NUFFNANG

Thursday 30 April 2015

[UNTUK AHLI AHLI AKAR UMBI UMNO SAHAJA!]...Pesanan Tun Dr Mahathir untuk AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO

[UNTUK AHLI AHLI AKAR UMBI UMNO SAHAJA!]...Pesanan Tun Dr Mahathir untuk AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO

Dengar dulu... 
1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil  kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’  Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO  dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion  Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

Wednesday 29 April 2015

[DEMI AGAMA ATAU POLITIK?]...BIASA DALAM PAS NI ....TERKINI ! HARAM TUKAR JADI HALAL DI PRK PERMATANG PAUH !!

[DEMI AGAMA ATAU POLITIK?]...BIASA DALAM PAS NI ....TERKINI ! HARAM TUKAR JADI HALAL DI PRK PERMATANG PAUH !!

Sungguh memalukan! Pendirian PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini begitu lantang menggunakan surah Surah an Nisa ayat 85 untuk membuktikan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, hanyalah sekadar memperalatkan surah tersebut.

'Desakan' PAS kawasan Permatang Pauh supaya PKR menarik balik semua bantahan terhadap Hudud dan penghinaan terhadap Abdul Hadi, hanyalah sebadar wayang pacak pemanas pilihanraya yang sangat murah dan amat memalukan.

Yang terbaru ialah YDP kawasan Permatang Pauh buat U-turn dan membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai!

Begitu mudah PAS kawasan Permatang Pauh bertukar angin, mengenepikan kenyataan mereka tentang ayat Al-Quran dan menolak desakan mereka. Dan sekarang, selesainya mahu ditutup dan dilupakan.

How low can this people be just because of an election??

Katanya, isu besar ini selesai selepas berjumpa dengan PKR, parti yang menolak usul Hudud kerajaan PAS Kelantan. Calon PKR di parlimen Permatang Pauh ialah individu yang menolak perjuangan PAS di Kelantan.

Maka sekarang timbul banyak persoalan tentang kejujuran kepimpinan PAS kawasan Permatang Pauh. Apakah benar bahawa isu ini selesai kerana 'puas hati dengan penjelasan PKR', 'menerima arahan Majlis Syura dan Presiden PAS' atau ada perkara-perkara lain yang tidak diketahui oleh ahli-ahli, jentera parti PAS dan penyokong-penyokong PAS di PRK Permatang Pauh?

Sekarang timbul isu panas dalam media sosial tentang apakah ada kaitan Omar Hassan, YDP kawasan Permatang Pauh dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang?

Perlu diingat bahawa sebelum ini, DAP telah me'ludah' dan menghina dengan pelbagai penghinaan tahap sampah dan menjatuhkan maruah Presiden PAS.

Rupa-rupanya, Omar Hassan, YDP PAS Permatang Pauh adalah Ahli Majlis agensi kerajaan DAP Pulau Pinang!

[ADUHAI...PKR FIKIR RAKYAT MASIH BOLEH DIPERBODOHKAN]...Pelik Jika PKR Tak Tahu Anwar Tak Layak Mengundi – Dr Agus

[ADUHAI...PKR FIKIR RAKYAT MASIH BOLEH DIPERBODOHKAN]...Pelik Jika PKR Tak Tahu Anwar Tak Layak Mengundi – Dr Agus

AIDCNews – 28/4/15 – Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff melahirkan rasa pelik jika masih belum mengetahui status Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang tidak dibenarkan menjadi pengundi melalui perlembagaan.
“Apabila PKR meminta Anwar diberi izin untuk mengundi, saya rasa pelik.
“Ini kerana peruntukan Perkara 119(3)(a) menyatakan seseorang yang gila atau sedang menjalani hukuman penjara; atau dihukum dengan hukuman mati atau penjara melebihi 12 bulan, maka hilang kelayakan untuk mengundi pada hari pengundian,”katanya dalamFacebook semalam.
Namun, Dr Mohammad Agus yakin PKR tahu ketidaklayakan Anwar untuk mengundi, tetapi sengaja untuk mensensasi isu tersebut.
“Saya yakin pemimpin PKR tahu peruntukan ini. Saya juga yakin pemimpin PKR tahu jika DS Anwar mahu diberikan hak mengundi itu, maka Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.
“Jika tahu, untuk apa diminta DS menjadi pengundi dalam PRK ini?
“Cukuplah mensensasikan fakta yang tidak tepat dan hal yang tidak perlu. Banyak lagi isu-isu yang boleh disyarahkan dalam PRK ini. Kempenlah dengan bergaya dan bijaksana,”katanya lagi.
Dua hari lepas, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan Anwar keluar dan balik mengundi untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini.
Menurut Izzah, Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa untuk membenarkan mana-mana penghuni penjara untuk hadir majlis pengebumian tertakluk bawah kuasa pengarah penjara dan KDN.
“Sejajar dengan penyataan dan syor Suhakam adalah berdasarkan prinsip hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Artikel 21 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan hak seseorang untuk memilih perwakilan dan mengambil bahagian dalam pemerintahan negara.
“Di Malaysia, hak warganegara untuk mengundi ahli dewan rakyat atau Adun dalam sebarang pilihan raya adalah dijamin dalam Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan,”kenyatan beliau dipetik, lapor Sinar Harian.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Anwar hilang kelayakan untuk mengundi pada PRK Permatang pauh berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang itu akan hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya:
1) Pada tarikh kelayakan ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau
2) Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.
Source : aidc

