NUFFNANG

Friday 28 February 2014

KANTOI !!! #PENIPUAN DAN #FITNAH #HARAKAH TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!

KANTOI !!! #PENIPUAN DAN #FITNAH #HARAKAH TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!


Tulisan Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net bertajuk 'BN melanggar pantang di Kajang’bagi saya dibuat oleh orang yang tiada di tempat kejadian.

Itu kesimpulan mudah saya yang membuat liputan Program Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Dukung Isnin lalu.

Ini kerana bagi puluhan wartawan yang hadir ketika acara tersebut,semua maklum bahawa program sebenar di tapak gelanggang futsal bukan di Surau Al Falah.

Cerita mudahnya begini,Muhyiddin mengatakan lawatan separuh hari ke Kajang,sebelah pagi,beliau mengadakan mesyuarat dengan Barisan Nasional Negeri di Pejabat UMNO Hulu Langat di pekan Kajang.Kemudian beliau singgah di rumah seorang warga emas di Sungai Sekamat dan kebetulan tidak jauh dari rumah itu ada kematian dan TPM singgah untuk menziarahi jenazah.Dari situ beliau terus ke Bukit Dukung.Sebaik sampai,bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan penduduk kampung,TPM ke Surau Al Falah untuk bacaan doa selamat. 

Tidak ada ucapan ketika majlis bacaan doa selamat.TPM sendiri arif bahawa untuk berucap dalam surau dan masjid di Selangor perlu ada tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Selepas selesai bacaan doa selamat,TPM keluar dan beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal Bukit Dukung yang terletak tidak jauh dari surau.

Tulisan Ahmad Tajdid “calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan pengundi- pengundi.” adalah fitnah sama sekali.

Mei Fun datang lebih lewat dari TPM,beliau tidak pernah masuk ke dalam surau.

Sebaliknya terus ke tempat acara Program Mesra Rakyat berlangsung iaitu di gelanggang futsal.Beliau bersama pemimpin komponen BN,termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal tapak acara,bukan di dalam Surau Al Falah.

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian dan kemudian membaca tulisan di Harakahdaily,jelas pada saya,satu lagi pembohongan yang dibuat dengan cerita yang direka-reka ataupun fitnah. 

Kepada Ahmad Tajdid,lain kali jika hendak ‘goreng’ story pun,jangan sampai‘hangit’.tanya orang kiri kanan dulu.jangan main tulis ikut sedap hati saja.

Bagi saya,tulisan beliau berdasarkan petikan berita-berita di akhbar-akhbar yang melaporkan program TPM,begitu juga gambar-gambar yang digunakan.

Tulisan di Harakah itu jelas berniat menempelak Muhyiddin dan Mei Fun bagi mempertahankan Anwar yang dikecam kerana menggunakan masjid dan surau untuk berkempen sekaligus tidak menghormati arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan gelanggang politik.Isu kempen awal yang turut dibangkitkan oleh lidah rasmi PAS itu,sudah dijelaskan panjang lebar oleh SPR.

Sebenarnya,Muhyiddin tidak seperti Anwar atau Khalid Samad yang sentiasa mencari ruang untuk berceramah atau tazkirah di masjid mahupun surau walaupun tidak mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.

Mei Fun juga tidak seperti beberapa pemimpin DAP dan bukan Islam dalam PKR yang masuk ke masjid atau surau mengadakan program meraih laba politik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

source : badut rakyat

[VIDEO] Air Terpancar Keluar Dari Batu Di Padang Pasir

[VIDEO] Air Terpancar Keluar Dari Batu Di Padang Pasir


Air terpancar keluar dari batu di Tanah Arab pada hari sabtu 22/2/2014 jam 7.17 pagi.

14 belas abad yang lalu Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai.

وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا "

Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai.

Hadis dari kitab sohih Muslim.

source : kelab greenboc

PKR Makin ‘Retak’…Khalid NAK CABAR Azmin Jawatan Timbalan Presiden PKR!

PKR Makin 'Retak'...Khalid NAK CABAR Azmin Jawatan Timbalan Presiden PKR!

PKR Makin ‘Retak’…Khalid NAK CABAR Azmin Jawatan Timbalan Presiden PKR!

Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden,” kata Setiausaha Politiknya, Azman Abidin kepada Malaysiakini.

Jemputan rasmi yang bertemakan “Majlis Kasih Bertaut”, tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu “jemputan tidak rasmi” yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk “politiking”. – Malaysiakini.com


source : mynewshub

Blame your friends at YTL not Umno, Tony

Blame your friends at YTL not Umno, Tony

".. 1MDB’s proposed site for the power plant — next to its existing 1,400MW coal-fired power plant in Jimah — means the new plant would be closer to an injection point where the power generated can be channeled into the national grid. In comparison YTL Power had proposed a site in Tanjung, Johor, is reportedly three times farther from an injection point compared to 1MDB’s site, which means a greater distance of transmission in turn leading to higher transmitted energy losses." - 1MDB wins RM11bil Track 3B Power Plant ProjectKinibiz 28 Feb 2013

Where YTL Power went wrong. YB Tony Pua won't be happy with the news. 
The DAP leader was openly campaigning for YTL to win the project instead 
of 1MDB simply based on the fact that YTL Power's bid was lower (read my 19.2
 posting Tony Pua a YES man?). I don't expect him to take this bad news lying 
down.

But as the article explains, there are other factors to be 
taken into account when awarding such a massive 
project. Even in the best case scenario, according 
to previous media reports, YTL Power's bid price would 
end up higher than 1MDB's bid price. Kinibiz also pointed 
out that YTL Power was also the only bidder whose 
proposed location was not within the country's major 
load centres. Industry players have estimated between 
2 and 5 per cent transmission losses.

Moral of the story? Politicians should stop making a 
fool of themselves. They should stick to things they know and which will help 
them serve the people better. Those corporate boys can more than look 
after themselves.

source : rocky's bru

WANT TO KNOW How Pakatan Rakyat aspire to finance itself

WANT TO KNOW How Pakatan Rakyat aspire to finance itself

Most people think that Pakatan Rakyat politicians are human beings with excellent moral 
values and integrity. They portray themselves as the people’s saviour against Barisan Nasional 
politicians which they accuse as the corrupt devils greedy for riches.
In actual truth, the politicians in Pakatan Rakyat are as greedy and as corrupt as the ones they 
are accusing. And since they always arrogate themselves as the epitome of goodness, this 
hypocrisy renders them even worse than their Barisan Nasional nemesis.

Take for instance Rafizi Ramli’s overzealousness in trying to create the perception that the 
LRT extension project, which had been awarded to George Kent – Lionpac consortium, was 
dubious and it should have been awarded toBalfour Beatty consortium instead.

And it was later discovered and exposed by this blog that Balfour Beatty’s main partner is Ingress 
Corporation Bhd whereby the main player in the latter is a close crony of Anwar Ibrahim.  Luckily, 
the motive of Rafizi Ramli’s incessant accusations were uncovered and since then, he has been 
quiet about this issue.

project. The blatant  support for a corporation to win a multi billion was so unashamedly done, 
very much known for its principles on socialism is now seem to be capitalist in nature. Are 
they shifting their raison d’etre when big money is involved?

Hypocrites rule the roost and Pakatan Rakyat’s lust for money and opulence can be seen openly. 
Otherwise, why would DAP politicians in Selangor who should be a socialist in nature, demand 
near 300% hike in their salaries?

The latest incident involve water crisis in Selangor will raise more eyebrows. For a start, this is the 
chronology of the whole fiasco:
BheD-z-CAAAD6PC.jpg-large
PKR politics as we all know is very much a carbon copy of Umno’s but in one huge difference 
– they do everything much worse.
On Wednesday, the Federal and Selangor governments signed a Memorandum of 
Understanding that will facilitate the implementation of the Langat 2 water treatment plant 
project and the takeover of water assets in the state.

The MoU breaks a five-year impasse that has stalled the implementation of water projects 
in the country’s most industrialised state. - Source

However, PKR strategy director Rafizi Ramli had claimed the party was in the dark about the 
MoU, and said the state executive councillors would be asked to explain.

PKR deputy president Azmin Ali said the Mentri Besar would be summoned to brief 
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim once he returns from Japan.

