Sunday, 18 August 2013

UMNO DALAM AMBANG KEJATUHAN BILA PEMIMPINNYA BUAT NEGARA NI SEPERTI HARTA MERDAK MAK BAPAK SENDIRI.

JANGAN BUAT NEGARA NI SEPERTI HARTA MERDAK MAK BAPAK SENDIRI.

Berbagai pihak nampaknya memberi reaksi negatif susulan Najib membela dan menyokong sahabatnya Nazri Aziz untuk meletak anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 
Mengikut undang-undang memang tidak ada halangan asalkan jangan guna wang Kerajaan untuk bayar gaji, elaun atau imbuhan. 
Kata Nazri dia guna duit poketnya sendiri untuk membayar gaji Nedim anaknya malah Nedim boleh jadi offisboy tetapi datang kerja memandu Ferrari. 
Duit poket Nazri yang datang dari gaji menteri dibayar pada anaknya samalah seperti masuk poket kiri keluar poket kanan dari baju yang sama. Seringkali baju Pak Menteri mempunyai poket yang banyak dua di bawah dua di atas seperti baju ‘telok belanga’. 
Tiada siapa boleh pertikaikan kemampuan Pak Menteri. Pak Menteri bukan setakat mampu melantik seorang anak sebagai Pegawai Khas malah Pak Menteri juga mampu melantik dua, tiga atau lebih anak-anaknya untuk dijadikan Pegawai Khas. 
Jika ‘Boy’ anak lelaki dilantik untuk menjaga pengundi muda mengapa tidak ‘Darling’ isteri kesayangan Pak Menteri dilantik juga sebagai Pegawai Khas untuk menjaga pengundi Wanita dan ‘Girgle’ anak perempuan Pak Menteri pula boleh dilantik menjaga puteri muda di kawasan. 
Najib yang menyokong pun sudah nampak bunga-bunga mengamalkan amalan yang sama. Setelah isteri bergentayangan dengan berbagai penglibatan di pejabat PM kini Najib juga melibatkan anaknya Ashman konon untuk menarik pengundi Cina. 
Che Det pernah menasihat “leaders must not only be clean but must be seen clean”. Sesungguhnya kuasa, harta dan khazanah negara ini hendaklah ditadbir dengan bersih, cekap dan amanah bukan ditadbir atau kelihatan ditadbir seperti harta merdak mak bapak sendiri.

No comments:

Post a Comment