NUFFNANG

Monday 29 August 2011

MAT SABU PENGGANAS DAN PENGKHIANAT ?


MAT SABU PENGGANAS DAN PENGKHIANAT

" Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup gadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengobanan mereka diperlekeh oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu". Inilah kenyataan Bekas Ketua Polis negara, Tan Sri Musa Hasan ketika mengulas ceramah mat Sabu di Tasek Gelogor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Bagi saya memang wajar bekas Ketua Polis Negara ini melabelkan Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara. sedarkah Mat Sabu bahawa komunis telah melakukan kezaliman bukan sahaja di Tanah melayu tetapi rangkaian pejuang-pejuang mereka juga telah melakukan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di kemboja sepanjang pemerintahan Rejim Polpot..pada ketika itu umat islam dari kalangan bangsa cham dianggarkan berjumlah hampir 750 ribu orang..hampir 500 ribu/setengah juta orang cham Islam yg telah dibunuh oleh komunis..hari ini umat Islam Cham cuma tinggal tak sampai 250 ribu orang sahaja.

Bayangkan kalau komunis yg mengganas di tanah melayu pada ketika peristiwa serangan Bukit kepong pada tahun 1950 dahulu berjaya menawan semua balis polis di seluruh negara..? dah tentu komunis akan memerintah Tanah melayu dan negara kita hingga kini diperintah oleh komunis..bayangkan apa yg berlaku pada akidah umat Melayu yang beragama Islam jika diperintah oleh komunis..dah tentu sama macamana nasib umat Islam di Kemboja hari ini..mungkin Mat Sabu tak lagi beragama islam pada masa ini..ataupun nama Mat Sabu ditukar kepada nama bukan Islam...tak tergambar ke di fikiran Mat Sabu..saya sarankan supaya mat Sabu pergi melihat kesan-kesan kezaliman komunis di Kemboja...pergi lihat apa terjadi pada masayrakat Islam Cham di sana kesan daripada kekejaman Rejim komunis Polpot..

Mat Sabu dalam ceramahnya juga dikatakan bahawa mempertikaikan Dato' Onn bin Jaafar serta TUnku Abdul Rahman sebagai bukan pejuang kemerdekaan kerana menjadi pegawai British...sedarkah Mat Sabu bahawa nabi Allah Musa A.S dibesarkan di Istana Firaun dan menjadi anak angkat Firaun pulak..! Adakah nabi Musa tidak layak untuk diangkat oleh Allah s.w.t sbagai nabi dan rasul kerana dibesarkan oleh Firaun dan diberi makan oleh Firaun dari kecil hingga dewasa..? Mungkin Mat Sabu terlupa tentang satu fakta mengenai komunis iaiu Parti Komunis malaya (PKM).

PKM adalah asalnya satu force ataupun pasukan yang ditubuhkan oleh British untuk menentang Jepun sewaktu pemerintahan Jepun di tanah Melayu..Pada masa itu PKM dinamakan " Malayan People Anti Japaness Army" (MPAJA).. pihak British telah membekalkan senjata kepada MPAJA ini untuk menentang Jepun. Kemudian apabila Jepun menyerah kalah, maka MPAJA ini yang kebanyakannya berfahaman komunis telah membawa lari senjata yg dibekalkan oleh British dan mereka telah mengambilalih pemerintahan Tanah melayu selama dua minggu sebelum British kembali semula ke Tanah melayu..mereka ini dimenggelarkan dirinya sebagai "Bintang Tiga"...Ini bermakna bahawa komunispun pada asalnya ditubuhkan oleh British dan makan gaji dengan british untuk menentang Jepun..

Habis tu kenapa Mat Sabu membela komunis dan mendakwa komunis ni sebagai pejuang kemerdekaan, dan menafikan sumbangan Tunku Abd. rahman dan dato' Onn Jaafar.? Kalau alasannya bahwa kedua tokoh UMNO ni pegawai British dan makan gaji dengan British, maka bagaimana pula dengan PKM yang dahulunya MPAJA yg terang-terangan sebagai pejuang barisan hadapan British untuk menentang Jepun..? Nampak sangat mat Sabu ni tak faham fakta sejarah...

