Khalid "Syiah" Mohd Ismath Ditawar Pengajian Di USM? Baik Betul Kerajaan BN! Tahniah @NajibRazak @MuhyiddinYassin
Masih ingatkah lagi dengan Khalid Mohd Ismath, anak muda yang hampir saban waktu mencetuskan huru hara di dalam negara ini dan secara terang-terangan mengaku pengikut Syiah? Soldadu utama PR dan pengerak utama belia dan mahasiswa pro pembangkang di dalam mana-mana perhimpunan haram seperti BERSIH 1.0, 2.0, 3.0, Occupy Dataran dan sebagainya?
CTS mendapat berita Kerajaan BN terlalu bermurah hati dengan menawarkan tempat di dalam program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Beliau sepatutnya melaporkan diri hari ini. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku dengan status beliau sebagai pelajar Jurusan Undang-Undang di UiTM, Shah Alam.
Tahniah kepada Kerajaan DS Najib Razak yang membelai Khalid Ismath seperti "menatang minyak yang penuh". Walaupun dengan kejian dan makian yang sering dihamburkan kepada Kerajaan BN, ditambah dengan demonstrasi haram yang tidak putus-putus dibuat oleh anak muda ini, Kerajaan masih lagi "menganugerahkan" tawaran melanjutkan pelajaran ke USM, walaupun tawan ke UiTM dipersiakan dengan melibatkan diri dengan politik pembangkang. Tahniah sekali lagi buat Kerajaan BN.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/khalid-syiah-mohd-ismath-ditawar.html#pUd3cPhq8xUUitjQ.99
source : cucu tok selampit






No comments:
Post a Comment