NUFFNANG

Thursday 25 June 2009

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

source : www.utusan.com.my

1 comment:

ustazmohammad said...

kenyataan Tan Sri ini menghina parti politik yang memperjuangkan Islam.
Tan Sri kecewa dengan mereka yang memperjuangkan Islam.
Tan Sri ingat Tan Sri sorang ke yang pandai dalam agama Islam?
kalau Tan Sri sedar bahawa bukan Tan Sri sorang yang pandai agama Islam...tentu Tan Sri tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina Tuan Guru.Memang Tan Sri tak layak jadi mufti...sebab tidak adil...tak adil bermaksud fasik...
nak adil macammana kalau tuduh orang pakai ikut keterangan sebelah pihak sahaja dan berpandukan ilmu Tan Sri sahaja.
cuba semak syarat keadilan seorang Qadhi....