unday, July 19, 2009
Nizar Buat Apa Tu?.
ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.
----------------------------------------
Nizar "The Puppet" Jamaluddin Berjaya Dikafirkan DAP
Ini adalah pendapat-pendapat sahabat-sahabat saya di "wall Facebook" untuk pengetahuan dan renungan pembaca budiman:1. Menyalakan lilin bukan sebahagian dari tradisi Islam, melainkan tradisi orang-orang kafir. Walau demikian, sejumlah orang Islam mengikuti acara tersebut. Entah, mereka faham atau tidak bahwa Rasulullah SAW hampir empat belas abad lalu sudah memperingatkan umatnya agar tidak sekali-kali menyerupai atau melakukan hal-hal yang menyerupai orang kafir, seperti menyalakan lilin untuk suatu acara tertentu.Saya percaya selepas ini pastinya TG Nik Aziz Nik Mat dan kumpulan ulamanya akan segera mengeluarkan fatwa mengenai upacara memegang lilin dan memperingati mayat. atau dalam istilah "vigil". Inilah yang selalu Anwar Ibrahim laung-laungkan di dalam Pakatan Haram mengenai "Liberasasi Ugama".
2. Apabila kafir Quraish meminta agar berkongsi agama dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu mereka menerima Islam jika Nabi SAW juga mempraktiskan ajaran mereka punya nenek moyang, maka Allah segera berfirman, "LAKUM DI NUKUM WALIYADIN" yang bermaksud, "Bagi kamu agamamu, dan bagi ku agamaku."
Tidak perlu penganut ugama lain untuk menghancurkan agama Islam, umat Islam sendiri akan menghancurkan agama Islam yang kita anuti ini. Nauzubillah himinzalik. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada umat Islam yang berada di dalam gambar di atas.
rated by 1 person [?] |
7 comments:
-
saya tersangat bersetuju dengan pendapat penulis ini, amat bernas sekali 5 star!!!!
-
Dear CTS
Ini lah toleransi agama PAS. Sedangkan YB Nga boleh baca surah, ini kan pulak Nizar setakat pegang lilin beb? Tak salah, tak salah... ni semua tanda simpati saja.
Makhluk-makhluk macam mereka ni ler yang menyesatkan umat! Semua demi keuntungan politik.
Sekarang boleh divert attention dari kes al-juburi melengah-lengah mahkamah, dan orang akan fokus isu ini. Ini ler niat diaorg sebenar nyer.
Tp one thing, org PAS memang sayang DAP dan PKR ni, buktinya:
1. Akak-akak tudung labuh menangis teresak2 sambil peluk YB 'kangkang' Eli kat sidang akhbar;
2. Org PAS sanggup baring atas jalanraya halang Raja Muda Perak demi pertahankan kerajaan DAP;
3. NiK Ajis tergamak panggil Ustaz Nasa 'sampah' sebab sayang nak berpisah dengan DAP and PKR;
4. Orang PAS sangup tunduk dengan al-juburi dan lantik sebagai Ketua Pembangkang even PAS lah lantang mendedahkan seks luar tabi'i mamat tu semasa dia masih dalam kerajaan.
The list go on and on... -
satu lagi ahli pas berjaya di kafirkan oleh DAP...
-
SLM BRO..ADA TANDA2 DIA NK MENGKAFIRKAN DIRI SENDIRI BRO. LG PUN PAK AJIS KATA XPE. DIA DH JAMIN MASUK SYURGA JUGAK! KEHKEHKEH
-
ishh....bodoh betul la Nizar ni.yg pi pegang lilin tu buat apa.menyusahkan kami blogger2 pembangkang nak jawab.pegang la handphone ka,buah nyok ka.mana pi abih puak2 TGNA ni.aku surrender dah.takleh nk jwb.
-
betul tu bro.
itu pun juak2 pakatan dok komen di blog aku pertahan lg nizar cakap upacara yg DS Nizar buat ni bukan nya upacara agama, ianya adalah diam sejenak sambil pegang lilin! xde apa pun bacaan2 yg melibatkan agama
itu la bro sampai taksub tahap gila punya ..sampai ada yang terlalu liberal iaitu kata ini upacara universal ..
itu lah parti yg terlalu liberal sgt sampai agama pun nak di liberal kan .. -
Patut le ramai penyangak dan penyamun dalam PAS. Sekali undi PAS jer dah boleh masuk syurga. .
Apa-ap pun, KAH-KAH-KAH-KAH-PTUIH...
Wah, pegang lilin pun jatuh kafir ker? Aiseh brader2 alim ulamak sekalian ni mengalahkan Tuhan pulak ek. Sejak bila korang dilantik jd Tuhan? Habih tu yg tiup lilin sambut birthday pun kira terus kafir la yer? Kalau ya pun dia buat tak betul ke hapa ker, bleh tak jgn nak mengkafirkan org. Macam la korang tu dah jamin syurga. Bangsat2 mcm korang ni la yg buat org bukan Islam tak minat Islam. Lebih sudu daripada kuah.
ReplyDelete