Thursday, 11 July 2013

The Star batuapi lagakan sesama UMNO

The Star batuapi lagakan sesama UMNO



Mula-mula kami ingat isu ini tiada apa dan Puad Zarkashi cuba cari publisiti. Rupanya ada permainan jahat. Baca laporan Utusan Malaysia berikut:


Tindakan The Star 'melaga-lagakan' Sharizat, Syed Ali dipersoal
KUALA LUMPUR 7 Julai - Tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menimbulkan persoalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, artikel Joceline itu seolah-olah memperlihatkan kemungkinan akhbar tersebut mempunyai agenda untuk mewujudkan 'publisiti negatif' terhadap pemilihan UMNO akan datang.

"Apakah pihak The Star mempunyai niat untuk mewujud dan mencorakkan persepsi buruk terhadap UMNO?

"Kita juga meminta pengurusan The Star menjelaskan mengenai perkara ini benar atau tidak. Setahu kita ada pihak terutamanya pakatan pembangkang yang cemburu terhadap kestabilan dalam UMNO justeru mereka cuba menggunakan pemilihan parti akan datang untuk mewujudkan provokasi bagi memecah-belahkannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Joceline dan seorang lagi wartawan The Star dalam artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini menyentuh kenyataan Syed Ali yang meminta Ketua Wanita UMNO itu memberi laluan kepada muka baharu menerajui pergerakan tersebut.

Dalam pada itu tambah Mohd. Puad, pihaknya yakin terdapat dalang dalam kalangan pakatan pembangkang yang cuba mencetuskan huru-hara dalam UMNO.

"Kita harap kepimpinan UMNO akan ambil tindakan tegas terhadap dalang-dalang yang mahu mencetuskan huru-hara dalam proses pemilihan parti yang akan datang ini," katanya.

---------------------

Ekoran dari itu, Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli turut melihat The Star mempunyai agenda khas untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO menjelang pemilihan parti untuk merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.

(Datuk Seri) Wong Chun Wai dan Joceline Tan terlalu minat untuk melaga-lagakan Shahrizat dengan Syed Ali tetapi enggan membongkar cerita sebenar mengenai kemelut CEC Election Fraud dalam DAP dan layanan buruk terhadap musuh politik keluarga Lim.

Malah mereka membantu tolong menafikan untuk DAP.

Dia turut meminta Chun Wai menjelaskan sama ada benar desas-desus mengatakan saman Lim Guan Eng terhadap beliau adalah satu sandiwara politik atau silap mata.



Wong Chun Wai memang lalang yang lama diketahui hanya berpura-pura bersama BN tapi aki sebelah bersama DAP. Dia sengaja membiarkkan The Star menjadi suara DAP dan mengetengahkan pemimpin-pemimpin DAP.

Dalam satu perbincangan dalaman, Chun Wai memberitahu pasukan  wartawannya bahawa pasaran mereka adalah dengan orang Cina dan peduli sama kerajaan yang tak boleh buat apa-apa.

Dari maklumat yang didengar, Syed Ali memang ada pendirian tertentu terhadap Dato Shahrizat bertanding tetapi dia tidak membuat statement.


Yang berlaku sebenarnya adalah Joceline Tan dan wartawan akhbar The Star meminta statement dari Dato Syed Ali dan kemudian tanya Dato Shahrizat , lalu Joceline Tan telah dilihat dalam kolumnya melanggar-langgar satu pemipin UMNO dengan pemimpin UMNO yang lain.


Tidak hairan jika Wong Chun Wai menggunakan kuasanya untuk terlibat dalam artikel Joceline Tankerana sejak kemasukkan Executiv Deputy Chairman baru The Star yang baru diberi Tan Sri, iaitu Tan Sri Vincent Lee, The Star dan Chun Wai lagi ketara macam lalang nak jaga periok nasi untuk jadikan The STar berpaling kepada DAP.

Hairannya Dato Dr Chua Soi Lek pun biar saja. Dia seolah-olah menyerah kuasa kepada DAP. Katanya undi Cin ajuga lari kerana permainan sabotaj yang sorok tangan oleh Soi Lek.
source : the unspinners

No comments:

Post a Comment