kzso

be outstanding... unleashed your power within...the power to shape your destiny...

Friday, 4 March 2011

CILI KASI TARUK! ANWAR KENA BELASAH DENGAN UMMI MACAM ANJING KURAP! MESTI BACA / Anwar bertembung Umi Hafilda - cabaran masih tak dijawab

CILI KASI TARUK! ANWAR KENA BELASAH DENGAN UMMI MACAM ANJING KURAP! MESTI BACA

Seperti yang telah aku janjikan aku akan ceritakan apa yang telah aku saksikan semalam di Rumpun makmur dengan mata kepala aku sendiri. Apabila aku mula sampai ke tempat ceramah kelihatan orang ramai sudah mula berkumpul.

Ucapan bagi pihak BN dimulakan oleh YB Hamidah, pendek saja ucapan YB Hamidah tetapi sangat berbisa. Habis saja YB Hamidah berceramah, maka tiba giliran Ummi pulak untuk menyampaikan kebenaran. Masa Ummi mula berucap, Anwar masih tidak kelihatan bayang-bayangnya.

Selepas Ummi berucap selama setengah jam, maka yang dinanti telah pun tiba, bermulalah malam bersejarah apabila, Ummi dan Anwar berceramah secara berdepan. Yang bestnya, bila Ummi tahu Anwar dah mula start kelentong maka Ummi pun apa lagi, CILI KASI TARUK la sama itu al juburi.

Kalau korang nak tau detail apa yang Ummi cakap jangan risau, aku ada rakam Video, nanti bila dah siap aku kasi upload la kat sini ok. Tapi apa yang penting aku nak bagitau korang ialah semalam buat pertama kali aku melihat si peliwat terkulai dan tak bermaya untuk melawan dengan Ummi.

Ummi dengan begitu steady dan bergaya menghentam Anwar al juburi, bermacam-macam provokasi dilakukan Ummi sehinga membuatkan si Peliwat tegar ni menjadi kelam kabut dan hampir panik la ddibuatnya. Aku mendengar suara Anwar Peliwat menahan kemarahan setelah di'provoke' Ummi.

Walau ANwar nak cuba 'cotrol macho' tapi tetap kelihatan yang dia begitu panik, malah ceramah yang disampaikan oleh si juburi ni juga tak panjang, mungkin dia dah tak tahan dengan pembongkaran Ummi gamaknya,

First time semalam aku tengok Anwar panik dan tak terlawan dengan kehebatan Ummi, si peliwat yang menipu seluruh dunia ini kelihatan seperti 'anjing kurap' sahaja di hadapan Ummi! Sungguh aku tak sangka beb. Korang kena tengok video ucapan Ummi nanti.

Korang akan lihat bagaimana ANwar yang ,memulakan ceramah dengan begitu menyinga sekali, akhirnya lari tak ubah seperti seorang kucing parsi yang tak cukup vitamin ke rupanya. Hebat sungguh penangan Ummi semalam, aku cukup seronok tengok Anwar tewas di hadapam kebenaran semalam beb.

Suka tak suka akhirnya Anwar tewas di tangan Ummi dengan begitu hina sekali, bayangkan orang kampung melihat dan mendengar sendiri segala pendedahan Ummi dan mereka juga melihat bagaimana si peliwat ini menggelupor dengan megalihkan kepada cerita yang lain!

Kalau benar Anwar tak bersalah dan suci seperti kata lebai mangkok dari PAS tu, kenapa semalam dia tak dedahkan apa yang benar? Kenapa dia tidak menafikan segala pertuduhan Ummi tu? Lagi Ummi siap bersumpah lagi, tapi Anwar macam biasa dok buat cerita lain.

Oh Al Juburi, semalam aku cukup puashati tengok kau dipanggil oleh Ummi sebagai Al Juburi depan muka kau sendiri dan kau terus terusan tak tau nak buat apa kan? Biasalah Anwar harami oi, inilah jadinya bila kau dah banyak menipu, bila kebenaran depan mata kau tak terbuat apa-apa pun kan?

Akhirnya kau lari..kih kih kih

Tak cukup dengan itu, semasa Anwar lari dari Ummi untuk berceramah di Jengka 22, dia telah disambut dengan bontot ayam yang dilemparkan oleh anak-anak muda Felda tersebut, bukan takat baling bontot ayam saja tau, mereka siap melaungkan 'PELIWAT. PELIWAT, PELIWAT'

Orang sudah tau siapa kau sekarang Anwar! PAS pun tak mau backup kau semalam. mereka dengar seala apa yang Ummi cakap semalam, yang pasti aku tau kau akan semaki tertekan selepas ini. Kau kena ingat Anwar! WHAT GOES AROUND COMES AROUND!