Saya amat setuju dengan kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, tan Sri Musa hasan kepada akhbar Utusan pada 28 Ogos (semalam) yang menggesa PDRM supaya memantau tindak tanduk Timbalan Presiden PAS itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mat Sabu termasuk dikenakan ISA kerana kenyataan Mat Sabu itu menunjukkan kecenderungan menjadi pengganas..dan juga menyokong kegiatan pengganas komunis..

Semalam (28 Ogos) Mat Sabu buat kenyataan balas dengan mengatakan bahawa beliau tak ingat dan lupa apa yang diperkatakannya dalam ceramah beliau pada 21 Ogos lalu di Tasek Gelugur tentang perkara ini..beliau kata nak tengok video rakaman itu dulu...hairan juga mat Sabu ni...bila dia tersepit maka sanggup pula mengaku tak ingat dan lupa..rupa-rupanya mat Sabu ni jenis manusia yg pelupa rupanya..seperkara lagi, lupakah Mat Sabu bahawa Tuan Guru Hadi Awang, residen PAS pernah menolak rakaman Video sebagai bahan bukti seperti kes video DSAI dengan perempuan pelacur Cina tempohari..Video ini hanya kotak besi yg tak boleh berbuat apa-apa..Macamana pula Mat Sabu boleh meenrima pulak rakaman video sebagai bahan bukti tentang kesahihan ucapannya itu..kenapa Mat Sabu tak merujuk kepada orang-orang ataupun sekurang-kurangnya 4 orang saksi yang hadir mendengar ceramahnya itu..! Satu lagi menunjukkan Mat Sabu semakin keliru dengan perkara ini...

Saya serahkan kepada anda sekelian untuk menilai siapa sebenarnya Mat Sabu..! 

source : abu nawas

Sunday 28 August 2011

Mat Sabu hina pejuang negara - Pisau.net / Video Mat Sabu Hina Pejuang / Ohhh Mat Sabu.../ Mohamad Sabu Ahli Neraka Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!! /




Video Mat Sabu Hina Pejuang

Filed Under (  ) by pisau on 27.8.11

Dalam artikel Pisau pada 23 Ogos sebelum ini mendedahkan ceramah Mat Sabu yang mengangkat perjuangan komunis:klik sini

Ada yang mempertikaikan kesahihan berita ini.Nah Ini buktinya video rakaman ceramah Mat Sabu menghina anggota polis dan pejuang kemerdekaan.Malah beliau putar belit fakta sejarah.Inilah masaalahnya jika buta sejarah dan mengangkat perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu. 

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.-Utusan
Pisau kata " puak khawarij kalau bagi video anwar ngentot pun depa kata tipu"
Read more: http://www.pisau.net/2011/08/video-mat-sabu-hina-pejuang.html#ixzz1WGame3Jx


Ohhh Mat Sabu...



Pejuang yang dihina? Sebahagian daripada anggota polis yang terlibat tragedi berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Dalam tragedi itu, seorang demi seorang anggota polis dan ahli keluarga mereka gugur. Seramai 25 orang terkorban dalam suasana menyayat hati. Laungan Allahuakbar sentiasa bergema sambil mereka mempertahankan balai polis itu. Mereka diserang 200 anggota pengganas komunis dari setiap sudut. Malah sebahagian daripada mereka dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mereka gugur sebagai pejuang tanah air yang menjadi kebanggaan kita semua. Namun lain pula cerita yang dijaja oleh Mohamad Sabu...



AWANG sebenarnya tidak berminat untuk menulis tentang politik apatah lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Namun perihal Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengherokan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan, tidak boleh dibiarkan.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan muka depan mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas kompeni Ke-4 dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai hero sebenar.

Dengan kata lain, 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan balai tersebut, tidak perlu diiktiraf pengorbanan mereka dalam sejarah tanah air.

Antara lain beliau mendakwa:

* Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar.

* Mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai (lantikan) British.

* Berikrar untuk menulis semula sejarah jika pembangkang memerintah negara.

Belum pun lenyap isu khalwatnya suatu masa dahulu dan isu beliau didakwa bercakap bohong kononnya dilanggar oleh kereta polis semasa perhimpunan haram 9 Julai, sekali lagi Mat Sabu jadi perhatian. Awang melihat ia suatu penghinaan kepada negara lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.

Kenyataan terbaru beliau itu mencetuskan kemarahan dan bantahan banyak pihak. 

Ia mengguris hati warga pasukan keselamatan dan waris-waris mereka. Awang sendiri mendidih darah. 