Tuesday 28 April 2015

[TAHNIAH KEPADA RAKYAT SELANGOR! PAKATAN BUKTIKAN "MANIFESTO BUKAN JANJI"]... Sebelum PRU 13 Berjanji Pada Guru KAFA Bukan Main Lagi...

[TAHNIAH KEPADA RAKYAT SELANGOR!  PAKATAN BUKTIKAN "MANIFESTO BUKAN JANJI"]... Sebelum PRU 13 Berjanji Pada Guru KAFA Bukan Main Lagi...

Inilah dikatakan MUNAFIK pandai berjanji saja.Kalau nak buat Manifesto kaji selidik dahulu bukan main kasi hentam saja.Lagi pun Negeri Selangor Negeri terkaya..maaa.

[KAK WAN AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA? ] ... Kak Wan dah mula abaikan Kajang

[KAK WAN AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA? ] ... Kak Wan dah mula abaikan Kajang



Tak caya dengar video ...



Masa banjir ...


Terbaru petang tadi


Monday 27 April 2015

[LET'S SEE WHETHER THE LOCAL COUNCIL DARE TO TAKE LEGAL ACTION ON THIS?]... Taman Medan church can be fined RM25,000 under the law

[LET'S SEE WHETHER THE LOCAL COUNCIL DARE TO TAKE LEGAL ACTION ON THIS?]... Taman Medan church can be fined RM25,000 under the law

Madame Speaker Hannah Yeoh and other Selangor officials held a meeting with representatives of the Community of Praise church, said Elizabeth Wong in her press statementon 21 April 2015.
This church is the one in Taman Medan, Petaling Jaya that is at the centre of the cross controversy.
BELOW: Teresa Kok giving flowers yesterday to Pastor PaulPackianathan of the Community of Praise church. On the left is YB Rajiv (Hannah Yeoh’s former Personal Assistant), in the middle is YB Hee and on the right is YB Lim Lip Eng who is DAP evangelista MP Segambut
TAMAN_MEDAN teresa_kok

Evangelistas meeting Taman Medan church leaders

At the meeting last week between Selangor officials and the Taman Medan church were Madame Speaker Hannah Yeoh, Selangor exco Elizabeth Wong, Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian, Bukit Gasing Adun Rajiv Rishyakaran, MBPJ councilors F.K. Tang and Peter Chong as well as Committee on Non-Islam Affairs (HESI) advisors.
The Pakatan Christian politicians in the meeting had advised the church to put its cross back up. The Christian politicians recommended such a course of action in order “to stop this precedent of mob rule by politically-aligned extremists”.
The church however is waiting for a sign from God and has prayed to seek guidance.
Hannah no food face
Hannah And that's extremism!

Pakatan YBs in exco making their own S’gor rules

According to Elizabeth, “MBPJ Councillors also clarified that since 2008, the previous State Committee on Non-Islam Affairs (then known as State Committee on Non-Islam Places of Worship or RIBI) has allowed Churches to operate in commercial premises or offices without the need for application of permits, only by way of notification to the committee”.
As has been widely reported by the pro-Christian, English-language media over the last few days, Elizabeth stated that a “notification to HESI committee suffices” for the shoplot churches to operate without the need for permit.
Some concerned lawyers have countered that the Selangor exco are on the wrong side of the law.
Hannah So many Christians

