NUFFNANG

Thursday 20 November 2008

Tun Dr Mahathir bikin Pak Lah dan pemimpin tertentu UMNO tak tidur malam sebab....

Tun memalukan gong pusingan ke 3, Masihkah Abdullah dan UMNO terus berdegil?
sumber : another brick in the wall blogspot

Gong ke 3 sudah dipalu semalam di Yayasan Perdana.

Bunyi gong tersebut jelas dihalakan ke arah mereka yang mempersoalkan hak dan kedudukkan Melayu yang terus dipersoalkan akibat kelemahan pentadbiran Abdullah.

Pentadbiran Abdullah tidak patut dikekalkan untuk lima bukan kerana rancangan lima bulannya tidak akan membawa kebaikkan untuk negara. Beliau tidak mungkin dapat lakukan sesuatu dalam lima bulan apa yang beliau tidak boleh lakukan dalam lima tahun.

Gong itu juga dihalakan kepada mereka yang masih mahu meneruskan polisi-polisi Abdullah dan mengekalkan pemimpin-pemimpin penakut dan penyokong Abdullah yang cuba dikekalkan melalui politik kotor dan amalan politik wang. Jika pemimpin demikian menguasai UMNO, hancurlah UMNO pada pilihanraya ke 13.

Sebelum ini, apabila dua kali gong berbunyi, ia meninggalkan kesan. Adakah UMNO akan terus tidak ambil endah gong yang membawa suara akarumbi UMNO dan rakyat jelata? Gong ke tiga tidak boleh tidak diambil endah.

Paluan gendang pertama Dr Mahathir adalah pada ketika pelbagai projek-projek dan usaha kerajaanya untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dihentikan dan digantung. Ini bermula dengan Majlis Bersama Kumpulan NGO-NGO di Kelab Melawati.

Semasa itu, Tun mendedahkan mengenai peranan anak-anak dan kaum keluarga dalam pemerintahan, dan wujudnya apa yang dipanggil Tingkat 4.

Berikutan dari itu, sikap kerajaan pimpinan Abdullah Badawi terus menerus bersikap kasar dan ganas menahan dan memaksa ahli-ahli UMNO mengikut kehendaknya, paluan kedua dibunyi menandakan seruan menuntut Abdullah diturunkan.

Ini dilakukan di Hotel New York, Johor Baru.

Sikap Abdullah yang degil dan terlindung dari kenyataan akhirnay menyebabkan rakyat menjadi marah terhadap sikap dan tingkah laku serta kelemahan pentadbiran Abdullah. Akhirnya rakyat telah menolak pentadbiran Abdullah, UMNO dan Barisan Nasional.

Lima negeri jatuh serta majoriti Wilayak Persekutuan. Budibacara Abdullah memilih Menteri Besar ditolak di Johor, Terangganu dan Perlis.

Krisis keyakinan terhadap UMNO masih berterusan selagi Abdullah masih kekal. Abdullah bersungguh mahu kekal duduk di Putrajaya walaupun dia tidak boleh lakukan apa-apa. Kewujudannya hanya menjadikan UMNO bertambah rosak, tidak bermaya, dan lemah.

-----------------------------

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir

sumber : mStar

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.

''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.

Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan cara rasuah.

Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.

''Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin kerana mereka terlibat rasuah.

''Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat undi?," katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti tersebut.

Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.

''Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan pertukaran pemimpin secara fizikal.

Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.

''Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.

''Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan UMNO," tegasnya.

Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala itu kepada badan tersebut.

''Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan politik wang dalam laman blog saya," katanya.

-----------------------------
Impak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk?

Mahathir serah Lembaga Disiplin Umno laporan


Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.

Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.

Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.

Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.

"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.

Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan di dalam blog saya," katanya.

Beliau berkata, tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa. "Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.

Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.

"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.

"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.

Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.

Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

kzso - gong sudah dipalu... apa lagi ahli umno... takkan senyap aje?
---------------------------------------------------------------------------------

Jika Anwar jadi PM, modelnya di Selangor..


Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya…..

Sejak dari zaman persekolahan lagi, kita sudah dididik mempelajari pelbagai peribahasa dan simpulan bahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik sesuatu yang tersurat.

Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum melayu dinegeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim?

Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang melayu khususnya dinegeri Selangor.…?

Natijahnya nanti apabila kita marahkan semua keputusan dan kelakuan si Khalid, maka akan berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang dikemukakan, sedikit sebanyak peribahasa diatas tadi membayangkan keadaan ini…

Mari kita senaraikan disini satu per satu diantara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontrovesi dan mainan media disamping mendapat reaksi negatif rakyat melayu Selangor;-

1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran. angkara DAP

2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata. kesian PAS dan umt Melayu/Islam

3. Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB? tersengih DAP

4. Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah]. tersenyum sinis DAP

5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor. apa kata PAS dalam hal ini?

kata ulama'-ulama' dahulu kala, alamanya... tak lama lagi khalid akan dapat penyakit leukemia selepas ini sebab menghadiri dan seterusnya merasmikan upacara keagamaan agama lain.

6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM. alahai khalid

7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?] apa kata pas dalam hal ini?

8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut. nak buat camaner... dah gitu pemikirannya.

9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini. dah tak ader ke orang melayu yang layak dan pandai di selangor/pkns/kdeb dan lain-lain agensi kerajaan negeri? kesian orang selangor... tak pandai rupanya otak mereka..

Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor.

Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.

Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mepercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat.

Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.

Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu.

Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.

Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. itu di beberapa kawasan pedalaman... dikawasan bandar dan sub-urban majoritinya tolak umno (dalam ertikata lain orang melayu tolak pak lah, kj, scomi, kamaluddin, kalimullah, nazri....)

Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat.

Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….

Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…?

Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang.

Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.

Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor. sapa cakap tak mustahil... ? more coming soon!

Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!

sumber - medan-info-kita

kzso - tepuk dada tanya iman dan selera...

Monday 17 November 2008

Menjawab Penghinaan Terhadap Umat Melayu dan Islam

Rais Yatim Menjawab Penghinaan Terhadap Pribumi di Majlis PERKASA

Kepentingan Melayu dan Pribumi dalam Sejarah dan Perundangan

Ucaptama oleh
YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia
di Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Anjuran PERKASA
Kuala Lumpur, 16 November 2008

Mukaddimah

KEBELAKANGAN ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang marwah dan hilang punca. UMNO diberi katadua bila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh Bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia ‘amnya.

Pada masa-masa tertentu didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri dari parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu di majlis rasmi parti nya, bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum-kaum lain sebagai pendatang ke Negara ini. Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi Dewan Rakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnya merumuskan jika tak faham sejarah jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat bahawa kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menang pilihanraya di Amerika Syarikat justeru di Malaysia juga perlu ada situasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri. Ini bukan perkara baru kerana Per. 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan memang tiada menekankan bangsa mana yang harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Cuma, sebagaimana Lee Hsien Loong PM Singapura berkata di pulau republik itu baru-baru ini – tidak praktikal bagi orang bukan-Cina jadi PM. Begitu jugalah di Malaysia, PM masa depan harus terdiri dari kalangan yang bangsanya majoriti di Malaysia. Lantaran Melayu dan pribumi memegang kedudukan majoriti, seharusnya siapa jadi PM tentulah sesuatu yang di putuskan oleh mereka dan bukan oleh bukan Melayu.

