Wednesday, 7 August 2013

MELAMPAU ! LEE KUAN YEW CABUL KEHORMATAN NEGARA MALAYSIA ??!!

MELAMPAU ! LEE KUAN YEW CABUL KEHORMATAN NEGARA MALAYSIA ??!!

Sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat, setiap rakyat negara ini tentu marah dengan sikap kiasu Lee Kuan Yew di dalam buku karya orang tua itu yang bertajuk “One’s Man View of the World” (Pandangan Terhadap Dunia Luar).




Anda boleh baca ulasan orang tua itu di bawah yang telah bersikap melampau mencampuri hal ehwal negara berdaulat ini?  MiM tidak tergamak untuk menyiarkan laporan penuh kerana terlalu mual dengan ulasan tentang buku itu.

Walau pun secara berlapik dan berkias-kias, apakah Lee Kuan Yew sebenarnya menghina kaum Melayu?

Di antara laporan itu :
1. Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura. 
2.  “Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu,” katanya menerusi buku 400 muka surat itu.seterusnya
 'Kelangsungan bangsa tertentu' dan 'bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu' adalah di antara ayat-ayat berlapik dan berkias-kias yang digunakan oleh Lee Kuan Yew tetapi kita semua dapat mengagak 'bangsa' yang beliau katakan itu.

Inilah sikap kiasu veteran politik yang tidak sedar diri bahawa rakyat negara itu hidup atas ehsan negara Malaysia yang baik hati menyalurkan air kepada negara itu.

Yang lebih memalukan ialah Lee Kuan Yew seperti daif tidak mengetahui bahawa negara ini wujud melalui perkongsian sesama kaum supaya semua kaum seimbang dari pelbagai sudut terutamanya daripada segi ekonomi dan pemilikan hartanah.

Berita juga melaporkan :
“Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Cina dan India gemar berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia. Ada di antara mereka menjadi individu hebat seperti Penny Wong yang merupakan Menteri Kewangan Australia. Ada juga yang memilih untuk masih tinggal di Malaysia, sesetengah mereka tidak berhajat untuk berhijrah dan ada di antara mereka berjaya melalui perniagaan meskipun terbeban dengan polisi diskriminasi.
Yang tidak dilaporkan ialah kaum Cina dan India yang berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia tidak mungkin akan mendapat layanan sehebat di Malaysia dengan wujudnya sekolah-sekolah rendah dan menengah jenis Cina dan Tamil di negara ini.

Mereka di sana hanya ada satu sistem sekolah sahaja.

Perkataan seperti 'ada di antara mereka berjaya' adalah misleading dan tidak tepat langsung kerana kaum Cina menerajui ekonomi di negara ini. Jika benar wujud 'diskriminasi' di negara ini, kaum Cina akan merempat di negara ini dan bukannya seperti hari ini.

MiM sarankan pihak Kementerian Luar Negeri supaya menyiasat buku tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi membantah kenyataan Lee Kuan Yew terhadap hal ehwal negara ini, jika benar seperti yang dilaporkan.

Untuk rekod, Lee Kuan Yew pernah menerajui parti PAP di Singapura. Parti DAP yang sekarang ini dimalukan dengan isu ROS dan CEC DAP pula telah dibentuk oleh ahli-ahli PAP di Malaysia pda tahun 1965 selepas Singapura keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu

source :
http://novandri.blogspot.com/2013/08/melampau-lee-kuan-yew-cabul-kehormatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

No comments:

Post a Comment