NUFFNANG

Thursday 9 January 2014

Cubalah Ku Nan fikir dan bayang dulu sebelum bercakap

Cubalah Ku Nan fikir dan bayang dulu sebelum bercakap

Kan dah begini nampaknya kenyataan Ku Nan?

CADANGAN Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat tentang pembukaan sebuah pusat cafe yang landasannya adalah minuman keras ditentang hebat oleh penduduk Putrajaya dan rakyat Malaysia yang mahukan Putrajaya juga sebagai sebuah bandar pentadbiran negara terlindung dari penjualan minuman keras secara terbuka.


Rasanya Presiden Perbadanan Putrajaya ni pun dah keluarkan kenyataannya baru-baru ini dan turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia tentang cadangan itu. Malah menurut beliau pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya hanyalah satu cadangan tanpa pihak yang mencadangkan menghantar apa-apa proposal kepada perbadanan tersebut.

Tamat cerita.


Menghairankan apabila selepas perkara ini mula senyap, tiba-tiba muncul pula Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan yang dikatakan bersetuju Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya namun tidak dibenarkan menjual arak dan minuman yang memabukkan. Restoran itu hanya boleh menjual barang merchandise dan baju t bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

Tidakkah Menteri Wilayah ini terasa bodoh apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini? Bagaikan menghalalkan terus cafe yang asasnya menjual arak namun apabila telah didirikan di Putrajaya tidak boleh menjual arak dan tidak boleh menayangkan hiburan yang melampau. Konon nak Islamic. Lebih baik mencegah dari mengubati.

Jawa Bernam

Begini ke signboard HRC ala nasyid?

Cubalah guna otak sebelum bercakap. Dahlah sebelum ini mengelirukan orang ramai tentang isu penilaian harta.

source : the unspinners

No comments: