Friday, 14 August 2009

Proven!!! pas is under dap's influence..or in other words..pas is kowtowing to dap..

Desakan DAP terhadap Hassan masih kekal

SHAH ALAM 13 Ogos - Walaupun isu penjualan arak di Selangor telah dianggap selesai di peringkat pakatan pembangkang, desakan DAP agar Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali diambil tindakan disiplin masih belum ditarik balik.

Pengerusi DAP negeri, Ean Yong Hian Wah berkata, setahu beliau desakan yang diutarakan oleh timbalannya, Tony Pua itu masih kekal.

Menurut beliau, cadangan agar diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan perkara itu juga satu perkara yang perlu.

''Setahu saya perkara itu (desakan) masih kekal kerana ia masih belum dibincangkan.

''Mengenai jawatankuasa disiplin, sepatutnya perlu ada mekanisme untuk menjadi garis panduan bagi mengawal atau mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pemimpin pembangkang yang melanggar disiplin," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada persidangan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri itu memberitahu, desakan yang dibuat Tony sebenarnya di luar pengetahuannya tetapi ia tidak melanggar prinsip parti.

''Bagi saya desakan itu hanya pendapat personal beliau tetapi itu tidak menjadi kesalahan dalam parti," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa disiplin tersebut berkata, jika ditubuhkan, ia akan menjadi tempat parti komponen pakatan pembangkang melapor atau menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati antara mereka.

Ujar beliau, penubuhannya bagaimanapun bukan bertujuan untuk menghukum tapi lebih kepada medan perbincangan antara parti dalam pakatan pembangkang.

source : utusan.com.my


BELOT SEMASA PERANG


( RIAK WAJAH MALU VS RIAK WAJAH MENANG )

1. JANGKAAN Penulis sebelum ini bahawa Dr Hassan Ali ' acah-acah aje ' nampaknya tepat dan benar, walaupun dari riak wajahnya terserlah kemarahan, tertekan, geram, ketidakikhlasan, malu, apabila terpaksa menjilat ludahnya semula selepas menyuarakan ketegasannya ke atas kes YB Ronnie Liu.

2. Maka bolehlah diulas, Dr. Hassan Ali sudah menjual harga diri dan perjuangannya. Markah ketegasannya ialah 0. Markah keberaniannya adalah 0. Markah Jihadnya ialah 0 malah Dr. Hassan Ali Tidak Boleh dibawa berperang jika hidup pada zaman Rasulullah SAW, kerana kemungkinan belot adalah besar.

3. Dalam lakonan ini, pemenang mutlaknya ialah YB Ronnie Liu dari DAP.

4. Pelakon Lelaki Terbaik milik Dr. Hassan Ali.

5. Pengarah terbaik tidak lain dan tidak bukan pemimpin De Facto yang tidak mahu menjadi Presiden parti kerana menunggu ruang dan ketika untuk kembali agaknya kepada UMNO.

6. Kesimpulannya mudah, DAP dan YB Ronnie teruskan sahaja agenda apa sahaja kerana tidak akan ada seorang manusia pun dalam PAS apatah lagi akan menentang kamu agenda kamu.

Mereka tidak mampu bercakap apatah lagi menghalang. Jika pun mereka bercakap akhirnya mengaku kalah juga, Dr Hassan Ali sebegitu hebat dan tinggi mukanya ketika menentang kamu dalam sidang akhbarnya, akhirnya tunduk juga kepada kamu.

Rakyat Selangor khususnya sudah menonton drama percuma. Keputusan penghakiman akan ditangguhkam pada PRU-13.



Bantahan Pembinaan Kuil Hindu Di Seksyen 23, Shah Alam

Pihak AJK Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Hindu Seksyen 23, Shah Alam hari ini akan menghantar memorandum bantahan kepada YB Batu Tiga, Rodziah binti Ismail, dengan salinannya akan dihantar tangan kepada Menteri Besar TS Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, EXCO Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar dan Kebawah DYMM Sultan Selangor, hari ini pada pukul 3.30 petang.