And RM500 fine each day for every day the offence is continued

In their press statement on April 26titled ‘Elizabeth Wong and Selangor State Committee on Non-Islamic Affairs are Wrong’, a group called Concerned Lawyers for Justice (CLJ) said freedom of worship is not absolute and the right of a religious organization to manage its church “must be in line with the law”.
CLJ brought attention to Subsection 70(12) of the Street, Drainage and Building Act 1974 which reads:
“Any person who uses any building or part of a building for a purpose other than which it was originally constructed for without the prior written permission from the local authority shall be liable on conviction to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit and shall also be liable to a further fine not exceeding five hundred ringgit for every day during which the offence is continued after a notice to cease using for other purpose has been served on such person.”
The CLJ’s considered opinion is that it is clearly illegal for the Community of Praise to convert their present rented building for use as a church without first obtaining prior written permission from the MBPJ.
This is an offence liable to a fine of up to RM25,000 if convicted.
Teresa Kok Azrul Mohd Khalib
Teresa Kok and other YBs with Azrul Mohd Khalib

CLJ: Not within competence of exco to waive requirement

The lawyers further believe that Selangor state exco members do not have the jurisdiction to waive the above said requirement under federal law.
They urge the relevant authorities to investigate this matter, saying the practice of HESI and the exco “since 2008 pertaining to the operation of churches is untenable, and must be halted immediately”.
With so many evangelical Christians in high positions in the Selangor government, it appears the Christian groups have been getting away with flouting existing laws since Pakatan took power in the state.
Hannah stare
Related:

“Extremism!” screams Hannah Yeoh on Taman Medan church brouhaha

“Barbaric !” – Guan Eng on Taman Medan protesters

Wong Chun Wai on Taman Medan:  Ignorant, prejudiced bigots

Azrul_Mohd_Khalid_Rev_Dr_Herman_Shastri
ABOVE: LGBT activist Azrul Mohd Khalib, together withCouncil of Churches sec-gen Rev. Hermen Shastri, and other ‘Malaysians for Malaysia’ NGIs distributing flowers yesterday in Taman Medan

[LEPAS NI TNB DAN SYARIKAT UTILITI LAIN BOLEH BERI ALASAN YANG SAMA BILA NAIKKAN TARIFF MASING-MASING KELAK] ... Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air, kata Guan Eng

[LEPAS NI TNB DAN SYARIKAT UTILITI LAIN BOLEH BERI ALASAN YANG SAMA BILA NAIKKAN TARIFF MASING-MASING KELAK] ... Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air, kata Guan Eng

Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7% mulai 1 April lepas diharap dapat mengurangkan penggunaan air, kata Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengelak berlakunya catuan air di negeri ini.

"Kita naik (tarif air) sebab kita harap pengguna dapat mengurangkan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2015 di Empangan Air Itam, di George Town hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan tarif baharu air dengan kenaikan sebanyak 16.7% berkuatkuasa 1 April.
Pengurus besarnya, Jaseni Maidinsi berkata objektif utama semakan tarif air ialah bagi memudahkan pengurusan air yang lebih baik dengan mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan catuan.

PBAPP sebelum ini mengumumkan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 Sept 2013.  Bernama

[BUAT INGATAN KEPIMPINAN PAS, AHLI PAS, PKR DAN DAP! INGATLAH NASIHAT ALLAHYARHAM USTAZ FADHIL NOR...] ... Apa Fadhil Nor kata pasal Hudud? Jijah kata apa?

[BUAT INGATAN KEPIMPINAN PAS, AHLI PAS, PKR DAN DAP! INGATLAH NASIHAT ALLAHYARHAM USTAZ FADHIL NOR...] ... Apa Fadhil Nor kata pasal Hudud? Jijah kata apa?



Jijah kata apa pula ...


Ini hal sesama PR. Takda persefahaman dan hormat menghormati hasrat masing2.

Kalau dok berbalah, camna nak jaga rakyat dan buat benda2 lebih besar.

[PKR ANGKUH DAN SOMBONG! PAS PULAU PINANG DAN DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG DIHINA LAGI! ] TERKINI! JENTERA PARTI DILAYAN SEPERTI SAMPAH DI PRK PERMATANG PAUH?

[PKR ANGKUH DAN SOMBONG! PAS PULAU PINANG DAN DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG DIHINA LAGI! ] TERKINI! JENTERA PARTI DILAYAN SEPERTI SAMPAH DI PRK PERMATANG PAUH?

