Monday, 12 August 2013

DS NAJIB DAN SEWAKTU DGNNYA WAJIB UNDUR JIKA SEDAR SUDAH TIDAK MAMPU!!

DS NAJIB DAN SEWAKTU DGNNYA WAJIB UNDUR JIKA SEDAR SUDAH TIDAK MAMPU!!

"Kita perlu mengambil kira bahawa dunia telah berubah dan keputusan pilihan raya adalah mesej daripada rakyat, mereka mahukan pembaharuan.

"Dalam konteks pembaharuan, Umno memerlukan golongan baharu untuk berada dalam kepimpinan parti yang membawa kewibawaan, idea dan kompetensi baharu," kata Dato Husni Hanadzlah Sewatu mengumumkan untuk tidak bertanding pada pemilihan MKT kali ini ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam.


Masalahnya berapa ramai pemimpin UMNO yang faham realiti, punyai kesedaran, gentleman dan berjiwa besar seperti ini?

Berapa ramai pula pemimpin bahagian dan perwakilan cawangan yang berupaya memikirkan terhadap kehendak dan tuntutan pembaharuan yang harus dilakukan di dalam kepimpinan UMNO di peringkat pusat? Dan berapa keratkah kalangan pemimpin pusat ini yang benar-benar serious memikirkan kepentingan parti wajib diutamakan dari lain-lain kepentingan?

Fahamkah dan wujudkah kesedaran dikalangan perwakilan cawangan betapa pentingnya peranan mereka dalam menentukan pilihan yang betul bagi memastikan UMNO terus relevan?

Dan, berapa ramai kalangan perwakilan dan para pemimpin UMNO yang faham mesej ke arah pembaharuan yang diingini oleh rakyat ini?

Sudqh kerap kali terbukti pemimpin dan perwakilan UMNO bertindak songsang dengan mesej yang dihantar oleh rakyat.

Lain yang rakyat mahu lain yang dibuat oleh pemimpin dan perwakilan.

Rakyat mahukan perwakilan UMNO memilih pemimpin yang boleh menimbulkan rasa percaya dan yakin rakyat terhadap pimpinan UMNO, tapi perwakilan pilih pemimpin yang mereka suka saja atau pemimpin yang mereka boleh bergantung harap. Bukan pilih pemimpin yang rakyat boleh bergantung harap.

Orang melayu mahu pemimpin UMNO yang tegas dan keras pendiriannya dalam mempertahankan kepentingan agama dan bangsa mereka, tapi perwakilan UMNO pilih pemimpin yang berupaya dan mampu memberi peluang dan imbuhan peribadi kepada mereka.

Rakyat mahukan UMNO dipimpin oleh pemimpin yang adil dan saksama serta berupaya memimpin seluruh rakyat yang berbilang agama dan bangsa, tapi perwakilan pilih pemimpin yang tidak punya kebolehan untuk memimpin di dalam kemajmukan dan keunikan yang wujud di tanah air ini.

Rakyat mahukan UMNO memilih pemimpin yang tahu mempertahankan hak-hak melayu dan dalam masa yang sama bersikap adil dan saksama terhadap semua kaum, dan bukan di atas dasar samarata. Tapi perwakilan pilih pemimpin yang sudah tidak tahu untuk menjaga dan memelihara prinsip "persefahaman di dalam toleransi" yang sekian lama terjalin.

Bila pemimpin cuba menjaga hak melayu, bukan melayu beranggapan pemimpin UMNO rasis. Bila pemimpin cuba menjaga kepentingan cina, melayu pula beranggapan pemimpin UMNO sudah "cair" dengan cina. Akhirnya dua-dua kaum hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin UMNO.

Persoalannya kenapa pemimpin UMNO dulu boleh menguruskan sensitiviti kaum dan agama ini dengan begitu berkesan dan diyakini pula oleh rakyat berbilang kaum dan agama?

Kenapa pemimpin UMNO sekarang seolah-olah buntu dan tidak berupaya menawarkan kepimpinan mereka untuk diterima oleh semua kaum di dalam "suasana toleransi dan menang-menang" yang sekian lama terbukti telah berjaya dijadikan resepi utama di dalam melahirkan sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni serta diterima oleh semua kaum dan agama?

Mampukah perwakilan UMNO menyelamatkan UMNO dari dipimpin oleh pemimpin yang tidak mempunyai kriteria dan tidak punya kemampuan untuk menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya untuk keluar dari "kehidupan yang penuh syak wasangka" atau "suspicious mind" di antara kaum dan agama yang semakin menuju ke arah "suasana mengundang bahaya" ini?

Mampukah perwakilan UMNO melahirkan pemimpin yang bukan saja dihormati oleh orang melayu, bahkan turut dihormati dan dipercayai serta diyakini oleh semua kaum?

Mampukah perwakilan UMNO "menapis" calon-calon pemimpin yang menawarkan diri bertanding jawatan di peringkat pusat nanti berdasarkan kriteria dan fakta-fakta yang diperbincangkan ini?

Mampukah perwakilan "menepis" segala serangan kempen dan tawaran habuan yang bakal dilakukan oleh pengurus kempen dan agen-agen calon yang turun ke padang untuk meyakinkan para perwakilan supaya mengundi calon tajaan mereka?

Apakah pengurus kempen dan agen-agen ini membawa calon-calon yang layak dan memenuhi kriteria sebagai pemimpin harapan masa depan UMNO atau calon yang bakal meneruskan kesinambungan budaya lama UMNO yang sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat dan majoriti melayu?

No comments:

Post a Comment