“We want to hear Khalid’s side of the story as many are still in the dark about the details. 
We are concerned over whether there would be an increase in water tariff prices and whether 
there would still be free water for Selangor,” he said yesterday.

Anwar’s official Facebook page showed that the Permatang Pauh MP is currently in Japan.
It has been reported that several PKR leaders were not informed before the state signed the 
memorandum on the water restructuring exercise while it is unclear if Khalid has the backing 
of the top Pakatan Rakyat leaders over the deal. - Source

Zaid Ibrahim had a different take on why top PKR politicians was in the dark about the deal:
Kajang by-election contestant Datuk Zaid Ibrahim said that PKR adviser Datuk Seri Anwar 
Ibrahim got “checkmated” by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim on the water deal.
Zaid said it was too late for Anwar – who is apparently setting his sights on the office of 
mentri besar – to influence the deal that has just been struck between the Federal and state 
governments.

“It is too late. It is a checkmate for Anwar,” he told a packed press conference at his residence 
here yesterday.
However, PKR strategy director Rafizi Ramli had claimed the party was in the dark about the 
MoU, and said the state executive councillors would be asked to explain.

But Zaid believed Anwar knew the MoU would be signed.
“I am sure Anwar knew about the deal …in the event a new mentri besar takes over from 
Khalid, he cannot do anything to ruin the deal.
“I think what Khalid did was right and I agree with him.
“At least the future of the Selangor people would be more secure with the end of the 
privatisation of water supplies,” he said. - Source

Zaid Ibrahim’s press conference can be seen as below. There are many sneak peaks on what 
Anwar Ibrahim intend to do once he will become Menteri Besar of Selangor inside the video.
manner. Basically, he did not want the trio of vultures – Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli and Azmin 
Ali to take over the water deal for their own benefit. This triad of political schemers had been 
working against Khalid Ibrahim since day one of the Kajang plot.

Some PKR top brass wanted to set price of water 

assets, says Khalid

SHAH ALAM: Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim disclosed that there were 
party leaders from PKR who were trying to influence the valuation of the water assets in the state.
He said some party leaders had introduced him to a few people who were trying to make 
their case as to why the pricing of the water assets should be higher.
“I have been an investment banker for so long that I look at the principle of valuation before 
determining the price (of the assets). I stood by my principle of valuation and set the price at 
RM9.65bil.
“These people wanted to set the price and wanted the valuation to justify their price,” he 
said in an interview with The Star yesterday.
Khalid also explained why the mechanics of the deal could not have been revealed to all 
and sundry in and outside of the party before the agreement with the Federal Government 
was signed on Wednesday.
He pointed out that the information, if revealed, would have an impact on the price of the 
stocks related to the water assets.
“I was also concerned about possible abuse of information and insider dealing. These are 
reasons why PKR leaders were not informed ahead of the signing on the water deal 
between the Selangor state government and the Federal government,” he said.
Khalid said he did not inform his party leaders due to those reasons to ensure that 
the implementation of the transaction was right and adhered to proper corporate governance.
Like George Orwell’s Animal Farm – the ones who think could be the saviour, will eventually 
become worse than the alleged oppressors once they have tasted power.

source : jebat must die

Kenapa Mesti Ada Tanah Rezab Untuk Orang Melayu? Inilah Punca Rasis...

Kenapa Mesti Ada Tanah Rezab Untuk Orang Melayu? Inilah Punca Rasis...


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan ahli Parlimen DAP Taiping, Perak hasil 
pilihan melayuTaiping. Pemilik Old Town ini berkata mahukan tanah rezab melayu dibuka 
seperti diserah sahaja kepada cina untuk mengurus dan memiliki tanah rezab melayu. 
Nga Kor Ming selaku salah satu pemilik Old Town White Coffee menambah mengapa 
kerajaan persekutuan tidak mahu lepaskan tanah rezab melayu melalui geran kekal yang sudah 
dipersetuju oleh kerajaan negeri?