Mereka yang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dan sosial yang selama ini menjadi sifat semulajadi kenegaraan dan negarabangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa. Ini hanya boleh dilakukan melalui suara majoriti dalam sistem demokrasi. Apa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan itulah yang harus kita hormati kerana dokumen Negara itu adalah hasil perjuangan bersama yang sebahagian besar daripadanya merupakan kontrak sosial yang pokok. Soal hendak meminda perlembagaan adalah soal lain, sesuatu yahg harus bergantung pada kekuatan politik sesuatu kumpulan.

Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Ramai pula yang tak puashati lantaran tiada tindakan setimpal yang diambil oleh pihak-pihak tertentu bila Melayu dipersenda sedemikian rupa. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing.

Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi melibatkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itupun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini? Masih ingatkah kita bila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah tentang situasi ‘menumpang’ dan ‘pendatang? Sekarang Ahmad Ismail telah digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan. Ketua pemuda kita pernah di beri amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong akibat dasar sosialis kerajaan baru P.Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah bila pohon tumbang kura-kura pun naik.

Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang Negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagipihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak tentang haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:

Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah

Dengan latarbelakang dan suasana begini kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi dari dua aspek, pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunasan di Raja (royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa. Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab-musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujjah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ianya tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah atau historical fact.

(a) Fakta Sejarah boleh dianggap sebaga faktor utama yang meneguhkan hujjah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays).

Ini adalah sepertimana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsur Dravidian; sepertimana orang Arab di Timur Tengah khususnya di Arab Saudi; sepertimana negeri Cina dinamakan Cina lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun; atau sepertimana England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.

Sepertimana Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing, seorang sarjana Cina yang menetap lama di Palembang sekitar 671 masihi, menggunakan istilah Moloyu1 untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka. Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara2 oleh para sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi 1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengIslamkan Raja-raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupin nama dan terma-terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.

Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka negeri Melaka pada tahun 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah. Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawa orang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran, Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba, Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung –semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya semenjak 2,500 tahun lalu. Dr. Heine Geldern dan Dr. Van Stein Callenfels dua orang sarjana autoritatif tentang asal-usul Melayu menyatakan perihal ini dengan jelas. Sarjana berdua ini juga memperakui bahawa orang Melayu proto pernah menjelajah jauh hingga ke Pulau Easter dan Madagascar. Dan menurut Richard Winstedt, stok keturunan Melayu menjangkau jauh hingga menakluki Polenesia 3.

Di zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara 1874 hingga 1957 tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka 4. Pada suatu tempoh masa dalam tahun-tahun 1920han bukan Melayu lebih ramai daripada Melayu di Semenanjung. Buruh India untuk kerjaraya, perladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

(b) Pencorakan Kuasa politik yang diterjemahkan melalui kuasa pememerintahan

Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris, satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak-hak keitimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psyche keMelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Ini adalah kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah berkata




“the Malays have their own outright position as native inheritors of their land.” 5

Dalam The Federation of Malaya Agreement 1948 atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, semasa Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara-perkara pokok seperti hak hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya. Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid 9 tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini:

The Alliance in their memorandum said – The Constitution should therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safeguarding the special position of the Malays.6

Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang dipeturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudkan khas orang Melayu disisi kaum-kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Per. 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi Bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi “It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities…” Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tak dapat tiada wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputra dan kepentingan2 sah kaum-kaum lain di Negara ini.

Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya. Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda. Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merezabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153 (2) juga menyebut tentang permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Per 153 amat luas kerana adanya perkataan “atau lain-lain kemudahan khas”. Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan tersebut. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ianya tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TRADISI YANG ASASI DI BAWAH PERUNDANGAN NEGERI PERSEKUTUAN

Setiap Perlembagaan sesebuah Negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan “entrenched” atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 dari anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan-peruntukan itu seperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja 7:

Per. 10 (4) [perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang cegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan-keistimewaan dan kewarganegaraan],
Bahagian 3 (Kewarganegaraan),
Perkara 38 (Majlis Raja-Raja),
Per. 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen),
Per. 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja),
Per. 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri],
Per. 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan),
Per. 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra),
Per. 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)

RUMUSAN pertama yang boleh dibuat ialah bahawa Kuasa pengimbang tetap ada pada Raja-Raja Melayu samada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, para Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Per. 38. Di semua negeri di Semenanjung, misalnya, hanya orang Melayu yang boleh di lantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tak wujud di Persaekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Per. 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat YDA seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi PM. 8

Walaupun ini merupakan sesuatu yang kurang menggembirakan para nasionalis Melayu, namun realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama YDA mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh di persoalkan:

(a) pertama melantik seseorang Perdana Menteri ;
(b) kedua tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak); dan
(c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.

Kuasa ini juga wujud di bawah Perlembagaan semua negeri beRaja. Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Per. 40 Perlembagaan. Pada suatu hakikat ini memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Per. 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana menteri mengikut pandangan subjektifnya. 10

Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputra seharusnya kini melebihi paras 30% dari segi perolehan asset. Malangnya Bumiputra masih dikatakan berada ditahap kurang dari 20%. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50% atau 60% sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi. Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini telah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan. Keadaan sekerat belut sekerat ular dalam pembahasaan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuatkuasa undang-undang Dewan Bahasa & Pustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera. Lantaran Kabinet telahpun meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa Kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal-hal pemupukan budaya nasionalnya juga.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal di Malaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara. Demikianpun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran.

Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per. 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Per. 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Per. 3) ¬ ini semua belum menjamin kekuatan semulajadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita mesti kuat dari segi politik. Bila kuasa di tangan harus pandai menggunakannya dengan bijak. Ketuanan akan datang dan kekal jika kuasa politik kukuh dan terus membela bangsa sendiri. Malangnya kekukuhan dan ketuanan bukan komoditi yang mudah diperolehi dengan hanya laungan. Ia akan hanya datang dan berada di sisi apabila perjuangan itu luhur dan tidak kotor.

Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara. Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua Bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam UMNO bagaimana kita boleh kata kita Tuan?

Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat-sifat tinggi peradaban tersebut terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Bila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan di lonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.

Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang.11 Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasa dan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan ‘Ketuanan Melayu’.

Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di New Zealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di Negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk 12 dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik UMNO, PAS dan PKR. Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya UMNO itu sendiri diperkasakan perjuangannya barang sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah ditepuk dada ditanya selera. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.

Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. 13 Definasi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu. Walaubagaimana pun kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di Negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?