Juga pada hari Ahad 16.08.2009 bertapak di Tapak Kuil Seksyen 23 (berdekatan dengan Dewan MBSA) akan diadakan demonstrasi aman penduduk. Permit polis sudahpun diperolehi untuk perhimpunan aman ini. Akhbar Sinar Harian, RTM dan TV3 sudahpun memberi pengesahan untuk membuat liputan mengenai isu ini

Pihak penduduk ingin menjemput Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk turut hadir di dalam majlis tersebut. Jemputan kepadanya telah dihantar secara rasmi dan saya telah mengingatkannya semalam dan hari ini melalui sms dan "facebook". Sekiranya Dr A Xavier begitu istiqamah mempertahankan kuil tersebut dibina di situ dan bukannya di tempat yang diluluskan sebelum ini iaitu di Seksyen 22, Penduduk mengharapkan agar YB Khalid akan berani datang untuk menghadapi isu yang telah diluluskan oleh YB. Kami berharap agar telur YB tidak dipegang oleh Dr A Xavier seperti mana Ronnie Liu memegang telur Dr Hassan Ali di dalam isu arak di Selangor, lihat drama swasta yang diarahkan oleh Anwar "The Drama King", di sini.

Kaulah buah hatiku, Ronnie -Dr Hassan Ali

Penulis akan membuat liputan di sana hari ini dan akan mengemaskinikan blog di sebelah petang dan juga pada hari Ahad. Kehadiran orang ramai dialu-alukan untuk menemui dua wakil rakyat berbangsa Melayu Islam yang telah memecah rekod dengan membina kuil terbesar selepas Batu Caves di Selangor dan juga sumbangan mereka dengan meluluskan dan mendirikan rumah urut dan gereja di Seksyen 23 yang 90% majoritinya penduduk-penduduk Melayu Islam.

source : khairulryezal.blogspot.com



Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat Untuk diBODOHKAN Anwar Ibrahim

Dalam keadaaan rakyat menangis kerana diberhentikan kerja, graduan menganggur dan masalah H1N1, pemimpin Pakatan Rakyat masih ketawa dan 'bercinta' setiap masa. Najib dan Muhyiddin pula bersengkang jiwa membela rakyat, tetapi 'depa' dok main isu kursus seperti budak-budak lepasan SPM.


Pagi tadi, abe MIE sempat membaca Harakahdaily yang memberitahu yang DAP-PKR-PAS akan penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat. Kini mereka sedang 'berkursus' untuk menjadi pemimpin yang baik dan mematuhi disiplin yang mereka cipta sendiri.

Harakah juga tidak bercakap banyak mengenai isu semasa terutamanya arak. Malu kot. Pasal mencarut Nik Aziz pun Harakah tidak membela atau menafikan yang NIk Aziz kena fitnah. Jarang kita dengar syaitan malu, tetapi bila Harakah diam membatu, itu menunjukkan yang penulis berjiwa syaitan bekerja dengan Harakah sudah malu dengan gelagat pemimpin mereka.

(Nota- PAS kata DAP Syaitan, jadi tak salah abe MIE kata DAP pun syaitan. DAP pula kata PAS anjing, jadi apa salahnya abe MIE kata DAP pun anjing.)

Kenapa kursus ini diadakan selepas setahun lebih memerintah. Itu satu persoalan. Jadi mereka selama ini semuanya tidak berkelayakan tetapi diberi jawatan tinggi negara. Baginda pun ada bersabda, kalau diberikan kepada orang jahil dan bodoh memerintah negara, negara akan hancur. Jadi benarlah pemimpin Pakatan semuanya jahil dan bodoh? Huru-hara di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Di Kelantan tapi kat Manik Urai PAS pun tak boleh diam.

Adakah kursus ini berjaya akan mendisiplinkan ahli-ahli Pakatan yang dikatakan 'mentah' dalam membuat keputusan seperti ISA dalam Pakatan. Beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan mengenai kursus diadakan.

1.
Nik Azizi tidak sertai kursus sebab itulah dia seorang mencarut. Haji Hadhi dah diam sekejap selepas menghina UMNO dan memperbodohkan rakyat pasal isu kerajaan perpaduan.

2.
Anwar Ibrahim mahu menjadikan YB Pakatan menurut perintahnya. Pakatan perlu diterajui oleh Anwar tanpa perlu mengundi dan ANwar boleh melantik sesiapa yang dia suka.


