kzso

be outstanding... unleashed your power within...the power to shape your destiny...

Friday, 14 August 2009

Nik Aziz patut bela Islam bukan biar dihina - Muhyiddin

Nik Aziz patut bela Islam bukan biar dihina - Muhyiddin


TERBARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang bergelar Tok Guru sepatutnya mempertahankan Islam dan bukannya membiarkan ia dihina oleh sesetengah pemimpin DAP, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang melahirkan rasa terkejutnya dengan sikap Nik Aziz itu juga hairan kenapa Mursyidul Am PAS itu sanggup membuat kenyataan ‘tidak kisah’ dengan penghinaan terhadap Islam oleh pemimpin DAP.

'
Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik.Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham.Tak kan tak faham.Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah. Kita dah lama hidup dan tak mahu mencetuskan huru-hara,'' katanya di Ayer Keroh,Melaka Khamis.

Nik Aziz dalam kenyataannya Rabu berkata,
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam” dan anggap ia tidak mengapa sebab mereka tidak faham Islam. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil turut merasa terkejut dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Katanya kenyataannya amat meragukan dan mengecewakan apatah lagi dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.

“Setidak-tidaknya beliau patut menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.”katanya.-
13/8/2009



Nik Aziz beri 'lesen' DAP hina Islam ?

Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005

Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.

Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.

Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.

Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia?

Apakah Nik Aziz buat kenyataan seumpama itu untuk sedapkan hati sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang?

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pemimpin DAP yang menghina Islam.

Bagi kebanyakan orang jika benar bagai didakwa ada pemimpin DAP yang terlibat menghina Islam ia sudah melangkau batas politik.Ini adalah soal agama.

Memang ramai yang marah membaca apa yang tertulis dalam sebuah laman blog yang sudah dimatikan baru baru ini.

Laman blog yang didakwa ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook,( beliau nafikan terlibat dalam laman blog itu) ada komen komen yang mencarutkan Islam.

Semasa membuat kenyatan itu Nik Aziz dalam dalam nafas yang sama cuba mengalih isu kepada musuh politiknya dengan menyatakan orang Islam yang menolak Islam lebih hina.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya. .

Menurut Nik Aziz, PAS sebagai rakan DAP akan memberikan penerangan kepada para pemimpin parti sekutunya itu agar mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Agak menarik untuk bertanya pada Musyridul Am PAS itu apakah pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang terkenal minta langkah mayatnya dulu jika PAS hendak laksanakan pentabiran Islam di negara ini sudah berubah pendiriannya..

Ia bukan baru sehari dua,seminggu atau sebulan berlalu tetapi sudah hampir dua tahun Pengerusi DAP itu tidak berganjak.

Tolong tanya orang kuat DAP Lim Kit Siang samaada beliau sudah memahami hasrat dihati PAS nak laksana pentabiran Islam itu?

Cakap semua orang boleh cakap tetapi forum apa,wacana apa dan perbincangan apa yang sudah dibuat hingga mereka sudah ‘ lembut hati’.

Hakikatnya ada yang merasa kenyataan terbaru Nik Aziz tersebut memberi ruang kepada para pemimpin DAP untuk terus mempertikaikan Islam kerana telah diberi lesen ‘tidak faham’ itu..

Ini belum lagi masuk bab isu gambar bogel ADUN PKR Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.

Exco Selangor itu dengan baju kurung dapat berdiri atas pentas ceramah di Kelantan sedangkan hakikatnya semua orang tahu gambar bogel itu dirakam oleh teman lelakinya yang juga seorang ahli PKR beragama Islam.

Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS mempersoalkan tentang isu Elizabeth bersekedudukan.

Jangan nanti ada yang berkata bila ia menyangkut kepentingan politik jumpalah Nik Aziz tentu ada fatwa,formula,jawapan dan kewajaran yang boleh diberikan oleh Tok Guru itu. – 12/8/2009



Sekadar imbasan...apa pendirian Nik Aziz dalam isu karikatur Nabi Muhammad

Kenyataan terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘tak kisah’ sesetengah pemimpin DAP hina Islam atas alasan tidak faham mengenai agama itu sebenarnya tidak selari dengan pendirian beliau dan parti PAS dalam soal penghinaan terhadap Islam.

Semasa isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. disiarkan oleh sebuah akhbar Denmark, Nik Aziz turut sama dalam perhimpunan bantahan yang dianjur oleh Pemuda PAS Kelantan di Kota Bharu pada 17 Februari 2006.

Kenapa pada masa itu Nik Aziz tidak kata “tak apa sebab orang Denmark yang Kristian tidak faham Islam”.

Selain itu Ketua Pemuda PAS ketika itu Salahuddin Ayub turut membawa usul ke Dewan Rakyat pada 14 Mac 2006 bagi membantah penyiaran karikatur berkenaan.


Berikut adalah laporan Bernama mengenai perhimpunan yang turut dihadiri Nik Aziz tersebut:

.

KOTA BHARU 17 Feb. 2006 - Kira-kira 3,000 orang menghadiri perhimpunan aman di pekarangan Pejabat Pas di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar Denmark, Jyllands Posten menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.

Perhimpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan itu disertai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Perhimpunan itu dimulakan sebaik sahaja Nik Abdul Aziz selesai menyampaikan kuliah mingguannya yang turut menyaksikan pembakaran patung Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Pelbagai sepanduk dikibarkan pada perhimpunan itu yang antara lain mengutuk tindakan penyiaran karikatur itu dan menggesa umat Islam memboikot barangan buatan Denmark.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, perhimpunan aman itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini supaya menentang mana-mana pihak yang cuba menghina agama Islam.

``Pemuda Pas Kelantan menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung permit akhbar Sarawak Tribune pada 9 Februari lalu, kerana menyiarkan semula karikatur itu dan kami berpendapat kebebasan akhbar juga ada batasannya'', katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu. - Bernama

--- end ---
KZSO at Friday, August 14, 2009
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

KZSO
Outskirt of Makkah, Saudi Arabia, Saudi Arabia
View my complete profile
Powered by Blogger.