Bila ini semua dipersoalkan sebanyak sedikit natijah tidak sempurna mungkin muncul. Orang Melayu dan pribumi akan terasa bahawa sesungguhnya terdapat banyak ketinggalan dan kekurangan yang ada pada diri mereka sendiri. Justeru sebelum dlaungkan ketuanan, keagungan dan sebagainya muhasabah diri perlu dilaksanakan. Kekuatan dalaman perjuangan mesti dicapai kembali supaya para pemimpin Melayu insaf bahawa politik mencapai dan mengekalkan kuasa harus terumpu kepada bangsa sendiri terlebih dahulu. Agenda Melayu sedia ada pada UMNO, parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan serta ummah Melayu itu sendiri. 14

SYOR

  1. Melayu-Bumiputra perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar.Untuk itu mesti bersatu tenaga dan perjuangan.
  2. Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan.
  3. Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri.
  4. Politik Melayu melalui UMNO mesti dirobah – Fasal 3 Perlembagaan UMNO perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar.
  5. Mewujudkan lapisan muda yang berilmu dan berbudaya Melayu .
  6. Menolak nisbah sekurang-kurangnya 30% dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan Negara dimiliki Bumiputra.
  7. Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dahulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan.
  8. Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak bila Melayu atau UMNO dicerca oleh politik luaran. Jangan mudah minta maaf bila tidak bersalah. Simbol-simbol kekuatan perjuangan wajib dipertahankan. Bahasa jiwa bangsa perlu jadi amalan.
  9. Penjiwaan perjuangan dipasakkan ke dalam hati sanubari golongan puteri putera.
  10. Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.

    -------------------------------

1 Untuk mengkaji sejarah kekuasaan etnik dan penemuan-penemuan awal di Tenggara Asia, lihat G. Coedes, Indianized States of South East Asia, 1968.

2 Perkataan nusantara mencantumkan dua pengertian – ‘nusa’ dan ‘tara’. Nusa bererti tanah air dan ‘tara’ ‘kedudukan’ atau ‘keadaan’. Nusantara secara sosio-geografis bererti kawasan kenegerian dalam satu kelompok. Nusantara juga sering disebut sebagai negeri-negeri kepulauan Melayu.

3 Richard Winstedt, The Malays – A Cultural History, Singapore, 1947, m.11

4 Campurtangan rasmi Inggeris bermula 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor yang melibatkan Inggeris dan Sultan Perak, Raja Abdullah. Melalui Perjanjian Pangkor pentadbiran negeri Perak secara keseluruhan dilaksanakan oleh Inggeris melalui sistem Residen. Kepada Raja dikhaskan bidang-bidang Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat Inggeris dalam semua hal hendaklah dipatuhi di bawah kuatkuasa Perjanjian itu. Antara 1874 dan 1895 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah pentadbiran Federated Malay States (FMS). Antara 1896 hingga 1914 (bermulanya Perang Dunia Pertama) negeri lain di Semenanjung dimasukkan ke dalam pentadbiran Unfederated Malay States (UMS).

5 Frank Swettenham, British Malaya, Oldam Printer, 1905 m.78.

6 Malayan Constitutional Report 1957 [Laporan Suruhanjaya Reid 1957] m.73 para 168. Perkataan The Alliance di atas merujuk kepada Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan ditukar menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974 di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-dua.

7 Lihat Per. 159(5). Peruntukan inilah yang memperkasa kedudukan Raja-Raja, Bahasa Kebangsaan, kewarganegaraan,

8 Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada diberi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

9 Kuasa ini tertakluk kepada Per. 43(2)(a) yang menetapkan YDA hendaklah melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu; akan didapati bahawa kuasa subjektif YDA di bawah peruntukan ini tidak boleh canggahi lantaran perkataan-perkataan “yang pada pendapatnya”. Kuasa di-Raja di sini kelihatan bersifat mutlak walaupun di bawah Per.40 YDA hendaklah mengikut nasihat berkaitan mana-mana tugas baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

10 Kerajaan Negeri Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 telah menerima nama-nama pemimpin dari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar masing-masing negeri. Lazimnya siapa yang dinasihati PM untuk jadi MB atau Ketua Menteri sesebuah negeri nasihat atau cadangan MB itu dipersetujui sahaja oleh Raja. Tetapi dalam hal Perlis dan Terengganu, Raja dan Sultan berkenaan enggan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh PM i.e.Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu). Sebaliknya Raja dan Sultan kedua-dua negeri itu melantik Datuk Mohd Isa bagi Perlis dan Datuk Seri Ahmad Said bagi Terengganu. Perlakuan ini sekali gus memudarkan imej kepimpinan PM dan menimbulkan kesan negatif kepimpinan. Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelumnya.

11 Per. 8 berbunyi: Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Klausa (2) pula memperuntukkan hendaklah tiada apa-apa pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum, keturunan, atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang…

12 Pecahan penduduk 2008 – sekitar 27 juta: Melayu 62%; Cina 29%; India 11%; Lain-lain 8% Lihat Buku Fakta Malaysia 2008, JPM, Putrajaya.

13 Lihat Per.160. Anihnya, definasi Cina atau lain-lain bangsa tiada diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

14 Lihat Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Enam pecahan matlamat di bawah fasal ini mengandungi semua tujuan dan perjuangan parti itu yang menonjolkan agenda Melayu secara keseluruhan.


kzso - very refreshing........ but whether the malays from umno, pas, pkr, dap, ppp and the silent majority will take heed, understands, take note and action on this is yet to be seen likewise to the non-malays too whether they'll understand and willing to accept what rais yatim wants to impress in his foreword in the Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi....


Saturday 15 November 2008

Buat ahli UMNO, Anwar, Nazri, Nizar, Hadi, Abdullah...umat Islam & orang Melayu..alahai... bacalah!

PERALIHAN KUASA

Posted by Dr. Mahathir Mohamad

1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO dan UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden supaya peralihan kuasa diadakan pada Mac 2009.

2. Tiga bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang tetapi dalam politik UMNO dan negara sekarang banyaklah kerja-kerja pemulihan parti yang akan terganggu kerana penangguhan yang tidak berasas ini.

3. Sebabnya ialah kerosakan yang dilakukan oleh Abdullah kepada UMNO begitu teruk sehingga tiap saat usaha pemulihan dilewatkan mungkin boleh membawa kesan yang buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional. Selagi Abdullah berada sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri maka Dato Seri Najib akan terganggu dalam usaha memulih semula segala-gala yang perlu dipulih sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

4. Sesungguhnya UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponen Barisan Nasional sudah rosak teruk dalam masa lima tahun Abdullah memimpin pertubuhan-pertubuhan ini. Mungkin ada mereka-mereka yang akan pertahan prestasi Abdullah dengan berkata kerosakan ini sudah lama berlaku dan Abdullah cuma mewarisi kerosakan ini.