3.
Dahulu isu babi berjaya diselesaikan di Kedah apabila peniaga babi diberikan tanah yang lebih besar oleh Azizan, MB kedah.

Khalid kata isu penjualan arak sudah selesai. Kita lihat adakah lagi peniaga akan patuh kepada arahannya walaupun Ronnie Liu sudah bersalam dengan Hassan Ali. Satu lagi, Ronnie Liu perlu meminta maaf dan menyerah kembali arak yang diberi kepada peniaga selepas dirampas baru-baru ini.


4.
Pakatan sebenarnya takut dengan permasalahan yang dihadapi kini. Mereka gagal menunaikan janji. Anwar berjaji mahu menarik pelabur dari Arab-sedangkan Arab tidak pernah membantu Palestin, kecuali Iran dan Iraq sahaj, jadi kenapa pula mereka nak membantu Malaysia.

Kenapa Anwar tidak menyuruh DAP pergi ke Taiwan untuk menarik pelabur China atau Hong Kong melabur di Malaysia terutama di Pulau Pinang.


5. Jawatankuasa itu tidak dapat mengatasi perasaan takut Pakatan pada kritikan kerana perkembangan teknologi mampu menangkis serangan dan persoalan yang mereka jawab di ceramah. Rakyat perlu tahu antara permata atau tahi lembu. Rakyat sudah dapat membezakan antara kereta lembu dengan kereta Camry walaupun Pakatan memberitahu kereta lembu lebih berkualiti dan berjenama. Tanya Khalid pasal lembu ada lagi tak saki baki atau sudah disembelihnya.


Abe MIE-
Penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat sebenarnya helah Anwar Ibrahim untuk menutupi permasalah Pakatan dan sebagai cara mengawal Anwar meng-ISA-kan pemimpin PAS dan DAP.


abe MIE-
Penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat sepatutnya menasihati Anwar Ibrahim sekiranya mempunyai kuasa- suruh menghadapi isu liwatnya dengan Saiful Bukhari bukan menjadikan Pakatan ibarat api dalam sekam bila bercakap pasal undang-undang di mahkamah.


soure : pkrpasdap.blogspot.com

PAS rela dipijak kepala demi POLITIK!





















PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dahsyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi kedudukan agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini.

PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam". Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagai dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah. Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!

PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat kafir"nya. Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam. Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak. Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak. Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.

DAP dan PKR tak hormat PAS pun tak apa, asalkan PAS boleh jadi Exco. Demi jawatan exco dan kuasa politik, tak ada maruah pun tak apa. Satu-satunya ADUN DAP Kedah, sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah hanya semata-mata mempertahankan "maruah" diri dan dasar DAP. Begitu sekali ADUN DAP itu mempertahankan "maruah"nya, walaupun DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri. Tapi berlainan pula dengan PAS. Walaupun mempunyai 8 kerusi DUN di Selangor, seorang pun tidak berani mempertahankan "maruah" diri dan perjuangan dasar PAS! Saya tidaklah kisah sangat dengan maruah diri dan perjuangan PAS, tapi kalau dah sampai "maruah" Islam pun tidak mampu dibela oleh PAS, Parti Islam apa ini??? Ini parti yang ber"topeng"kan Islam untuk memenuhi nafsu serakah kekuasaan politik dan kepentingan peribadi. Inikah pilihan rakyat?

Jauh dalam sudut hati penulis yang sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium. PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam. PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang". Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang. Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP!

Tiada Maaf Bagi Mu Pengkhianat Pelampau Negara!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani menggesa dan menyarankan agar pihak kerajaan melucut kerakyatan mana-mana individu yang terbukti menghina mana-mana Raja-Raja Melayu. Beliau menegaskan bahawa institusi DiRaja merupakan asas kemakmuran dan keamanan negara sejak merdeka. Beliau juga mengatakan bahawa setiap umat Islam di Malaysia wajib mempertahankan Islam dari serangan mana-mana pihak dan tidak bertindak menyokong penghinaan itu walau dengan "apa jua alasan" sekalipun.