Hinanya PAS Pemuda Pulau Pinang di mata PKR.
Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengeluarkan satu kenyataan. Di antaranya:
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat. 
DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini. seterusnya
Kenyataan PAS Pemuda Pulau Pinang diketepikan begitu sahaja oleh PKR.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan melayan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinangyang bertegas untuk terus memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, parti itu tidak perlu menghiraukan pendirian akar umbi sekutunya ekoran kepimpinan tertinggi PAS sudah berikrar untuk terlibat mempertahankan kerusi tersebut.
 
“Kita 'deal' dengan PAS sebagai organisasi, takkan nak deal dengan PAS cawangan? Takkan nak deal dengan Pak Leh bin Saad ketua cawangan…tak habis kerja lah. Itu cara kira deal dalam politik,” katanya pada Ahad. seterusnya
Sungguh memalukan dan menjatuhkan kredibiliti Pemuda PAS Pulau Pinang. 

Tetapi apa bezanya jika jentera Pemuda PAS Pulau Pinang wujud atau tidak di PRK Permatang Pauh?

Walau pun mereka memboikot PRK Permatang Pauh, bukannya jentera Pakatan akan hancur tidak berjalan. Dalam masa yang sama, ianya juga menunjukkan jentera Pemuda PAS Pulau Pinang tiada nilai tambah kepada Pakatan.

Kecuali jika boikot mereka itu disertai dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pemuda PAS tidak mengundi Wan Azizah dan memastikan calon ini kalah di PRK.

Barulah PKR terbeliak mata dan mengaku kewujudan Pemuda PAS Pulau Pinang.Mampukah Pemuda PAS ini berbuat demikian atau segalanya ini hanya sekadar drama U-turn yang sudah sebati dengan PAS?

Source : dr mim

Saturday 25 April 2015

[A MUST SEE VIDEO CLIPS!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN (FULL SESSION)

[A MUST SEE VIDEO CLIPS!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN (FULL SESSION)


CLICK HERE:
BICARA NEGARAWAN PART 1
BICARA NEGARAWAN PART 2
BICARA NEGARAWAN PART 3
BICARA NEGARAWAN Q&A PART 1
BICARA NEGARAWAN Q&A PART 2
BICARA NEGARAWAN Q&A PART 3

[A MUST SEE VIDEO CLIP!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 3

[A MUST SEE VIDEO CLIP!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 3

https://m.youtube.com/watch?v=zHHYWYm8EUE

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 3

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 3

CLICK HERE 
https://m.youtube.com/watch?v=zHHYWYm8EUE

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 2

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 2


CLICK HERE 
https://m.youtube.com/watch?v=zj872uQtO1s

[A VIDEO CLIP MUST SEE!!].... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 1

[A VIDEO CLIP MUST SEE!!].... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN SOAL JAWAB PART 1


CLICK HERE :
https://m.youtube.com/watch?v=DuWkPJlutY0

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 2

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 2


CLICK HERE
https://m.youtube.com/watch?v=uRKC0mK8qlg

[ A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ... TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 1

[A MUST SEE VIDEO CLIP!!] ...TUN MAHATHIR : BICARA NEGARAWAN PART 1


CLICK HERE 
https://m.youtube.com/watch?v=UqDgQS7ZT1k

TS Muhyiddin : "YBhg Tun, let me tell you Sir, you are not alone in telling the truth "

TS Muhyiddin : "YBhg Tun, let me tell you Sir, you are not alone in telling the truth "


Click here
http://youtu.be/n9IOxczc9IE

Tun Mahathir : I'm not going on a road show. 

Tun Mahathir : I'm not going on a road show.

Click here :
http://youtu.be/_8ZDTjp1ItU

THE CROOKED BRIDGE AND ME -TUN M

THE CROOKED BRIDGE AND ME


1. Some people believe that I am so angry over not building the crooked bridge that I want Najib to resign.

2. I am not so frivolous. Yes, I am disappointed, especially as Najib appealed to the Singapore PM to build a bridge and the latter rejected it. It is shameful that we dare not build a bridge in our own land without approval by Singapore.

3. This shameful episode is not enough for me to ask Najib to step down. Najib is the son of Tun Razak, the man responsible for my elevation to Prime Ministership. Partly for that reason and partly because Najib showed good performance when I was PM, I wanted Najib to be PM. And people know I worked hard at it pressuring Abdullah to appoint him as DPM, so that he would become PM, when Abdullah leaves.