Ramai ahli Pas termasuk dari kalangan bekas anggota pasukan keselamatan serta keluarga mereka tersentak dengan kenyataan beliau.

Tetapi Awang tidak terkejut. 

Mat Sabu sebenarnya membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.

Strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mat Sabu ternyata membuahkan hasil. 

Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. 

Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan. 

Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan. 

Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu. 

Awang tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin PKM, Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik. 

Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Pas kerana mengangkat orang yang tidak berwibawa seperti Mat Sabu sehingga ke jawatan Timbalan Presiden. Awang simpati dengan Pas kerana mempunyai pemimpin seperti itu.

Sebelum ini, reputasi beliau selalu dipersoalkan. 

Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej Pas.

Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. 

Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya.


source : utusan 



Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!!

Tahniah Mat Sabun kerana akhirnya membuat pengakuan terbuka bahawa engkau memang penyokong tegar komunis. Pengakuan bahawa komunis adalah pejuang sebenar berbanding orang-orang polis yang mempertahankan Bukit Kepong telah meletakkan Mat Sabun setara Chin Peng dan Rashid Maidin! Tahniah.. tahniah...! Akhirnya Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam tetapi kini memperjuangkan komunis pula.

Pun begitu aku begitu sedih sebab dalam bulan Ramadan dan kita bakal menyambut 1 Syawal, Mat Sabun bercakap tanpa memikir hati dan perasaan anak cucu polis Bukit Kepong kerana mendakwa mereka adalah tali barut penjajah British manakala komunis yang serang dan takluk balai polis Bukit Kepong pula adalah pejuang sebenar.

Apakah Mat Sabun tak ada hati perut sehingga sanggup mengguris hati dan perasaan para pewaris polis di bawah ini yang berjuang mempertahankan tanah air?

Mat Sabun kata mereka ini mati kerana pertahankan British...

Para pejuang Melayu yang pertahan Bukit Kepong dinista oleh Timbalan Presiden Pas!

Tapi sebenarnya aku faham kalau Mat Sabun tiba-tiba berubah perjuangan daripada mempejuangkan negara Islam kepada menyokong perjuangan komunis. Pertama sebabnya dia memang bodoh. Tak sekolah tinggi, tak faham sejarah. Kedua sebab dia memang sedang berkawan dengan komunis dan bersama-sama para komunis untuk menakluk Putrajaya.

Mat Sabun boleh bebas bercakap sebab mulutnya memang berbau tahi. Tapi apakah perasaan anak cucu para pejuangan bila melihat bapa atau datuk mereka dibakar hidup-hidup seperti ini oleh "pejuang" kebanggaan Mat Sabun aka komunis ini? Lihatlah sebahagian mayat-mayat yang rentung terbakar bersama balai polis Bukit Kepong. Tapi Mat Sabun tak peduli itu semua...


Gambar-gambar sebenar orang Melayu yang dibakar hidup-hidup oleh komunis ketika mereka mempertahankan Bukit Kepong.

Mat Sabun oh Mat Sabun... Makin lama semakin ketara ketololan Mat Sabun. Inilah pemimpin pilihan Pas. Tahniah kerana PRU-13 nanti Pas akan tumbang satu persatu kerana ketololan para pemimpin mereka. 

source : mesin taip buruk


Mohamad Sabu Ahli Neraka

Nampaknya Mohamad Sabu kenalah taubat dan mohon maaf kepada setiap ahli keluarga yang hidup, khasnya anak-anak dan isteri anggota Balai Polis Bukit Kepong. Jika subjek ini dibahas di Iran, dah lama Mohamad Sabu dibunuh kerana halal darahnya mengikut aturan Syiah. Mungkin Khawarij yang diamalkan oleh PAS menghalalkan mereka untuk mula terjemah peristiwa Bukit Kepong versi PAS. Bukan versi rakyat Raja yang sebenar-benarnya.

Tahniah Mohamad Sabu kerana Kelab Komando Veteran Malaysia dan Persatuan Bekas Komando VAT 69 sudah membuka kamar peperangan dengan PAS, PKR dan DAP. Khasnya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS paling bahalol, bangang, biadap dan korup.
Berdosalah Mohamad Sabu kerana iktiraf Komunis, dia kono mohon maaf setiap seorang yang terkorban dan hidup dalam ATM dan PDRM, Force 136 dan Home Guard.