Mungkin ada sesetengah pihak terutamanya penyokong PAS yang mendakwa bahawa Tan Sri Harussani adalah "ulama UMNO". Malah ada juga yang mencemuh beliau dengan pelbagai tuduhan. Sedangkan Mufti Perak ini tidak pernah sekalipun terlibat di dalam kancah pertikaian politik negara. Mufti Perak ini dilihat agak "vokal" untuk menyeru umat Islam di Malaysia tidak kira dari mana-mana parti untuk merujuk kembali segala persoalan dan isu kepada agama Islam tanpa sebarang kepentingan politik kepartian.

Atas teguran dan "suara"nya, Mufti Perak ni pernah dikritik oleh ramai pihak sama ada dari UMNO mahupun PAS. Harussani pernah dikritik oleh pemimpin UMNO pada isu murtad dan PAS mengecamnya apabila beliau menyuarakan tentang isu "penyatuan umat Islam di Malaysia". Pada pendapat penulis, Harussani benar-benar hebat sebagai Mufti kerana begitu teguh sekali prinsipnya yang merujuk segala permasalahan hidup kepada tunjang pegangan Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau berjaya membuktikan bahawa beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Sahibul Samahah untuk menyedarkan umat Islam di Perak dan umumnya di Malaysia. Beliau juga disegani kerana berani menyuarakan yang pendirian Islam mengenai yang haq dan yang batil.

Mengapakah sejak akhir-akhir ini Islam dan Institusi DiRaja menjadi bahan serangan? Siapakah yang menyerang? Apakah sebab Islam dan Raja-Raja Melayu menjadi "mangsa"? Kini muncul pihak yang tidak tahu sejarah perlembagaan, "jus soli" dan terma "social kontrak", namun berani menuntut status "bumiputera", hanya beralasan dengan "surat beranak"nya yang menunjukkan dia dilahirkan di negara ini. Muncul juga pihak yang berani menuduh Islam dan syariatnya sebagai "ekstreme". Pihak ini jelas menghina dan tidan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan majoriti penduduk Malaysia. Apabila didesak untuk meminta maaf, pihak itu hanya sekadar "menarik balik" katanya, "minta maaf" tidak sekali-kali. Begitu kurang ajar sekali pihak itu. Muncul pula pihak yang menghina Raja-Raja Melayu. Bila ditanya, tidak mengaku pula! Padahal, "sahabat" se"pakatan"nya yang menulis dan mendakwa dialah yang "penulis blog yang terlampau" itu. Kurang ajar betul mereka sekarang!!!

Mengapa mereka kurang ajar begitu? Kerana Melayu kini lemah. Kerana Melayu telah berjaya dipisahkan kuasa politiknya melalui Anwar dan PAS. Terpecah tiga! Malah kewujudan pengkhianat bangsa seperti Anwar yang menyebabkan melayu semakin lemah. Si Kitul alaf baru ini meracuni minda rakyat dengan racun pidato retoriknya. Akhirnya melayu-melayu yang kurang berfikir ini "jatuh ke tangan" si pengkhianat ini. Apatah lagi Anwar disokong kuat oleh Mursyidul Am agama PAS. Apatah lagi UMNO dipimpin oleh pemimpin yang "lemah lembut", makin melampaulah UMNO diserang. Melihat keadaan Melayu yang lemah inilah, maka sesetengah pihak mula memasukkan jarum agendanya yang "melampau"!

Hakikatnya, Melayu masih "lena". Melayu yang lena ini masih nyenyak dibuai mimpi indah DAP dan Anwar. Selain dari yang "nyenyak", ada juga yang "nyanyuk". Yang "nyanyuk" ini pula menggunakan pegangan politik sebagai "agama"nya. Apa saja yang dilakukan oleh partinya dan parti sahabat-sahabatnya, semuanya baik dan menurut Islam katanya. Tapi apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun benar-benar mengikut Islam, tetap si "nyanyuk" ini katakan "haram" dan "salah". "Walhalallukuuu, walharammumu". Itulah konsep "nyanyuk". Penulis tidak mahu merayu atau mencadangkan untuk pihak yang "nyanyuk" itu keluar dari "Perosak Rakyat", cuma penulis minta agar Allah berikan sedikit hidayah petunjuk yang akan menyedarkan mereka dari "nyenyak" dan "nyanyuk". Mintalah agar mereka "sedar", demi Islam, Melayu dan Tanahair kita.