5. Benarkah? Jika benar kenapakah UMNO dan Barisan Nasional diberi kemenangan 2/3 tiap Pilihanraya sejak 1974 lagi. Tidak sekali pun Barisan Nasional menang kurang dari 2/3 dalam Dewan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak pernah gagal menguasai Kerajaan di Kedah, Perak dan Selangor. Pulau Pinang juga, sejak Gerakan menyertai Barisan Nasional tidak pernah kalah kepada parti lawan, terutama DAP.

6. Dalam Pilihanraya 1999, di waktu mana ramai pengundi Melayu kurang senang dengan kepimpinan UMNO; Barisan Nasional masih menang 2/3 dalam Dewan Rakyat.

7. Jika parti UMNO dan Barisan Nasional yang diserah kepada pimpinan Abdullah pada Oktober 2003 sudah rosak apakah mungkin Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa pada 2004 dengan mendapat 90% dari kerusi Dewan Rakyat, mendapat balik kuasa di Terengganu dan hanya kalah sedikit sahaja di Kelantan, kubu PAS. Semua tanda-tanda menunjuk bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang diterima oleh Abdullah pada Oktober 2003 berada dalam keadaan amat sihat dan kuat. Jika tidak mungkinkah BN capai kemenangan luar biasa pada Pilihanraya ke-11 pada tahun 2004, hanya 5 bulan selepas peralihan kuasa.

8. Jika kemenangan ini hanya kerana kepimpinan baik oleh Abdullah, tentulah kemenangan yang lebih baik akan diperolehi setelah Kerajaan dan Parti dipimpin olehnya selama empat tahun selepas Pilihanraya umum ke-11. Tetapi prestasi parti dalam Pilihanyara ke-12 tahun 2008 adalah begitu buruk sekali.

9. Jika ini tidak mencukupi untuk membuktikan kerosakan Barisan Nasional dan UMNO di bawah pimpinan Abdullah sejak 2004, pilihanraya kecil di Permatang Pauh jelas membukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO sudah jadi parti kerdil yang begitu takut kepada parti lawan sehingga ahli-ahli tidak berani pakai lencana dan baju UMNO atau BN.

10. Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 ialah ramai ahli dan penyokong biasa UMNO dan Barisan Nasional telah undi parti lawan. Apakah ini di sebabkan mereka tertarik dengan perjuangan parti PAS, DAP dan Keadilan. Soal selidik menunjuk bahawa mereka tidak terpikat dengan Negara Islam PAS atau Malaysian Malaysia DAP atau reformasi Keadilan. Mereka dengan hati yang berat telah undi parti-parti lawan kerana kecewa dengan kepimpinan Abdullah, tindak-tanduk dan sikap Jemaah Menteri yang tidak tahu kenang budi barang sedikitpun.

11. Untuk memperbaiki kerosakan ini masa yang panjang dan usaha yang gigih perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang tercemar imej mereka. Mereka perlu turun padang untuk berjumpa dengan seberapa ramai ahli UMNO dan pengundi-pengundi supaya dapat mendengar rintihan mereka. Banyaklah kesalahan-kesalahan Kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Dato Seri Najib dan pasukannya. Tindakan yang berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah ini.

12. Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan Kerajaan perlu dihentikan.

13. Kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

14. Kerosakan besar yang kedua yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Dato Abdullah ialah rasuah dikalangan pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat. Ini menjadi-jadi kerana Dato Abdullah sendiri dilihat sebagai Perdana Menteri yang mengguna kedudukan dan kuasanya untuk menjayakan perniagaan anak dan menantunya, serta lain-lain kaum kerabatnya.

15. Kemunculan Scomi, ECM Libra, dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh syarikat-syarikat ini yang di ketahui dimiliki oleh anak dan menantu PM seolah-oleh mengizin dan menggalak amalan rasuah.

16. Dalam bidang politik, secara langsung atau tidak langsung Abdullah terlibat dengan beberapa kes sogokan. Semua tahu bahawa wang sebanyak RM 200/- diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi saya untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agong UMNO pada tahun 2006. Seorang Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah lapur kepada Ibu Pejabat UMNO yang Dato Abdullah telah beri sebanyak RM 200/-, kain pelekat dan sejadah kepada ahli cawangan-cawangan UMNO yang dibawa di Kuala Lumpur, diberi makan dan penginapan di hotel mewah dan disuruh sokong peralihan kuasa olehnya pada 2010. Seorang pemimpin veteran UMNO telah buat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah berkenaan perkara yang sama.

17. Kata pepatah Melayu "Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari." Dan sebenarnyalah apabila pemimpin dilihat mengamalkan rasuah maka pengikut akan amalkannya lebih-lebih lagi.

18. Untuk mendapat sokongan pemimpin tertentu diperingkat bahagian kontrak bermillion diberi kepada mereka, walaupun mereka tidak punyai kebolehan untuk melaksanakan kontrak tersebut.

19. Semasa pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu, ramai yang ingin dicalonkan mengguna wang untuk mendapat pencalonan.

20. Setelah diketahui bahawa ada calon yang sanggup menghulur wang sogokan supaya mereka dicalonkan maka ahli-ahli dan perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah mula meminta wang sogokan jika sokongan mereka dihendaki.

21. Amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli UMNO disemua peringkat. Apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri. Apabila ini berlaku maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri. Dengan ini akan rosaklah negara.

22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak.

23. Jika UMNO pimpinan Dato Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya.

24. Jika tidak pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. UMNO dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi "preview" jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.


------------------------------------------------------------------

Anwar - Buih-buih yang sedang berantakan

Oleh:Putera_Adnan

Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.”

Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim.

Kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu tambah meyakin para sebahagian rakyat bahawa hanya masa yang akan menentukan bila Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, Apabila Anwar mendakwa ia akan mengambil alih kepimpinan pada 16 September, ramai yang percaya terhadap kata-kata indah Anwar ini. Malangnya di sinilah bermulanya kesilapan Anwar.

Ahli silap mata yang hebat juga kadang-kala melakukan kesilapan. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, pasti sekali sekala jatuh juga ke tanah. Tindakan beliau meletakkan satu tarikh yang terlalu hampir menyebabkan kehebatannya tercalar dengan cepat. Apabila beliau gagal menubuhkan kerajaan pada 16 September seperti yang beliau janjikan, imej dan kredebiliti beliau mula goyang. Kemudian beliau berjanji lagi bahawa kalau bukan 16 September pun, akan berlaku dalam masa yang terdekat lagi. Malangnya ia juga tidak berlaku.

Anwar hari ini yang bercita-cita mahu masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri, hari ini terpaksa menjadi Ketua Pembangkang. Anwar sudah kehilangan magis yang menyatukan ahli-ahli politik ektrem dalam Pakatan Rakyat. Anwar sudah kehilangan magis yang berjaya menukarkan parti-parti ekstrem kepada parti-parti liberal.

Siapa pernah sangka ahli Parlimen Pas (Khalid Samad) akan berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu jangan kata membenarkan penggunaan nama Allah dalam bible, membenarkan Bible dalam bahasa Melayu juga boleh meyebabkan munculnya Ibrahim Libya kedua.