Tahniah Mohamad Sabu sebagai Ahli Neraka Dunia Melayu yang terpaksalah melakukan sumpah tidak pernah berkata seperti yang ditulis oleh Utusan Malaysia. Tahniah Mohamad Sabu, akhirnya membuktikan bahawa PAS juga talibarut Melayu. PAS menyokong totok atau bahasa paling indah ortodoks PARTAI KOMUNIS MALAYA. PAS juga komunis sebenarnya.

Syabas. Moga Ramadhan 1432H ini diberikan pengampunan kepada Timbalan Presiden PAS dek kebodohan terang-terangannya. Inilah penyakit PAS iaitu Korup dan Kurap.

source : paneh miang


Arkib : Sejarah Bukit Kepong, Mat Sabu sokong Bintang 3



Rabu, Februari 23, 2011
HARI INI DALAM SEJARAH : BUKIT KEPONG




Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.


Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.


Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.


Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.


Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:


Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.


Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.


Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.




Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.


Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.


Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong


Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.


Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.


Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.




Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.


Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.


Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.


Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
[sunting] Mereka yang terselamat


Anggota Polis


1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)


Ahli keluarga anggota


1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah


Mereka yang gugur dalam pertempuran


Anggota Polis


1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel 9136 Hassan Osman
5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan


1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad Yatim
3. AP Mahmood Saat
4. AP 1925 Ali Akop
5. AP 2127 Othman Yahya


Keluarga Anggota


1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali


Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis


1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng


Posted by TAIPINGMALI (TM)

source : taiping mali


Saturday 27 August 2011

Live dari Mahkamah Jalan Duta / STATEMENT FROM THE DOCK / Anuwar ada 22 pembelaan tidak liwat Saiful ! /Live dari Mahkamah Jalan Duta 8/24 / Live dari Mahkamah Jalan Duta 8/25 / Live dari Mahkamah Jalan Duta 26/8


Live dari Mahkamah Jalan Duta


Ingat kembali kita kata-kata Wan Azizah berikut:


Adakah mahkamah masih akan biarkan Anwar berhelah?

---------------------------------------------

8:36 - Kira-kira 12 orang penyokong Anwar termasuk Saden Wateh. Mereka menantikan Anwar tiba. Di luar kamar mahkamah, ada kira-kira 30 wartawan tempatan. Belum dibenar masuk lagi.


8:43
 - Barisan Pendakwa dah masuk dalam kamar kecuali Peguambela belum ada seorang pun masuk. Wartawan dibenar masuk. Rata-rata mereka menjangkakan kes ditangguhkan dan Anwar akan sedaya upaya elak bicara hari ini.

8:48 - Seramai lebih kurang 20 orang memakai baju kuning berkumpul di luar mahkamah Jalan Duta bagi memprotes dan mengecam dsai ekoran kes liwat. Kumpulan ini di ketuai oleh SD Johari, ahli UMNO SHah ALam. Pada T Shirt tertulis Peliwat 2.0. Kah Kah kah ...

8:49 - Dalam kamar ada 4 pemerhati luar negara, rata2 dari Australia dan AS. Mereka menjadi pemerhati untuk proses pembelaan. Juga kelihatan Tok Bomoh org asli Anwar. Mungkin beri semangat kepada Anwar untuk bela diri.

8:59 - Kumpulan baju kuning tadi mengenali diri mereka sebagai Gerakan Anti Liwat 2.0. Mereka bawa beberapa sepanduk bertulis 'Mahkamah Keadilan dipermainkan', 'Selamatkan Malaysia dari Peliwat 2.0', dan 'Justice with Saiful - We will be with you forever'.

Betul sangat ... pasal seekor binatang Peliwat negara kita jadi huru hara, tidak aman, dan kucar kacir.

9:02 - Nair baru tiba bersama pakar forensik dari Australia, Dr Brian McDonald. Nair kelihatan agak ceria sambil melambai kepada beberapa pemerhati luar dikamar. Beliau turut tergesa-gesa keluar kamar untuk adakan perbincangan.


Suspek kami ... Dr Brian MacDonald sudah dapat doktor yang sanggup rosakkan reputasi profesyenal untuk wang yang lumayan bagi memperakui A&W Anwar sudah tidak berupaya. Konon orang 60an umur tak upaya balun orang 20an ...

Usahlah bermimpi. Dulu ngaku hebat. Panjang pun sampai ke lantai ...