Oleh kerana Melayu lemah inilah maka muncul pihak-pihak yang kurang ajar! Kalau dirujuk kepada sejarah kepimpinan sebelum-sebelum ini, ISA memainkan peranan penting dalam menangani tindakan "melampau" pihak yang tidak sedar diri ini. Contohnya seperti "Operasi Lalang". Oleh kerana pihak kerajaan ketika itu mendapat maklumat bahawa satu gerakan yang mampu menimbulkan kekacauan, huru-hara dan mengancam keselamatan rakyat dan tanahair, maka mereka-mereka yang didapati terlibat telah ditahan dibawah akta ini. Itulah penting wujudnya ISA. Tapi jangan takut pula dengan ISA, akta itu tidak tertakluk kepada mana-mana individu yang tidak mengancam keselamatan negara. Orang yang tidak bersalah tidak akan ditahan pun!

Kerajaan mempunyai beberapa "option" atau pilihan berkenaan perkara ini. Tan Sri Harussani mencadangkan agar dilucutkan kewarganegaraan. Ada juga pemimpin yang menggesa supaya di"ISA"kan sahaja. Kedua-dua cadangan ini dilihat berkesan untuk menangani pelampau. Tiada lagi "maaf" bagimu. Minta maaf berapa banyak sekalipun tidak akan dikompromi lagi. Cukup! Sebelum ini pun sudah ramai yang "melampau" dan minta maaf. Namun mereka masih mengulangi perkara yang sama.

Hakikatnya, pelampau-pelampau ini harus diberikan pengajaran yang lebih berkesan. Mana-mana individu yang pernah di"ISA"kan sebelum ini dan mengulangi perbuatan melampau mereka haruslah dibuang dari tanah tumpah darah ini. Lucutkan kewarganegaraan mereka! Ini boleh dikategorikan sebagai pelampau kelas A. Manakala mana-mana pelampau B iaitu yang belum pernah di"ISA"kan, haruslah ditahan dibawah akta tersebut dan mestilah di"brainwash" ketika berada di dalam tahanan. Jika mereka mengulangi perkara yang sama selepas menjalani tahanan ISA, maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti pihak pelampau kelas A. Amacam? Setuju? Wallahuallam.

Dukeofmontecristo
Suara Politik

Taminsari

source : belantan.blogspot.com



'Hero' Hasan Ali PAS Sekejap Sahaja!

Dr Novandri Hasan Basri

Pada mulanya, tindakan Hasan Ali, exco kerajaan Selangor dianggap sebagai jaguh oleh kebanyakan orang apabila beliau melawan arus dan berdepan dengan rakan karib politik beliau iaitu DAP di Selangor.

Beliau bermati-matian 'berperang' agar arak diharamkan di Selangor. Liputan berita demi berita mengenai 'kejaguhan' Hasan Ali telah berkemundang di media-media terutamanya media siber PAS.

Mereka menulis serta mengambarkan HAsan Ali sebagai seorang jaguh Islam yang tidak takut dan tidak gentar untuk menegakkan kebenaran dan syiar Islam.

Komentar-komentar di web-web pro-PAS juga memberikan komentar serta pujian yang menggunung kepada Hasan Ali. Pokoknya, Hasan Ali adalah saviour atau penyelamat umat Islam di Selangor ini!

Rupa-rupanya, sandiwara Hasan Ali hanya sekejap sahaja dan hati beliau terlentur layu dek kebijaksanaan DAP menguasai dan mengawal rakan politik mereka, parti PAS.

"Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.

Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama.

Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".

“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie.

“Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh.....


Dan seperti biasa pemimpin-pemimpin pembangkang tidak akan lari dari perangai buruk mereka dengan menyelit nama parti lawan mereka dan menyalahkan pihak media di atas isu mereka itu.

.....Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.... - MalaysiaKini

Kini parti PAS sudah kehilangan topik dan tidak boleh lagi mendabik dada kerana Hasan Ali, 'hero' mereka telah 'menyerah kalah' kepada DAP dan PKR. Beliau juga begitu senang menyalahkan orang lain serta mengaburi harapan ahli-ahli PAS yang benar-benar mahukan seorang pejuang yang ikhlas di dalam parti tersebut.