Satu lagi rakan kongsi pemilik OldTown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh 
Koo Ham berkata Air Kopi secara asalnya tidak memerlukan Halal kerana tuhan tidak 
pernah berkata demikian dan tuhan tidak pernah meletakkan syarat sehingga susah payah 
bahawa air Kopi perlukan Halal. Persoalannya adakah tuhan Ngeh Koo Kham sama dengan 
tuhan orang Islam?

Nga Kor Ming hasil pilihan melayu Taiping, Perak yang pernah kontroversi membaca ayat 

Terjermahan yang dibaca nya adalah benar dari surah Al-Nahl iaitu "Allah menyuruh kita berlaku 
dengan adil" dan penuh belas kasihan tetapi apa yang dibaca nya tidak pernah Nga 
Kor Ming mempraktikkannya kerana Nga Kor Ming ini sendiri tidak pernah berlaku adil 
dengan tidak memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk membuka francais Old Town White 
Coffee. 

Ngeh Koo ham dan Nga Kor Ming telah meletakkan syarat bahawa untuk membuka francais 
Old Town White Coffee perlulah berbangsa Cina dan tidak boleh diberi diberi peluang langsung 
kepada bangsa Melayu. Jadi adakah Nga Kor Ming ini layak untuk membaca ayat 
Al-Quran serta penterjamahannya? Sudah lah salah memberi nama surah yang dibaca, 
ditambah pula maksud terjermahan ayat itu jauh sekali dipraktikkan. Jadi apakah niat 
dan tujuan utama dia membaca ayat Al-Quran ini sewaktu kempen pilihanraya?

Ingat, tuntutan ini dibuat pada tahun 2013, tak mustahil ianya akan di tuntut lagi, takkan kita nak 
biarkan cina DAP ambil tanah rizab Melayu? klik sini

#PRK KAJANG: TAZKIRAH JUMAAT - AWAS KEMUNCULAN DIKTATOR GANAS!!!

#PRK KAJANG: TAZKIRAH JUMAAT - AWAS KEMUNCULAN DIKTATOR GANAS!!!


Antara tanda-tanda kemunculan Dajjal di akhir zaman adalah 
apabila kemaksiatan, fitnah, penipuan dan kekacauan timbul merata 
tempat. Bumi ditimpa pelbagai bala seperti kemarau kekeringan, 
jerebu, kebakaran, penyakit melata dan manusia lebih mementingkan kuasa 
dan harta dari beriman pada Allah.

Umat Islam akan berpecah belah akibat cuba menegakkan kebathilan 
dan kezaliman. Sedangkan kaum kafir bersatu menindas umat Islam 
yang semakin lemah akibat terlalu taksub dengan keduniaan.

Jangan kita ambil mudah tanda-tanda ini. Jika tahun 1997/1998 lalu, 
negara mengalami krisis air yang agak parah, jerebu yang teruk. 
Tanda-tanda tersebut akhirnya menjadi petunjuk kepada pemecatan 
seorang manusia yang bejat bermaksiat.

Tahun 2013 dengan slogan kesukaan Dajjal: Ini kalilah (Inni qalillah) atau 
Akulah Tuhanmumenjadi ikutan segelintir manusia untuk 
memberontak menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam. Namun atas 
petunjuk Allah jua, jerebu dan kabut memenuhi ruang udara Malaysia 
telah berjaya mengagalkan pemberontakkan tersebut.

Kini jerebu, kepanasan dan kekeringan hebat melanda negara 
kita setelah manusia itu berhasrat merebut jawatan lagi...Kali ini apa pula 
yang bakal Allah tunjukkan lagi kepada kita?

Semoga apa yang berlaku memberikan keinsafan kepada kita untuk 
bersatu mempertahankan keamanan negara kita.

MB TERENGGANU MENANG SAMAN FITNAH , ADUN PAS & HARAKAH DIPERINTAH BAYAR RM 200 RIBU

MB TERENGGANU MENANG SAMAN FITNAH , ADUN PAS & HARAKAH DIPERINTAH BAYAR RM 200 RIBU

by Generasi Pejuang Bangsa


Hari ini 28.2.12 jam 9.35 pagi di Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain.

Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00.perlu dibayar oleh defenden2 kpd YAB MB Terengganu . 
Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan2 dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan

source : generasi pejuang bangsa 

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

February 28, 2014    
kantoi 4
Oleh Zul Rawi
Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Anwar Kantoi 5
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambartersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.


