular Cina, mempunyai ibu pejabatnya di Kajang. Salah seorang daripada perwakilan tersebut telah menyerahkan memorandum kepada Anwar apabila dia tiba untuk majlis tersebut.  


No comments:

Post a Comment