4. But Najib failed in many areas after becoming PM. Apart from the bridge he did not go ahead with the double tracking and electrification of the railway line from J.B. to Padang Besar which had been agreed upon but was dropped by Abdullah. For 14 billion Ringgit we would have this project completed by 2010. Instead, forced by the demand, he sanctioned the continuation of the track from Ipoh to Padang Besar for 12 billion Ringgit. We lost a lot of money.

5. Then he began to recruit his own 4th floor boys plus a number of British personnel to advise him on how to run the country. They, also used foreign consultants costing more than 7 billion ringgit. We had achieved independence in 1957 and we got rid of British advisers. We did better without them. Najib did not seem to believe in the Malaysian capacity to develop the country.

6. Ignoring the EPU and other Government departments he set up a new agency to plan the development of the country. This agency was headed by a non-civil servant and the salaries of these personnel far exceed that paid to civil servants.

7. The civil servants were very unhappy. In the past they on their own transformed this country from a developing country to a middle-income nation. Now their services, their expertise and experience are no longer needed.

8. They had always been loyal to the BN Government. Now many no longer support the Government. Some even join the opposition after retirement and stood as candidates in elections.

9. As a result of the role given to this new agency the policies of the Government were changed. Najib was told that the rejection of Abdullah in 2008 was due to Chinese dislike for the New Economic Policy. To win them back Najib must ignore affirmative action and should be seen to be more supportive of the Chinese and Indians.

10. He reduced places for bumis in the Government Universities even though in the numerous private universities and twinned colleges, bumis make up less than 10%. Bumiputra contactors and small business no longer had government favour. Most had to stop their businesses.

11. Without saying so in so many words he had adopted the Malaysian Malaysia slogan of the opposition, only calling it One Malaysia instead.

12. Responding to opposition demand he abolished the ISA and freed all those under restricted residence. Crime rates went up.

13. Then he started giving money to people, not just to individuals who earn less than RM3000/- per month but to the associations and the corporate sector as well. Billions were spent on this.

14. Then rallies were organised on every occasions. The organisers were instructed to gather 10,000 people. They were given food and allowances and were transported to the sites, where they were given placards to hold up with “I love PM” written on them. A song 1M4U was composed and sung even at the national day parade.

15. Despite all these the Chinese refused to support Najib. They flocked to the opposition and he performed worse than Abdullah in the 13th General Election.

16. The Malays too did not support Najib. Selangor after he headed UMNO did worse than 2008. Malays only voted for BN because they feared Anwar would appoint Kit Siang as DPM.

17. Through all these I continued to support Najib. On the few occasions I met him, I told him his strategy was wrong but my views were ignored. I said before the 2013 elections that if he did worse than Abdullah he should resign. I had fully expected him to do better than Abdullah.

18. When he failed I told people that they should continue to support him. I was prepared, despite everything to see him lead the BN in the 14th GE.

19. But now with the controversies dogging him I am sure BN would lose if he leads it in the 14th GE.

20. There are many things about his personal behavior that I thought were not right. But I was prepared to overlook them, including he and his wife’s lavish lifestyle.

21. But when he cannot explain where billions of Ringgits have gone to and his involvement with questionable people in the management of 1MDB, I felt that he is not fit to be the Prime Minister of this country.

22. I will explain about how he lost billions of Ringgit in my next blog.

source : 

[TGHHA DIHINA KAW KAW OLEH KEPIMPINAN DAP] ... #PrkRompin : PAS dan DAP Tetap Bertelagah

[TGHHA DIHINA KAW KAW OLEH KEPIMPINAN DAP] ... #PrkRompin : PAS dan DAP Tetap Bertelagah



Kemelut DAP dan PAS tidak langsung menampakkan keadaan akan reda malah dua Pilihanraya Kecil, (PRK) dalam tempoh terdekat ini dilihat tidak mampu menenangkan pertelingkahan dua sekutu pakatan pembangkang itu.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, serangan Hadi sekadar menurunkan status beliau ke tahap pemimpin pecahan dalam parti.

“Sedihnya, Hadi gagal memberi ilham kepada rakyat Malaysia untuk memerangi UMNO pada waktu kritikal ini.

“Daripada pemimpin nasional, saya fikir Hadi membenarkan kedudukannya dipotong separuh dan kini dilihat hanya sekadar seorang pemimpin pecahan,” kata Chin Tong yang juga ahli parlimen Kluang.

Konflik berterusan DAP dan PAS menyaksikan PAS Permatang Pauh menolak untuk menyokong PKR dalam PRK itu malah turut mengisytiharkan haram untuk mengundi calon yang menolak hudud.

Kesan konflik juga jelas tertera di PRK Rompin di mana kerjasama sesama PAS, DAP dan PKR langsung tidak kelihatan pada PRK yang ditandingi calon PAS.

“Hadi tidak boleh dipercayai dan sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dan tidak langsung memiliki kredibiliti untuk bercakap bagai pihak DAP dan PKR,” kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.

Setiausaha Pengurusan DAP, Anthony Loke pula menolak dakwaan Hadi bahawa DAP dan PKR hanya mementingkan sokongan undian, sebaliknya menegaskan bahawa DAP sudah menentang pelaksanaan hudud sejak tahun 1980-an lagi.

Hadi tegasnya, tidak berkelakuan sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat, (PR).

“Kami cukup kecewa dengan cara dan pemikiran Hadi kebelakangan ini, sehingga ke tahap beliau secara dasarnya meminta rakyat tidak mengundi menyokong Wan Azizah di Permatang Pauh. Ia bukan semangat PR,” kata Loke.

Bulan lalu, DAP memutuskan hubungan dengan Hadi selepas PAS Kelantan meluluskan pindaan penting Kod Enekmen Jenayah Syariah II yang membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Konflik isu hudud dilihat sebagai ancaman yang mampu mengulangi kegagalan pakatan pembangkang sepertimana yang berlaku pada Barisan Alternatif, manakala Lim Kit Siang pula sudah pun menimbang masa hadapan era selepas PR.

BNBBC


Thursday 23 April 2015

[PANASSS BERAPI!] ... Haji Hadi bikin panas... hormat keputusan PAS Permatang Pauh nak boikot PKR

[PANASSS BERAPI!] ... Haji Hadi bikin panas... hormat keputusan PAS Permatang Pauh nak boikot PKR

Melompat lagi pemimpin-pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) selepas presiden parti Islam itu merestui pendirian PAS Permatang Pauh yang akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak undang-undang jenayah Islam atau hudud.
PAS Permatang Pauh sebelum ini mendapat mandat lebih 400 ahli akar umbi dalam mesyuarat kawasan untuk menuntut PKR menarik balik kenyataan menolak hudud dan memohon maaf kepada Haji Hadi.
Sungguhpun merestui keputusan PAS Permatang Pauh itu, kata Haji Hadi PAS kekal dalam pakatan pembangkang.
Katanya PAS masih teguh berada dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun parti itu tidak sependapat dalam beberapa perkara dengan PKR dan DAP.
"Kita masih dalam PR dan saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda di Shah Alam pada petang Rabu.
"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Urusan Ulama, PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Badrul Abdul Rahman pada Selasa yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud?.
Memperincikan dengan lebih lanjut, Haji Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.
?"Betullah tidak boleh," katanya.
Terdahulu, Ustaz Badrul berkata, hujahnya berkenaan haram mengundi calon menolak hukum hudud adalah bertepatan dengan maksud Surah an-Nisa ayat 85 .
"Oleh itu, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam," katanya.
Sementara itu, PKR dilaporkan akan meneruskan perbincangan dengan PAS dan optimis kedua-dua parti itu akan mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam kempen di Permatang Pauh.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata kesemua peringkat kedua-dua parti itu akan meneruskan perbincangan untuk menyelesaikan isu ini sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.
Sambil mengakui wujud ketidakpuasan hati di kalangan anggota PAS, beliau yakin anggota parti itu akan menyokong calon PKR yang akan diumumkan kelak.
"Saya tidak berasa benda (perkara) ini akan berpanjangan dan sebaliknya saya yakin PAS akan beri sokongan penuh kepada PKR," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Media PKR di Bangunan Yayasan Aman.
Katanya, DAP dan PAS bersetuju memberi laluan dan mereka akan menyokong calon PKR untuk bertanding di kawasan ini.
Sebelum ini Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan bertegas supaya PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongan PAS.
Sementara itu, Mansor yang juga pengarah pilihan raya kecil Permatang Pauh berkata PKR akan mengumumkan calonnya pada 24 April ini di Seberang Perai Arena.
Katanya, kesemua barisan kepimpinan PKR, PAS dan DAP akan hadir semasa pengumuman calon nanti.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Penamaan calon bagi PRK itu pada 25 April dan pengundian 7 Mei.

Source : agenda daily