9:12 - Peliwat 2.0 tiba bersama isteri dan dua orang anak. Juga kelihatan lebihan kaki ampunya seperti Yusmadi Yusof, Latheefa Koyak, dan N. Surendren. Anwar kelihatan agak tidak ceria dan sedikit mengantuk. Mungkin fikirkan nasibnya pada pagi ini.

Nota untuk Vinnan: Bolayan. Jangan bersusah nak komen sini keling rasis!

9:21: Kelihatan hadhir adalah Rodzan Mat Rasip - Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat

9:23 - Anwar kelihatan berbincang dengan S Nair. Kelihatan serius dan kritikal. Apa yang mahu dilakukan? Tangguh? Bela diri sebentar?

To use or not to use that last card???? Decision decision decision ...

9:25 - Macam mana rupanya itek duduk bersebelahan bomoh orang Asli? Abdul Malik "Itik", ADUN Melayu boneka dari Batu Maung sampaidan didudukan sebelah Bomoh Orang Asli.

Karpal baru tiba di luar mahkamah dan sebelum masuk kamar, dia memanggil semua barisan peguambela untuk bincang. Mesti benda serius ni ... dari tadi macam gini.

9:28 - Beberapa wartawan menjangkakan 7 orang akan dipanggil sebagai saksi - PM, Rosmah, Musa Hassan, Rodwan, Dr Osman, Jururawat Pusrawi dan salah satu dari dua orang gaji Hasanuddin. Mereka akan meminta mahkamah keluarkan sapina.

9:31 - Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah baru tiba. Khalid seperti baru bangun tidur dgn rambut kusut masai.

------------------------

9:34 - Bicara mula. Hakim nyatakan 3 pilihan - beri keterangan dalam kandang saksi, kandang tertuduh dan b'diam diri.

Anwar pilih beri kanyataan dari dalam kandang saksi. Semasa hakim nyatakan itu, Anwar bangun tanda faham dan muka agak pucat.

Jeng jeng jeng ...
Komen SMS Sun: theSun 22/08 Anwar gives an unsworn statement (not subject to cross examination) from the dock

9:37 - Karpal minta 15 minit rehat sebelum Anwar beri keterangan berkanun. Dah masanya pun masih nak tunda lagi. Hai .... pakar tunda.

Hakim agak tegas pagi ini dan tak melayan permintaan Karpal.

9:47 - Anwar masuk kandang tertuduh dan kelihatan muka agak merah dan tertekan. Turut membaca kertas yang mengandungi perkara yang akan diberi keterangan.

Mahfudz baru tiba. Pembacaan peliwat terganggu dengan kehadiran Mahfuz dan terpaksa bersembang dengannya. Wan Azizah kelihatan agak tenang dan sedikit tertekan. Senyap untuk menantikan suami bela diri.

9:57 - ANwar menceritakan dituduh liwat kali pertama semasa zaman Tun Dr Mahathir dan kejadian itu 15 tahun lalu. Mendakwa tuduhan tersebut adalah fitnah untuk menjatuhkannya. Dia mendakwa Saiful menipu dalam kenyataan.

Anwar menyatakan senario sama untuk kes kali ini dan personalitinya adalah sama untuk kes liwat pertama. Semuanya konspirasi menjatuhkannya.

10:03
 - Anwar mendakwa pendakwa gagal dalam tugasnya dalam kes ini seperti senarai saksi; nota perubatan; keterangan saksi; dan forensik. Dia menyatakan pihak luar menyatakan beliau sengaja delay kes dan dituduh semua ini mainan UMNO. Dia turut meyelar media massa kerana tidak beri kenyataan sebenar dan semuanya berlandaskan politik. Rata2 Anwar menyalahkan UMNO dalam melakukan konspirasi.

Hakim kelihatan hanya mendengar kenyataan Anwar tanpa mencatatkan fakta.

10:10 - Anwar menyelitkan ayat al-quran surah al-maidah ayat 8. Rata-rata yang hadir agak tercengang dengan ayat tersebut mengenai keadilan.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

10:13 - Anwar menuduh Farah Azlina telah membocorkan kenyataannya dan saksi kepada Saiful. Ketidak adilan berada di pihak Pendakwa. Tindakan AG mengeluarkan Farah agak lewat memandangkan berlaku kebocoran. Anwar menyatakan eviden ini adalah kukuh.