Siapa pernah sangka magis Anwar berupaya menjadikan Pas melupakan perjuangan hududnya dan sekarang bercakap soal hak asasi manusia ala barat dan sanggup bertakbir ketika kafir seperti DAP berceramah memfitnah orang Islam lain. Siapa pula sangka magis Anwar berupaya menukar Pas dari membela nasib golongan teraniaya atau mangsa kepada menyokong kemungkaran Anwar.

Malangnya, hari ini magis Anwar sudah hilang. Pakatan rakyat sedang berantakan dari dalam. Wakil-wakil rakyat mereka yang dipilih secara semberono telah mula menunjukkan belang. Selain skandal seks dan rasuah di Perak, EXCO Selangor pula sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang polis menutup pusat pelacuran.Di Pulau Pinang sendiri orang Melayu penyokong Anwar boleh melihat sama ada Anwar yang hebat atau Lim Guan Eng yang berkuasa.

Suara-suara protes dari dalam sudah kedengaran. ia bukan lagi soal apakah ada krisis antara parti Pakatan Rakyat. Sebaliknya persoalannya bila krisis tersebut akan meletup keluar. Imej-imej kehebatan Anwar sedikit demi sedikit sedang terhakis. Buih-buih yang dicipta untuk merakamkan kehebatan dan karismatik Anwar sedang mula berpecah dan berantakan sehingga menjelmakan wajah sebenar Anwar. Biarpun para penyokongnya di media internet sedang bertungkus lumus melakukan “Kawalan Kemusnahan” (damage control), namun ia sekadar membeli masa.

Wallahuwaalam.

--------------------------------------------------------------

NAZRI ASKS FOR PROOF.. BUT THE RAKYAT DEMANDS FROM NAZRI

Be bold in what you stand for and careful what you fall for...

KUALA LUMPUR, Nov 13 (Bernama) --

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz has asked former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to provide proof that money politics was involved in the race for the Umno deputy presidency.

Deep Tots :

Come to think of it, only in UMNO that their Discplinary Board dwells with so much money politics complaints and today ACA Director announced receiving 900 reports from UMNO members due to bribary. To him there is no such thing as money politics, its just plain bribary.

Therefore, whats the relevance to Tun M's allegations?

Nazri is speaking on behalf of the candidates?

Why?

A concerned member or just trying to sway away after his flip-flop statement in parliment about those sacked judges.

Thanks to Mr Karpal Singh, alert the rakyat on Nazri's flip-flop.

Nazri asks for proof, what if the old man managed to proof?

From listening comes wisdom, from speaking, repentance...

Ready Nazri?

The rakyat demand from you.. proof that Tun M's allegations are wrong!

No Holds Barred - UMNO still does not get it. They are still in denial mode. They do not know what happened on 8 March 2008. And this is why UMNO will die... Believe it whether you like it or not!

Lets share this from Mr Tukar Tiub - Celupar Celupit, Nak undi bagi duit! kah... kah... kah...

---------------------------------------------------------------

25 Dosa Besar DAP Pada Orang Melayu

1. ISU PEMBUKAAN LADANG BABI BESAR-BESARAN: Selangor
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PKR/Islam/Melayu/Khalid Ibrahim/Anwar Ibrahim

2. ISU MEMORANDUM BANTAH AZAN DAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN DENGAN KUAT : Selangor
- Dalang Teresa & DAP : MB Pakatan Rakyat/PKR/Islam/Melayu/Khalid Ibrahim/Anwar Ibrahim

3. PELAJAR CINA DI TAIWAN NAMEWEE HINA NEGARA & ISLAM : menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube : PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

4. TERESA & GANG MAHU TUKAR PAPAN TANDA JALAN TULISAN JAWI & BAHASA MELAYU DI KL TUKAR DGN TULISAN CINA & INDIA : KL & Selangor
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PKR/Islam/Melayu/Khalid Ibrahim/Anwar Ibrahim

5. SEKOLAH PRIVATE CINA DIBERIKAN TANAH 200 EKAR UNTUK DINIAGAKAN BERHARGA JUTAAN RINGGIT: DISAMAKAN KERAJAAN DENGAN MASA BN BAGI TANAH BUKA KOLEJ DARUL RIDZUAN - MENYAMAKAN USAHA MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENDAULATKAN CINA : di Perak : Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

6. KAMPUNG BARU (PENEMPATAN BARU ORG CINA WAKTU ZAMAN KOMUNIS) MENDAPAT GERAN UNTUK 999 TAHUN – KAMPUNG MELAYU HANYA 99 TAHUN Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak Melayu! : di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

7. MESYUARAT PUSAT DAP PERTIKAI KEPUTUSAN SULTAN PERAK DALAM LANTIKAN MB… MENCABAR KUASA SULTAN MELAYU : di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

8. MESYUARAT PUSAT DAP ARAH WAKIL RAKYAT DAP JOHOR TAK PERLU PAKAI SONGKOK & ISTIADAT MELAYU WAKTU MAJLIS ANGKAT SUMPAH... Cabar Sultan & Melayu di Johor
- Dalang DAP :MB UMNO/Islam/Melayu/Ghani Othman/Abdullah Badawi

9. TERESA BAWA ISU DALAM PARLIMEN TUDUH WANITA CINA KENA HENJUT KECAPI DALAM JAIL – FITNAH RUPANYA WANITA MELAYU : TUJUAN MENJATUHKAN MARUAH MELAYU
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

10. KERAJAAN PERAK TUKAR PENGARAH JAIP TANPA PERKENAN SULTAN & TIMBUL KONFLIK YANG AKHIRNYA PENGARAH JAIP DIKEKALKAN, Cubaan Cabar Sultan & Islam : di Perak
- Dalang DAP.: MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

11. DEMONSTRASI HINDRAF TUDUHAN MELAMPAU DAN PENUH FITNAH KE ATAS KERAJAAN DAN ORANG MELAYU KONON KAUM INDIA DISISIHKAN DAN DITINDAS – Dalang Pembangkang :
PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

12. UITM DIBUKA KEPADA TERUTAMA CINA: MELAYU HAKIS HAK MELAYU BODOH PUNYA MELAYU :
Dalang DAP :MB Pakatan Rakyat/PKR/Islam/Melayu/Khalid Ibrahim/Anwar Ibrahim

13. KAUM CINA PERSOAL BANGSA MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL NEGARA MALAYSIA : Dalam Parlimen
- Dalang DAP : PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

14. PAPAN TANDA JALAN PELBAGAI BAHASA DI KAWASAN WARISAN PULAU PINANG - DI PULAU PINANG
- Dalang DAP : KM Pakatan Rakyat/DAP/?/Cina/Lim Guan Eng/Karpal Singh-Lim Kit Siang

15. FORUM MEMELUK ISLAM PERSOALKAN & MEMPERTIKAI AGAMA ISLAM
- DALANG MAJLIS PEGUAM : PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

17. FORUM HAK KEISTIMEWAAN MELAYU PERKARA 153 : PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU
- DALANG MAJLIS PEGUAM : PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

18. TERESA MENYAMAKAN MAKANAN DIBERI POLIS SEPERTI MAKANAN ANJING (ANJING DENGAN SINDIRAN KEPADA PASUKAN POLIS & MELAYU) DALAM SIDANG MEDIA SELEPAS DIBEBASKAN OLEH ISA – NAMUN TAK MENGAKU DAN MENGATAKAN MEDIA PUTAR BELIT : AKHIRNYA MENGAKU TAPI TANPA ADA PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA...
-Dalang DAP :PM BN/UMNO/Islam/Melayu/Abdullah Badawi

19. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu. Tak lama lagi, ramailah anak jati Melayu Perak yang akan menganggur kerana polisi pro-DAP kafir harbi ini : Di Perak
- Dalang DAP. : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

20. Penghinaan kepada Mufti Perak dengan menghapuskan tarafnya yang setara dengan exco kerajaan negeri Perak. Ini bagi memastikan mufti tidak ada hak untuk bersuara bagi membela nasib agama Islam : di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

21. Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam : di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

22. Menidakkan hak orang Melayu dengan melantik penyokong DAP kafir harbi sebagai Pengerusi Penjawatan Dewan Bandaraya Ipoh. Ini bagi memastikan lebih ramai bukan Melayu pro DAP kafir harbi mendapat tempat: di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

23. Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu adakah mereka ini (penyokong pro DAP kafir harbi) boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Startegi bagi tanah dimiliki lenih banyak kepada bukan bumi : di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

24. Kouta Bumiputera dalam permohonan pembalakan dihapuskan bagi memastikan hasil bumi Perak dapat diratah dengan rakusnya oleh penyokong pro-DAP kafir harbi: di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

25. Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan bukan Islam supaya setaraf dengan jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan agama lain di Perak
- Dalang DAP : MB Pakatan Rakyat/PAS/Islam/Melayu/Nizar/Hadi Awang

Posted by panglima

sumber : pilihanrayakini

kzso - masih tak sedar dan masih tidurkah lagi wahai saudara-saudaraku?Kuasa dalam tangan kita tapi malangnya ikut telunjuk 'mereka' Bayangkan bagaimana keadaan almarhum dato nenek moyang kita di dalam kubur sekarang ini...apalah dan apakah rintihan mereka terhadap cucu cicit mereka ini...apakah cucu cicit mereka tidak faham dan ingat bagaimana susah dan peritnya mereka mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini...dan bayangkan pulak apakah rintihan dan cemuhan anak cucu cicit kita bila mereka merempat di tanah air mereka sendiri di atas kelalaian ibu bapa dan pemimpin melayu dan islam ini yang mengakibatkan mereka merana di masa zaman mereka? nanti.... buat semua pemimpin islam dan melayu tidak kiralah samada anda dari umno, pas, pkr/pr... janganlah kubur anda dikencing berakkan oleh mereka dan kami sendiri kalau bumi tanah melayu ini jatuh ke tangan 'mereka'! BANGUN DAN SEDARLAH DARI TIDUR ANDA!!!!

Friday 14 November 2008

Surat Wasiat dari Almarhum Amrozi, Almarhum Imam Samudra dan Almarhum Ali Ghufron!

Wasiat Almarhum Amrozi :


Bismillahhirrohmannirrohim

Wahai kaum muslimin, Ketahuilah oleh kalian...! Bahwa kedua tangan yang kita angkat untuk mengagungkan ALLLAH AZZA WA JALLA ketika Takbiratul ihram Di dalam Shalat juga harus kita gunakan Untuk menghinakan Orang-Orang KAFIR dan para TAGHUT yang telah menzalimi kaum muslimin, dengan memenggal LEHER-LEHER mereka.....Karena hanya dengan Cara beginilah......mereka mau berhenti dari menzalimi kita

ALLAH HUAKBAR....ALLAH HUAKBAR.....ALLAH HUAKBAR

AMROZI 23102008



Wasiat Almarhum Imam Samudra :


KATAKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG KAFIR " KAMU PASTI AKAN DIKALAHKAN (DI DUNIA INI) DAN AKAN DI GIRING KE DALAM NERAKA JAHANNAM. DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI (ALI IMRAN (3):12) .

DALAM 32 TAHUN KEANGKERAN KEZALIMAN DAN KE?ONGKA?HAN SOEHARTO DENGAN ?ETIN PEMBUNUH TUMBANG SUDAH! (GARA2 MEREKA MEMERANGI MUJAHIDIN).

EMANG SAPA SYEH YANG GAK TAHU BAHWA RAKSASA OMPONG SI KAFIR AMERIKA DAN ANTEK-ANTEKNYA SEKARANG INI UDAH SEKARAT.

MASA ??? ANDI MATTALATA UZZA HU.AL MANAT, HENDARMAN SUPANOJI, ABDUL HAKIM RITONGA DAN SELURUH HAKIM-HAKIM MUSY??? DARI BALI ME??? ??ERTI MASALAH INI ? SAK ?EERTI AMERIKA UDAH 'KLEPEK-KLEPEK' !?

SEHARUSNYA KALIAN MIKIR SIKIT (USAH-USAH BANYAK2) BAHWA KALA AMRIKA YANG KALIAN JONGOSI ITU, YANG KATANYA "SUPERPOWER" UDAH KE OK UDAH MO MAMPUS, AKIBAT KALAH PERANG MELAWAN MUJAHIDIN.

AH, ANDI HAMBA LATA UZZA, HENDAMAN, RITONGA DAN GEROMBOLAN KALIAN!

KALIAN ITU BUKAN APA-APA! ??A N?A?A!

EMANGNYA KALIAN PIKIR KALO KAMI BERTIGA DIEKSEKUSI KALIAN BISA LENGGANG KANGKUNG GITU?

YA ?AK BAKALAN LAH!

ORANG MAU JADI PNS AJA MESTI BAYAR, BAHKAN NYO?OK

APALAGI KALIAN MO 'NGILANGIN' NYAWA MUJAHIDIN!!!

SO,GAK ADA ?AAM?, GAK ADA YANG GRATIS!!!

KALIAN (MUNGKIN) BISA SAJA MENENTUKAN EKSEKUSI KALAU S???? ?RO?RAN ?A?U ?O??. ?A?? KALIAN...

TAPI...EHEM..! JAWAPANNYA ADALAH "APA YANG KAMU LIHAT" BUKAN "APA YANG KAMU DENGAR'

INGAT!INGAT!

TIDAK ADA SETETESPUN DARAH MUSLIM YANG GRATIS!

ALLAH HUAKBAR!!!

IMAM SAMUDRA

27SYAWAL 1429H/OKTOBER 2008M

(sesiapa yang boleh perbetulkan huruf (?) dalam perkataan dalam wasiat almarhum, amatlah dialu-alukan)

Wasiat Almarhum Ali Ghufron


BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM

Wahai saudaraku Kaum Muslimin! Ingatlah wasiat, pesan dan kata-kata mutiara di bawah ini.

  1. Segeralah Bergabung dengan Kafilah Para Mujahidin dan tinggalkanlah para pembenci dan Penggembas Jihad
  2. Tidaklah suatu kaum meninggalkan Jihad kecuali mreka akan Hina (wasiat Abu Bakar Ash-siddiq)
  3. Rasulullah SAW diutus dengan Pedang agar ALLAH Ta'ala Disembah satu2nya dan tidak ada sekutu baginya.
  4. Ad.Dien ini (Islam) tidak akan tegak kecuali dengan kitab (Al-Quran) yang memberi petunjuk dan Pedang yang menolong (Syaikhul Islam Ibnu Tamiyah)
  5. Jalan yang Benar untuk menegakkan Ad-dien dan khilafah Islaiyah adalah Al-Quran, pedang dan 'ib??? (ujian dan cobaan)
  6. Wahai Kaum Muslimin! Hidupmu adalah Jihad, Kemuliaanmu adalah Jihad, wujudmu sangat berkait dengan Jihad. Wahai para Dai! Tidak ada Nilai bagimu Hidup di bawah Matahari kecuali Jika kamu Ayunkan Pedang dan senjata-senjatamu dan kamu hancurkan istana para Thaghut, orang kafir dan orang zalim. Sesungguhnya Orang2 yang menyangka bahawasanya Dinullah (Agama Allah) bisa menang atanpa Jihad, perang, darah dan korban anggota tubuh manusia, mereka adalah orang yang salah lagi nglin??? tidak mengerti tabiat Agama ini. (Asy-Syaikh Abdullah Azzani)
  7. Aku tak takut dengan Penjara, tidak juga dengan hukuman mati. Aku tidak gembira dengan ??asi atau Bebas .Dan aku tidak bersedih hati ketika dihukum Bunuh kerana Syahid fi Sabilillah (diJalan Allah) dan ketika itu akan saya ucapkan "Demi Rabb (Tuhan) Ka'bah, aku telah menang lagi berjaya" Dan aku akan katakan juga "Aku tidak Peduli tatkala aku dibunuh dalam keadaan Muslim dengan cara apapun yang penting pe?g?la?anku di Jalan Allah (As-Syaikh Umar Abdul Rahman)

Dari saudaramu yang fa?ir kepada rahmatnya dan keampunan Allah & yang mengharap redhaNya

Ali Ghufran bin NUrhasyim alias Mukhlas

Bumi Allah LP Batu Nusakambangan 23 Syawal 1429H/22 Oktober 2008H

kzso - semoga menjadi peringatan kepada semua umat Islam dan Melayu dan juga amaran kepada yang bukan Islam dan bukan Melayu . Untuk umat Islam dan sekianorang Melayu , bersatu dan kembalilah pada wadah perjuangan asal nenek moyang,pejuangang agama dan bangsa kita dalam mempertahan dan mendaulatkan agama, bangsa dan tanahair. untuk bukan Islam dan bukan Melayu, jangan dijolok sarang tebuan dan jangan dicabar kesabaran, semangat, jihad dan keikhlasan umat Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini. Ini bukanlah untuk menunjukkan sikap perkauman racis tapi nasihat dan amaran demi kesejahteraan tanahair tercinta!


semoga ketiga-tiga Almarhum-almarhum AMrozi, Imam Samudra dan Ali Ghuffron mendapat tempat yang mulia di sisi ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan para syuhadah yang lain di sana....aameeeeeen.

Thursday 13 November 2008

Buat semua para perwakilan untuk persidangan agung tahunan umno yang akan datang...ada beranikah?

Mari Bersumpah!

sumber : tomoi

Pak Osman Limat adalah seorang pelukis yang terkenal di sekitar Kuantan. Dia boleh di lihat melukis sambil mempamerkan lukisan2 nya di tepi Padang Besar Kuantan. Mat Tomoi mengenali Pak Osman sebagai pelukis sejak MT masih di bangku sekolah. Suatu ketika Pak Osman tinggal di sebuah rumah berhadapan dengan Tan Chong Motors Kuantan.

Pak Osman juga seorang ahli UMNO. Sebagai orang yang seni, dia menghalusi apa yang terjadi keatas UMNO hari ini. Dia cukup perihatin. Yang paling membengangkan Pak Osman ialah politik wang dalam UMNO.

Polituk wang dalam UMNO sudah menjadi barah. Semua orang tahu. Tapi nak beri bukti amat susah. Yang terima wang, takkan mahu mengaku dia ambik wang. Yang beri wang, takkan mahu mengaku dia sogok duit. Ertinya, kita tidak ada cara untuk mendapatkan kebenaran. Yang kita dengar dan yang di lapurkan kepada badan disiplin UMNO itu hanyalah kes sakit hati dan kes memang nak kenakan pihak lawan mereka. Niat mereka nak hentam lawan. Bukan niat nak membaikkan UMNO.

Kepada Pak Osman ianya sangat mengjengkilkan. Pengerusi Badan Disiplin UMNO yang memantau politik wang dan hal hal perlanggaran etika pertandingan dalam UMNO, Tengku Ahmad Ritahudeen, macam sudah ‘give up’ mengenai permainan politik wang.

Dari orang kecik sehingga pemimpin besar semua main wang. Tanpa wang, perjalanan politik tersekat. Nak jadi perwakilan, kena bayar. Nak jadi ketua cawangan kena salam kokot. Kena tepuk. Sekurang kurang nya sebelah tangan- yakni RM50.

Nak jadi perwakilan bahagian, kena bayar lagi. Nak di pilih jadi AJK bahagian lagi parah. Apatah lagi nak jadi AJK Bahagian bakal Perdana Menteri. Ada kawan Mat Tomoi yang gagal mendapat tempat mengaku berbelanja berbelas ribu Ringgit tapi hancur lebur!.

Dalam UMNO bahagian Pekan, seramai 90 orang lebih bersaing untuk jadi AJK bahagian. Bayangkan jika 30 % dari mereka iaitu 27 orang berbelanja setiap sorang RM50 ribu. Bererti sebanyak RM1.35 juta berligar dalam ekonomi Pekan untuk 2 bulan. Pendapatan perwakilan UMNO meningkat. Perbelanjaan kedalam ekonomi Pekan, terutama untuk pemilik warung dan resort dan hotel kecil, meningkat dengan mendadak.

Pak Osman limat memang bengang dengan politik wang ini. Dia ada cadangan.

Suatu ketika dahulu, orang UMNO sibuk dengan sumpah bersumpah. Mereka mendesak kalau sesiapa nak buktikan kebenaran, maka orang itu mesti bersumpah. Sumpah pula pakai Quran. Kalau terror mesti sebut Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Ulamak kata cara yang terbaik ialah melakukan mubahalah. Sumpah dalam masjid, pakai Quran.

Orang UMNO bengang kerana si Anwar Ibrahim yang di tuduh meliwat budak saiful tu, enggan bersumpah. Orang UMNO dari dahulu lagi tahu bahawa Raja Kelentong di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Si Anwar Brahim telah bersembunyi di belakang jubah beberapa orang ulamak yang kata tak perlu mubahalah. Jadi, Anwar Ibrahim pilih cara tak perlu mubahalah. Tinggal lah si saiful buat mubahalah sorang diri di masjid wilayah persekutuan.

Hal sumpah bersumpah ini sudah di lupakan oleh orang UMNO. Maka Pak Osman menyarankan, supaya aktiviti sumpah bersumpah ini di hidupkan kembali. Sumpah mesti di jadikan budaya UMNO. Menyumpah juga tradisi budaya orang melayu. Mahsuri bersumpah di langkawi. Makcik yang kempunan telur ikan tembakul pun bersumpah. Sang kelembai kalau sumpah orang, orang akan jadi batu. Kalau Sang Kelembaik sumpah main main, orang iti hilang batu. Zaman dahulu, ada orang sumpah, kalau keturunan si anu si anu, menyeberangi Sungai Cukai di Kemaman, orang yang menyeberang kena bahan dek sang bedal.

Kembalikan tradisi bersumpah, cadang Pak Osman. Osman Limat mencadangkan biar orang UMNO buat akuan bersumpah dengan Nama Tuhan.

Semua perwakilan bahagian bersumpah mereka tidak pernah menjual undi mereka untuk suatu imbuhan. Sumpah dengan Quran dan bersedia menerima hukuman Allah untuk diri mereka dan 3 jenerasi keturunan mereka.
Semua yang bertanding bersumpah tidak membayar wang dan jika tidak bersumpah benar, merelakan diri di laknat Allah berserta 3 jenerasi keturunan mereka.
Semua perwakilan dan mereka yang bertanding dalam pemilihan UMNO di PAU bulan Mac 2009 bersumpah tidak akan menjual dan membeli undi dan jika mereka engkar akan sumpah tersebut, laknat dan bala Tuhan akan mendatangi mereka dan 3 jenerasi keturunan mereka.

Beranikah para perwakilan dan mereka yang bertanding bersumpah dengan cara ini?

kzso - para perwakilan semua...ada beranikah?

Wednesday 12 November 2008

CAMPURTANGAN POLITIK (PL) DALAM KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

CAMPURTANGAN POLITIK (PL) DALAM KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Sunday, November 2, 2008

Apakah benar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Parti Pembangkang Anwar Ibrahim?.

Sebelum kes ini didengar, Perdana Menteri Abdullah Badawi telahpun memutuskan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara Tan Sri Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan dan juga pendakwaan kes itu.

Oleh kerana kempen politik telah pun dijalankan sebelumnya oleh Anwar Ibrahim menuduh kedua orang pegawai tinggi dalam perundangan negara itu menyalahgunakan kuasa terhadapnya dalam kes 10 tahun lalu, maka Perdana Menteri dianggap oleh orang ramai sebagai tunduk kepada tekanan dan "penghakiman" Anwar.

Sekalipun besar kemungkinan keputusan Perdana Menteri itu atas nasihat Peguam Negara sendiri tetapi implikasinya meletakan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai sudah bersalah dan dakwaan Anwar benar.

Orangramai diatas pagar melihat keputusan PM itu berbau politik berkaitan dengan dasarnya untuk menunjukan ketelusan,kebebasan dan keterbukaan. Dalam kata kata lain Abdullah mahu mencari populariti politik.

Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Syesyen Jumaat lalu untuk menentukan saamada kes Anwar akan dipindahkan ke Mahakamah Tinggi atau tidak adalah menepati perasaan orang ramai.

Datuk Yusof berkata " Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan Peguam Negara tidak berhak terlibat dengan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim kerana kuasa Peguam Negara adalah diberikan oleh Parlimen".

Kata Datuk Mohd Yusof lagi, "Sekalipun Perdana Menteri dikatakan mempunyai kuasa tetapi ia mesti berlandaskan undang undang . Tentulah kita menghormati keputusan Perdana Menteri tetapi beliau tidak berada pada kedudukan undang undang."

Peguam Anwar, Sulaiman Abdullah telah mengemukakan kepada mahkamah bahawa Perdana Menteri telah memberikan jaminan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang terbabit dengan perbincaraan Anwar 10 tahun lalu tidak akan terlibat dalam perbicaraan Anwar kali ini.

Lebih menepati sentimen orang ramai bila Datuk Mohd Yusoff berkata" Perdana Menteri adalah seorang ahli politik. Jika orang bertanya maka beliau akan menyatakan sesuatu yang merka boleh percaya."

Anda mungkin bertanya kenapa Maharaja mencampuri urusan mahakamah . Jawapannya jika yang dituduh telah mempolitikan isu mahkamah di luar mahkamah dan Perdana Menteri juga telah tunduk kepada tekanan politik atas kepentingan politik maka kenapa Maharaja segala raja tidak boleh bercakap dari segi politik.

Sebenarnya disebalik reformasi demokrasi ialah harubiru,kehilangan kredibiliti institusi kerajaan, kejatuhan maruah kerajaan, kehilangan semangat pegawai pegawai kerajaan dan kehilangan keyakinan rakyat.

Rakyat mahukan semangat mereka dipulihkan segera, bukan menerusi reformasi demokrasi tetapi dengan memperteguhkan semula nilai nilai demokrasi ala jatidiri yang telah terbukti memberikan kemenangan dan kesejahteraan kepada rakyat.

posted by Maharaja @ 5:54 AM

kzso - alahai PL....menang sorak kampung tergadai...

Tuesday 11 November 2008

Pas ditipu Anwar ditipu DAP/PAP

Pas ditipu Anwar ditipu DAP

Contributed by belantan

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.

Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.


TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah"
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu"
"Pas rela korbankan umat Islam"
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah"
"Pas khianati orang Melayu"
"Pas tak ada akhlak"

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu?

Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim,

KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.


Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat:

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)


Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak?

Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....


Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)


Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.


Pas khianati orang Melayu

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)


Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)


Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)


Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.


PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan.

Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik.

Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.

Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

ULASAN:

Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.

Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang

Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.

Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP). DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.

Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi.

(bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang). MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.

Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.


TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM

Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar.

Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS.

PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam. Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO.

PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran. Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini?

Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik

kzso - hmmm..siapalah dan siapakah yang kuda dan diperkudakan?
A. dap kudakan pkr untuk kudakan pas?
B. dap kudakan pas untuk kudakan pkr?
C. pkr kudakan dap untuk kudakan pas?
D. pkr kudakan pas untuk kudakan dap?
E. pas kudakan pkr untuk kudakan dap?
F. pas kudakan dap untuk kudakan pkr?

tolong jawab sikit? tapi yang nyata ialah agama, bangsa dan tanahair kita ini diancam dan terancam sekarang.... fikir-fikirkanlah...