Nik Aziz sudah tidak boleh diharapkan sebagai 'hero' parti PAS lagi dek 'tersasul' dan 'keringanan' mulut beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Persoaannya sekarang, siapakah 'hero' parti PAS selepas ini?

Pastinya, think tank parti PAS dan media pro-PAS sedang bertungkus lumus untuk mencipta seorang lagi 'hero' di dalam PAS agar parti tersebut tampak aktif dan sentiasa relevan! Mereka juga semakin terdesak kerana pilihanraya kecil Permatang Pasir semakin hampir!

Artikel seterusnya : (Klik di sini..)


Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.

“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.

Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.

“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.


source : www.utusan.com.my


Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.

''Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.

''Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam dan menyifatkan kenyataan itu sebagai meragukan.

"Saya terkejut membaca kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.

"Setahu saya orang Islam tidak boleh menghina orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menghina Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setidak-tidaknya Nik Abdul Aziz perlu menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa perbuatan seperti itu bukan setakat menghina individu tertentu, tetapi ia sebenarnya menghina Allah.

''Dalam konteks hubungan antara agama, kita tidak dibenarkan membuat penghinaan. Oleh itu, jika berlaku penghinaan terhadap Islam, kita wajib mempertahankannya kerana yang dihina itu bukan setakat individu tertentu, tetapi adalah Allah,''

Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.

''Kenyataan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah menunjukkan beliau mahu menggadai agama Islam demi kepentingan mereka termasuk mengatakan orang bukan Islam boleh menghina Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini hari ini.

Selain itu, katanya lagi, Mursyidul Am Pas tersebut sepatutnya memahami perbuatan DAP yang jelas menghina agama Islam sekali gus bertentangan dengan hak kebebasan beragama di negara ini.

''Dalam hak kebebasan beragama, kita dilarang untuk mengatakan perkara yang tidak baik dan tidak sesuai tentang agama lain.

''Saya hairan bagaimana Nik Abdul Aziz boleh membuat kenyataan itu, malah beliau juga pernah menyatakan sejak Pas dan DAP berkawan, DAP boleh membawa al-Quran dan untuk itu, mereka sudah memahami Islam," katanya.

source : www.utusan.com.my


BBPM: Penghina Islamwajar diperangi

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membenarkan pemimpin DAP menghina Islam, membuktikan parti itu sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga kepentingan politik mereka.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, Nik Abdul Aziz adalah seorang 'tok guru' yang 'serba boleh' apabila ia bersangkutan dengan kepentingan pakatan pembangkang.

"Adalah tidak wajar kita membenarkan sesiapa pun menghina agama Islam. Pihak yang menghina Islam wajib diperangi.

"Zaman Nabi dahulu, umat Islam sanggup berperang apabila Islam dihina, tetapi ulama besar parti Islam itu kini boleh pula membenarkan kesucian Islam dihina," katanya.

Beliau diminta mengulas keengganan Nik Abdul Aziz mengecam tindakan segelintir pemimpin DAP memberi reaksi melampau terhadap beberapa isu sehingga menghina Islam termasuk mengaitkan dengan ekstremis.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan beliau tidak akan membantah tindakan segelintir pemimpin DAP yang dilihat menghina Islam.

Sebaliknya, Nik Abdul Aziz menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Menurut Osman, pihak yang tidak memahami Islam secara mendalam sepatutnya 'tutup mulut' dan bukannya menghina agama itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sesiapa sahaja yang menghina Islam bagi memberi pengajaran kepada pihak lain.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang meletakkan politik lebih penting daripada agama.

"Saya kecewa, terkejut dan sedih apabila Menteri Besar Kelantan tidak mengutuk, apatah mengecam tindakan segelintir pemimpin DAP.

"Janganlah kerana Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan demi menjaga hati DAP, Islam dihina pun tidak membantah," ujarnya.

Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Roshdan Sujak Rafie pula berkata, Nik Abdul Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan harus memikirkan sensitiviti masyarakat di negara ini.

"Pemimpin sesama Islam dan bukan Islam perlu belajar untuk memahami sensitiviti berhubung perkara berkenaan dan jangan terlalu ghairah memberi kenyataan sehingga mencetuskan kontroversi serta konflik di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya.

source : www.utusan.com.my





No comments:

Post a Comment