Mengenai pra penghakiman hakim juga berlaku tidak adil memandangkan keputusan samada bersalah atau tidak perlu diberikan selepas berakhirnya bela diri dan bukan ditengah-tengah bicara. Disitu dilihat ketidakadilan dan bias.

10:25 - Maaf lambat skit maklumat sampai....

10:32 - Semasa Anwar beri bela diri, Karpal nyatakan sesuatu pada Dato Yusof yang duduk bersebelahan. Kebanyakan yang hadir agak mengantuk dengan kenyataan Anwar yang kerap menyalahkan pihak lain atas kesalahannya.

10:38 - Anwar turut menyatakan "How could these circumtances to take stand under oath they refuse to testify in the court. PM, his wife, Rodwan, and Musa came to be interviewed and not prepare to be interviewed. This cause sapina for their presence."



10:42 - Anwar mengesahkan kehadiran melalui rakaman video oleh forensik. Kehadiran untuk tugas meeting bersama Ibrahim Yaacob. Dia menyatakan tuduhan tersebut adalah fitnah oleh Saiful yang mempunyai hubungan politik dan merupakan UMNO Operative.

Adakah wajar seorang tua umur 60 thn melakukan kerja seks ini? 

10:47 - Anwar berkata Saiful membuat fitnah dan perjumpaan dengan PM dan Rodwan merupakan konspirasi. Menyatakan kenyataan Dr Siah dan Nor Idora dari Jabatan Kimia boleh dipertikaikan kesahihannya dan mempunyai perancangan tertentu terhadapnya. 


10:52 - Anwar minta tangguh kerana penat bercakap. Sambung jam 1115.

Anwar duduk dbarisan kedua peguambela memandangkan dalam dock tiada ada microfon. Tetapi hakim setuju utk mengandaikan dalam rekod bahawa Anwar duduk dalam dock.

RUMUSAN:

Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh dan dalam keterangannya Anwar memberi latarbelakang beliau bermula dari pemecatan beliau dari kabinet oleh Tun Dr Mahathir, Mantan PM atas alasan salahguna kuasa dan skandal liwat yang ddakwa suatu konspirasi menjatuhkan beliau.

Anwar menafikan kes liwat terhadap Saiful dan ia merupa konspirasi kedua pihak tertentu bagi menjatuhkan karier politik selain ia suatu character assanination. Menariknya beliau merujuk kepada perbicaraan Nelson Mandela yang tidak adil semasa berjuang menentang dasar arpartheid.

Anwar menuduh Tan Sri Gani Patail serta Tan Sri Musa Hassan dipergunakan pihak tertentu bagi menjatuhkan beliau dua kali berturut iaitu pada 1997 dan 2008.

Dia menuduh pihak pendakwa tidak memberi keadilan sepenuh bagi pembelaan beliau (tidak membekalkan bukti-bukti yang dminta). Ini katanya telah menyebabkan wujudnya prejudis dan kesukaran terhadap pembelaannya.

Anwar turut menuduh pemimpin politik UMNO di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, PM m serta media massa UMNO.


---------------------

11:15 - Bicara sambung. Karpal minta hakim supaya Anwar beri kenyataan sambil duduk.

Anwar menyatakan Twitter mengenai tiga barang kes dan tahanan terhadapnya. Menurutnya penggambilan barang kes tersebut tidak ikut undang-undang.

Turut dipertikaikan keputusan hakim pada awalnya telah ditarik selepas pendakwa mengemukakan salinan asal waran tangkap.

11:23 - Anwar mempertikaikan bukti utama yang menjadi asas utama pendakwa sebagai dipergunakan untuk memburukannya. Bukti DNA lewat 43 jam lambat dihantar ke Jabatan kimia oleh IO. Kelewetan tersebut adalah serius memandangkan dicemarkan bakteria dan tidak ikut IGSO. 


11:43 - Anwar menyatakan perbicaraan ini bukan adil kerana ada campurtangan pihak ketiga dan disusun dengan rapi untuk menjatuhkannya.

11:47 - Anwar selesai beri keterangan bela diri.



11:48 - Karpal minta statement Anwar sebagai ditender. Dato Yusof minta masa untuk kaji keterangan berunsur politik Anwar di luar kandang (saksi). Karpal juga mohon sapina untuk panggil saksi. Hakim nyatakan kes sambung esok jam 9 untuk pakar forensik dan DNA dari luar oleh pihak pembelaan.