Allah Maha Besar! Sampai bila lagi kau mahu tipu semua orang?
Posted by House PK 



Anwar bertembung Umi Hafilda - cabaran masih tak dijawab
Oleh: ROSLAN BIAN



Jika siri kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau sejak 26 Februari lalu sejuk dan slow sahaja tetapi Khamis malam, suasana tiba-tiba berubah apabila dua nama besar – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda Ali berceramah di pentas yang hanya dipisahkan jalan raya di Rumpun Makmur.
Sebaik sahaja tersebar berita mereka akan berceramah di tempat dan masa sama, ada yang jangka Anwar tidak akan datang kerana sebelum ini pun Ketua Pembangkang itu tidak minat respons apa didedahkan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Sejak Umi Hafilda mendedahkan macam-macam perlakuan Anwar termasuk mendakwa isteri abangnya Shamsidar Taharin ada hubungan seks dengan Ketua Umum PKR itu, Anwar tidak berani menyaman Umi Hafilda walaupun dicabar wanita itu.
Namun, Anwar muncul juga pada ceramah malam tadi walaupun lewat 40 minit daripada jadual asal ceramahnya jam 9.30 malam.
Sebelum ini, Umi Hafilda sudah memanaskan telinga penyokong-penyokong BN dan pembangkang dengan pendedahan beliau tentang prilaku Anwar dalam kes liwat terdahulu, hubungan Anwar dengan kakak iparnya malah berulang kali memanggil Anwar Al Juburi.
Ketika itu beberapa pemimpin AMK turut berceramah sementara menunggu Anwar tiba.
Dianggarkan lebih 1,200 orang hadir untuk mendengar ceramah kedua-dua mereka.
Bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada ceramah Umi Hafilda yang bermula jam 9.30 malam.
Suasana semakin panas apabila Anwar tiba jam 10.05 minit dan terus ke pentas menyampaikan ucapannya.
Anwar yang menyedari Umi Hafilda sedang ‘menyerangnya’ terpaksa tebal muka dan cuba menutup malunya dengan menuduh adik Azmin itu dibayar untuk ‘melalak’ pada malam ini.
Seperti dijangka, bentuk ceramah Anwar berbeza daripada biasa.
Malam tadi Ketua Pembangkang itu hilang bisa bahkan ibarat harimau patah taring.
Beliau memulakan ceramah dengan menyentuh soal akhlak yang baik dalam politik.
Anwar cuba menyindir Umi Hafilda kononnya tidak berakhlak kerana berterusan mendedahkan perlakuannya dan mendakwa wanita itu dibayar untuk menyerangnya.
Malah beliau tidak sentuh kes liwatnya seperti dalam ceramah di Merlimau, tidak banyak menyerang kerajaan dan UMNO.
Anwar cerita pasal hubungan baiknya dengan DAP dan PAS kononnya hendak bela nasib rakyat.
Krisis di Mesir dan Libya turut jadi bahan ceramah Anwar bagi gambarkan bahawa rakyat akan bangkit menentang pemerintah yang zalim.
Anwar juga memuji Yusuf al Qaradawi, memuji Mursyidul Am PAs Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya pemimpin PAS yang bersih.
Skrip sama pernah diucap Anwar pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.
Seperti biasa Anwar kena cakap banyak soal Islam dan puji pemimpin PAS khususnya Nik Aziz jika calon yang bertanding mewakili PAS.
Dengan cara itu penyokong-penyokong PAS akan mendengar ceramahnya dan menyokong beliau.
Bagi memancing undi, Anwar menjanjikan akan menurunkan harga minyak serta merta dari Perlis hingga ke Sarawak jika pembangkang mengambil alih negara.
Bagaimanapun, pada satu ketika terdengar suara Umi Hafilda, “ sudah-sudahlah Anwar al-Juburi” dari seberang khemah tempat Anwar berucap.
Untuk menutup malu barangkali, Anwar secara spontan menjawab “Jangan layan orang bodoh yang kena bayar itu.”
Yang jelas Anwar nampak tertekan ketika berceramah pada malam tadi.
Beliau tidak berani menyentuh kes liwatnya, isu APCO dan isu lain yang kerap digunakan untuk menghentam pemimpin kerajaan dan UMNO.
Ketua Pembangkang itu hanya sentuh tiga nama orang Melayu yang didakwa terkaya di negara ini iaitu Mokhzani Tun Mahathir, Nazir Tun Razak dan Syed Mokhtar Al Bukhari.
Anwar langsung tidak menjawab segala dakwaan Umi Hafilda mengenai kes liwatnya serta skandal dengan Shamsidar.
Selepas 40 minit Anwar terpaksa angkat kaki kerana kena berceramah di Jengka 22.
Umi Hafilda hanya menamatkan ceramahnya 15 minit kemudian.
Lepas itu, beliau berkejar pula ke Jengka 22 – tempat sama Anwar berceramah.
Nampaknya, Anwar tidak dapat lari daripada Umi Hafilda di Kerdau.
Pasti pertembungan malam tadi menggembirakan Umi Hafilda dan mimpi ngeri buat Anwar kerana ketika beliau berceramah, mungkin ada penonton membayangkan apa yang diceritakan Umi Hafilda sebelum itu terutama bagaimana Anwar menjalinkan hubungan dengan Shamsidar selepas menghantar Azmin ke luar negara.-3/2/2011 
source : agenda daily

KZSO at Friday, March 04, 2011
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

KZSO
Outskirt of Makkah, Saudi Arabia, Saudi Arabia
View my complete profile
Powered by Blogger.