Monday, 12 August 2013

TERKINI! SEORANG MENTERI BESAR TIDAK AKAN BERTANDING JAWATAN MT UMNO...

TERKINI! SEORANG MENTERI BESAR TIDAK AKAN BERTANDING JAWATAN MT UMNO...

Sebelum ini MiM telah menulis satu bertajuk Sebab Calon-calon MT & Pemuda UMNO Perlu Di Tolak Di #PAU


Timbalan Menteri Kesihatan DS Dr Hilmi Yahaya tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Oktober depan untuk memberi ruang kepada golongan yang lebih muda.

Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah turut mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi memberi laluan kepada golongan baharu.  Beliau juga mahu menumpukan kepada kementerian beliau.

Terbaru ialah seorang Menteri Besar telah membayangkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi UMNO.


Beliau ialah Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin.
Sebaliknya, kata Ketua Perhubungan UMNO Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri. 
"Kalau naib presiden ni satu Malaysia. Jadi atas sebab itu saya akan memberi tumpuan kepada Johor.
"Adalah tidak adil kalau saya ambil apa-apa jawatan tinggi tapi tidak mampu beri perhatian dan sebagainya serta tidak adil kepada mereka yang memberi sokongan," kata kepada pemberita, di sini. 
Mohamed Khaled yang ditemui ketika rumah terbuka Aidilfitri beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang, ditanya sama ada akan bertanding sekali lagi untuk jawatan naib presiden seperti pada pemilihan lepas. 
Mohamed Khaled dilantik Menteri Besar Johor pada 14 Mei lepas -BERNAMA
Pendirian seperti 'memberi ruang kepada golongan baru dan lebih muda' dan 'memberi tumpuan kepada kepada tanggungjawab yang dipikul' adalah manifesto baru yang menarik untuk kita bincang.

Realitinya, rakyat Malaysia sedang melihat dengan penuh minat, sejauh manakah parti UMNO benar-benar mahu melakukan transformasi untuk mengharungi tahun-tahun sebelum PRU14.

Perubahan UMNO bukan hanya omongan kosong penyedap hati sahaja tetapi perlukan spektrum pemikiran dan idea-idea baru yang mengikut peredaran dan keperluan semasa. Tanpanya, MiM khuatir parti UMNO akan masih ditakuk lama dan kehilangan ramai pengundi yang setia pada Barisan Nasional di PRU13 yang lepas.

Kita tunggu dan lihat, berapa ramai lagi pemimpin UMNO yang sudi mengundur diri demi rejunivasi parti yang diinginkan oleh ahli-ahli, penyokong-penyokong dan rakyat Malaysia.

Anda baca juga artikel ini : KLIK SINI

source : http://novandri.blogspot.com/2013/08/terkini-seorang-menteri-besar-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

No comments:

Post a Comment