Tuesday, 6 August 2013

SEBAB LIM DAP ANAK BERANAK TAKUT SAMAN RAKAN KARIB ?

SEBAB LIM DAP ANAK BERANAK TAKUT SAMAN RAKAN KARIB ?

Kita tentu bertambah musykhil dengan aksi Lim Kit Siang DAP yang ibarat merry go round berbelit-belit pusing ayat semasa cuba menyelamatkan parti DAP daripada malu yang paling teruk dalam sejarah parti itu selain daripada terlibat mengapi-apikan sengketan perkauman pada 13 Mei 1969.

Anda baca laporan portal pro-pembangkang The Malaysian Insider klik sini 


Lim Kit Siang DAP terpaksa mengaku bahawa pendedahan Father Agustus Chen adalah satu pembohongan, satu respons lumrah parti DAP yang sudah kita semua jangkakan.

Cuma satu sahaja yang sangat pelik iaitu kenapa Lim Kit Siang DAP tidak mahu menyaman Father Agustus Chen jika The Equity Report adalah fitnah?

Bukankah 'saman' ini satu yang lumrah bagi pembangkang?

Apakah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang DAP kecut takut untuk menyaman kerana Agustus Chen pernah menjadi rakan karib beliau?

Maklumlah, rakan karib biasanya tahu pelbagai sejarah hidup sama ada hitam atau pun kontroversi. Maka kerana itukah Lim anak beranak tidak berani menyentuh bekas rakan karib itu?

Dan perlu diingat bahawa Tunku Aziz Ibrahim juga telah mengesahkan kesahihan buku The Equity Report.

Beliau mengakui pernah diberitahu mengenai penulis buku kecil yang mendedahkan penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat, CEC DAP Disember lalu.

Malah, beliau yakin pendedahan dalam buku itu yang ditulis oleh Augustus Chen - adalah satu tindakan tepat untuk menyedarkan orang ramai berhubung ketidak-adilan dalam DAP.

"Dia seorang yang masa dulu dekat dengan Lim Kit Siang. Kira kawanlah. Buku tu bagus kerana nak beri keterangan yang lebih lanjut lagi kepada orang ramai. Kerana dah jadi satu perkara kontroversi yang besar.  Jadi barangkali Father Agustus yang buat karangan ni berasa tak puas hati".

Untuk rekod, buku kecil 16 muka surat The Equity Report itu telah mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dan bapanya Penasihat DAP Kit Siang, dalam mengekalkan kuasa dalam parti itu.


Persoalan besar sekarang, apakah Lim anak beranak berani menyaman Agustus Chen dan juga Tunku Aziz

Dan selagi mereka bersandiwara menyalahkan semua pihak dan tidak menyaman kedua-dua yang pernah rapat dengan mereka, imej parti itu akan bertambah buruk dan memalukan.

source : Dr MiM

No comments:

Post a Comment