“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.


“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.

Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.

Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut. ‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.

Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.

Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.

Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.

PANASSSS DAN GEMPAQQQ !! ANWAR MENANG MUDAH DI KAJANG. BN HAMPIR MENYERAH KALAH!!

ANWAR MENANG MUDAH DI KAJANG. BN HAMPIR MENYERAH KALAH!!

Malapetaka paling besar buat umat Islam di Malaysia apabila agama, masjid dan surau digunakan oleh pemabuk kuasa untuk meraih pengaruh dan sokongan rakyat.

Malapetaka buat umat Islam negara ini akan lebih cepat lagi menerjah umat Islam apabila gejala mengguna agama, masjid dan surau ini disokong oleh para jemaah, ahli kariah dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka sudah faham apa itu agama dan merasakan apa yang meraka lakukan ini adalah sebahagian dari amal Islami.

Lebih dahsyat lagi para jemaah dan ahli kariah ini membutakan mata penglihatan dan mata hati mereka dari menerima realiti bahawa segala isu seperti liberalisma, LGBT dan penggunaan kalimah Allah adalah di antara perjuangan dan amalan yang didokong oleh si penyampai tazkirah ini.

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pemikiran dan persepsi para jemaah dan ahli kariah ini yang sudah termakan, terkeliru dan teruja dengan "persembahan zahiriah" penyampai tazkirah ini dengan mengambil kesimpulan bahawa segala kemungkaran liberalisma, LGBT dan sokongan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian itu adalah semata-mata fitnah dan dusta yang dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap pejuang LGBT ini.

Tiada sesiapa pun kalangan pemimpin negara ini yang mampu menggunakan ke dua-dua tempat ibadat, iaitu "masjid dan gereja sekali gus", untuk tujuan politik dan kuasa kecuali Anwar Ibrahim.

Wajah yang pelbagai ini berjaya mempelbagaikan sokongan dari pelbagai golongan etnik dan dari pelbagai anutan agama serta kepercayaan di atas platform masjid, gereja, etnicity, budaya dan adat resam semua agama yang dianuti oleh semua rakyat di negara ini.

Di hadapan kaum cina menyanyikan lagu pembakar semangat melayu, "anak kecil main api" untuk membakar sentimen cina. Di majlis agama dan adat kaum Indiamenunjukkan kebolehan menyanyi dan menari resam India melebihi kemahiran yang di miliki oleh kaum India sendiri. Di dalam masjid pula dia memetik ayat, hadis dan kata-kata hikmah mengatasi alim ulamak dan para pujangga.

Semua ini berlaku secara bebas kerana pemerintah sudah hilang punca dan cara untuk menguruskan manusia yang menyerupai jelmaan dajjal ini.

Jelmaan Dajjal ini bersalah kerana mempergunakan pelbagai kebolehan untuk memukau manusia. Pemerintah pula lebih-lebih bersalah lagi kerana membiarkan manusia jelmaan dajjal ini terus memukau dan mempengaruhi manusia supaya menuruti segala kehendak dan kemahuannya semahu mungkin.

Pemerintah yang tidak punya pegangan dalam pimpinannya tidak mugkin mampu berhadapan dengan manusia jelmaan dajjal kerana iblis dan syaitan juga mempunyai keutamaannya sendiri.

Iblis dan syaitan mendokong segala kerja keji dan yang berupaya menambah kerosakan yang berlaku di kalangan umat. Tetapi jika wujud dua puak yang bertelagah dan amalan ke dua-duanya boleh mendatangkan kerosakan kepada agama dan umat seluruhnya, maka iblis dan syaitan akan mendokong puak yang paling berpotensi dan mampu mendatangkan kerosakan paling besar di dalam agama dan di kalangan umat.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim dilihat lebih mendapat sokongan padu dari segala jenis iblis dan syaitan. Itu sebabnya dia bebas dan boleh masuk masjid, surau, gereja, kuil, biara dan segala tempat ibadat umat manusia.

AZMIN SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN RM 2 JUTA

AZMIN SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN RM 2 JUTA


 Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?

“Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.

Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.

"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.

Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.