"AWAKENING" BUKAN CARA PAK LAH MENCARI DAMAI ABADI
![]() |
| BRIDGET SALAH SEORANG PENULIS BUKU "AWAKENING" |
AWAKENING atau KEBANGKITAN adalah satu tajuk buku yang betul-betul membangkitkan kebimbangan beberapa golongan tertentu.
Buku kajian ilmiah Prof Bridget Welsh's dan Prof James UH Chin itu tiba-tiba menjadi panas sebelum dilancarkan kerana terdapat wawancara dengan bekas PM Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dikatakan menyentuh Tun M.
Ramai yang masih belum membaca sepenuhnya buku tersebut tetapi panas komentarnya seperti halilintar membelah bumi.
Semuanya angkara kebimbangan serta takut Tun M akan bangkit mengamuk menjawab kenyataan di dalam buku ini dan secara tidak langsung akan membuka lagi pekung-pekung lama hendak pula ketika ini UMNO akan menghadapi pemilihan.
Dan yang lebih membimbangkan akan berlaku seperti kata Mat Salleh “mudslinging” atau balingan selut, lumpur atau air-acar di kalangan pengikut setia Tun Abdullah dan Tun M.
Baru hanya mendengar bunyinya sahaja sedikit sebanyak percikannya sudah dapat dirasai.
Baru hanya mendengar bunyinya sahaja sedikit sebanyak percikannya sudah dapat dirasai.
Tun M pantang dicabar dan pantang ditegur. Tun Abdullah pula selama ini membisu seribu bahasa tak ubah seperti kata orang Melayu “bercakap dengan ketul batu”.
Sikap Tun Abdullah ini membuat semua pihak mati akal termasuk Tun M kerana Pak Lah tak melawan. Maka apabila ada ruang seperti kebangkitan buku Awakeningini maka semua pihak ada bahan yang sedap untuk tibai Pak Lah.

Pak Lah pula selama ini tak berani nak jengol kepala kerana beliau juga bimbang sedikit sebanyak tindakan beliau akan menjejaskan menantu beliau Khairy Jamaludin yang sedang meragas jawatan menteri cabinet.
Buku Awakening dilihat akan menjejaskan KJ maka sebab itu Pak Lah terpaksa menafikan pembabitan dalam penerbitannya dan kalau dapat dicucuh api kan buku ini.
Yang sebenarnya banyak perkara yang ada dalam minda Pak Lah yang beliau ingin luahkan tetapi apakan daya Mahathir masih segar-bugar.
Yang sebenarnya banyak perkara yang ada dalam minda Pak Lah yang beliau ingin luahkan tetapi apakan daya Mahathir masih segar-bugar.
Ramai rakan yang berseloroh menyatakan adalah lebih baik Pak Lah mencari damai abadi dengan isteri muda dari mencari penyakit dengan politik negara yang semakin kalut.
Sesungguhnya itulah kenikmatan yang ada dalam hidup Pak Lah dan yang tidak ada pada Tun M.
Sesungguhnya itulah kenikmatan yang ada dalam hidup Pak Lah dan yang tidak ada pada Tun M.

No comments:
Post a Comment