Saturday, 15 August 2009

Siapa Yb PKR Sedang Bina Sebuah Banglo?

Siapa Yb PKR Sedang Bina Sebuah Banglo?

Lain Hulu Lain Belalang…..,
Lain Dulu Lain Sekarang….

Amboi, amboi…, amboi…!!

Siapakah gerangannya pemilik sebuah banglo dua tingkat tersergam megah di sebuah lokasi yang tidak boleh didedahkan buat ketika ini..? Dimaklumkan kepengatahuan Blogmaster bahawa banglo tersebut kini masih dalam pembinaan [under construction] dan bakal siap pada bila bila masa sahaja.

Menurut “Informer” Blogmaster, banglo yang dimaksudkan ini adalah milik salah seorang Yb PKR. Tetapi untuk menyelusup didalam selimut agar TIDAK ada sesiapa pun akan tahu dan dapat mengesan “projek” yang sedang berjalan itu, maka segala urusan pembinaan seperti nama pemilik, pinjaman bank, bukanlah diatas nama Yb tersebut, nama ahli keluarga iparnya telah diguna pakai.

Maklumlah, dalam Manifesto PKR sewaktu PRU ke 12, calon calon Yb berikrar akan membuat pengisytiharan keatas mana mana harta milikan mereka…. Tambah menarik lagi difahamkan, “modus operandi” ini juga bertujuan agar rakan rakan Yb tersebut didalam parti terutamanya pimpinan parti, teman teman yang bergelar Yb dan lebih lebih lagi MB serta Ketua Umum PKR sendiri tidak akan dapat menghidu berita pembinaan rumah banglonya ini.

Sejak Blogmaster dan rakan rakan yang lain kenali beliau, dahulu kala hidupnya sangatlah terlalu sederhana, tinggal menyewa dirumah teres biasa saja…. Itu dulu! Sebelum terpijak rezeki menjadi Yang Berhormat Wakil Rakyat…, malah kemenangan Yb ini keatas kerusi yang beliau tandingi juga TIDAK pernah diduga bukan sahaja oleh pimpinan parti PKR, tetapi Yb itu sendiri TAK PERNAH termimpi akan menang..!

Zaman dahulu kala keretanya pun jenama tempatan sahaja, sekadar boleh kesana kemari, kadangkala terpacul keluar ayat dari mulutnya “….tengoklah kalau ada bajet duit minyak, bolehlah kawan kawan ikut sekali…” merujuk kepada “subsidi” duit minyak seandainya ada sebarang program besar PKR yang perlu beliau turut serta. Hari ini beliau meluncur laju kesana kemari memandu kereta import, tak mainlah kereta nasional…

Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu..?

Baru setahun menjadi Yb sudah “mampu” bina banglo, kalau dua tahun..? tiga tahun…?? Bagaimana pula nanti sekiranya dipilih lagi menjadi Yb untuk tahun 2012 hingga 2016..?

Beberapa minggu lepas, kecoh Yb DAP wakil rakyat Sekinchan memukul canang kisah banglo mewah ala resort milik Datuk Seri Khir Toyo dan tahun lepas juga pernah tercetus keadaan huru hara depan “Istana” arwah Datuk Zakaria Md Deros. Tetapi jika dibuat perkiraan yang mudah, kedua-dua pemimpin UMNO ini tidaklah membina banglo pada tahun pertama mereka menjadi wakil rakyat….., setuju?

Sudah pasti pemimpin pemimpin PKR yang “rajin” menjengok blog Medan Info Kita akan serta merta tertanya-tanya dikalangan mereka….

Siapa agaknya Yb tersebut..?
Yb lelaki atau Yb wanita…?
Adakah Yb tersebut berbangsa melayu atau bukan melayu..?
Apakah mungkin Yb ini seorang ADUN atau Ahli Parlimen…?

No comments:

Post a Comment